Saturday, September 26, 2009

Baju Kurung Pertama Embun




Dulu-dulu sewaktu saya masih di sekolah menengah, dan sewaktu ibu saya belum diserang penyakit strok, saya pernah belajar menjahit baju melayu daripada beliau. Seingat saya, mungkin saya pernah menjahit lebih daripada 7 helai baju melayu termasuk baju melayu kepunyaan saya sendiri. Saya tidak pernah belajar menjahit baju kurung, tetapi selalu melihat bagaimana ibu dan kakak-kakak saya memotong dan menjahit baju kurung. Menurut mereka membuat baju kurung sangat senang sekali dan jika seseorang mampu menjahit baju melayu tentu mereka juga akan tahu bagaimana menjahit baju kurung.

Syawal tahun ini saya buat pertama kalinya saya menyambutnya dengan anak perempuan saya yang sudah berusia lebih 5 bulan. Tiba-tiba Mawar mencadangkan supaya saya menjahitkan sepasang baju kurung untuk Embun dan saya sangat teruja untuk mencubanya. Saya beranikan diri memotong sepasang baju kurung untuk Embun daripada sehelai kain dupatta yang berwarna merah jambu. Sewaktu hendak memotong pesak saya terpaksa menelefon kakak saya di Terengganu bagi mendapatkan tunjuk ajarnya kerana saya kurang pasti bagaimana mereka memotongnya. Saya memotong bahagian baju, dan Mawar pula membuat kain susunnya.

Sebenarnya kami tidak punyai mesin jahit, lalu terpaksa menjahit dengan jahitan tangan. Pada mulanya saya tidak kisah badan saya yang lenguh kerana asyik menunduk bagi menyiapkan jahitan baju tersebut. Tetapi akhirnya saya tewas dengan kemalasan saya dan tidak berjaya menyiapkan baju tersebut untuk hari raya pertama. Mujur akhirnya saya mendapat tahu kawan Malaysia saya mempunyai sebuah mesin jahit di rumahnya dan dia sudi meminjamkan saya untuk menggunakan mesin itu. Di hari raya ketiga akhirnya Embun memakai sepasang baju kurung yang dijahit dengan penuh kasih sayang. Tetapi untuk raya tahun hadapan, Embun tidak perlu risau lagi kerana ayahnya sudah berkira-kira untuk membeli sebuah mesin jahit.

14 comments:

FirJah said...

kagumnya saya dengan insan yang bernama nafastari...
tahniah2.. bertuah embun!!!

Ibu n Abah said...

salam nafastari...
Selamat berhari raya di perantauan. Ambillah gambar embun dengan berbaju kurung jahitan abahnya. Bukan selalu anak dara merasa hasil kerjatangan abahnya. Satu dalam sejuta.....
Wassallam.
Akak. Serdang.

yg_indah said...

Layak dapat anugerah bapa mithali ni.

wan storm said...

waduh, lenguh belakang nak nyiapkan sehelai baju macam tu kalau main jahit tangan, tapi tahun depan tak bersusah payah lg la kut...... tahniah! kamu memang berbakat, seingat aku semua ahli keluarga kamu ada bakat dlm soal jahit menjahit ni...... good try bro, bravo!!!

Anonymous said...

ahhhhhhh
yang ni mmg aku jeles gile!!

Sebab kedengkian yang tidak tertanggung lagi, rase mahu berlari ke hutan belok ke pantai...

aku byk idea design baju tp tak tahu nak soh sape jahit

hahaha

-joe-

Makcu said...

wow...
jahit baju kurung..
mmg mgkagumkan, lps ni buleh jugak jahit baju ummi nadaa

Mior Azhar said...

Ahmad,
Saya amat kagum. Menjahit pada saya adalah satu pekerjaan yang amat susah bagi saya yang memang amat buta menjahit ini. Publishkanlah gambar Embun yang comel berbaju kurung.

Mince4AM said...

wah DIY to the max! Nak pakai baju jahit sendiri, nak makan nasik masak sendiri. Nanti boleh tanam sayur-sayuran pulak dkt rumah..nak makan sayur tanam sendiri hahaha. Selamat hari raya eidul fitri. Maaf zahir batin

Anonymous said...

Bertuahnya Embun mempunyai ayah seperti kamu.

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin dari saya n suami..

Hanie..

kelisa_samudera said...

saya juga pernah belajar menjahit dari ibu saya. tetapi menjahit perlukan kesabaran dan penelitian. salah gunting, semuanya akan menjadi hampas. ia tidak sesuai untuk seorang yang kasar seperti saya.

tetapi, saya akan cuba belajar juga. ia mungkin sangat berguna terutamanya apabila berada di tengah2 khalayak yang tidak tahu membuat baju kurung dan baju melayu seperti pakistan.

Haruman Syurgawi said...

hmm..ana pun godek mesin sendiri jahit untuk famly since last year..tapi ingatkan si kembar yg sorang lagi jer pandai menjahit, rupanya pa pn..jahit baju si embun plak tu..terharu jer membaca usaha kalian..:)

lepas ni amik tempahan kat sana pulak..

addyaholix said...

cantiknya nadaa!

Nailofar said...

kagum!

azima said...

sy tersanjung ;)