Kami berjumpa dengan Puan Zai, seorang wanita Muslim berwarganegara Singapura yang berkahwin dengan orang Lahore lebih 20 tahun lalu dan semenjak itu dia menetap di Lahore. Saya lihat dia bahagia dengan kehidupan dan anak-anaknya yang semuanya bermuka melayu, tetapi tidak seorang pun boleh berbahasa Melayu. Puan Zai sendiri lebih fasih berbahasa Urdu berbanding Melayu, dan kami banyak berbicara dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang diselang-seli dengan bahasa Melayu. Dan perkara yang paling saya kagum dengan puan Zai adalah kerana kesungguhannya mengusahakan sebuah sekolah kanak-kanak khas di Hospital Kanak-kanak Lahore, saya rasa dia adalah seorang perempuan yang luar biasa.
Thursday, August 09, 2018
Sekolah Kanak-Kanak kanser, Lahore
Sudah banyak kali saya sampai ke Lahore, bandar yang paling saya sukai di Pakistan ini hingga saya sering mempromosikannya dengan memberi jolokan "Lahore adalah Pakistan sebenar" membayangi slogan pelancongan yang digunakan oleh tanah air sendiri, "Malaysia adalah Asia sebenar". Lahore itu sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, walaupun anda mungkin agak kecewa melihat bagaimana pihak berkuasa negara ini mensia-siakannya. Cuma kunjungan kali ini sedikit berbeza dan istimewa.
Friday, February 24, 2017
Muslimat Bertelekung Hitam
August 28th, 2005 by ahmadwm
Artikel ini ditulis oleh Nafastari dan pernah tersiar dalam Utusan Malaysia pada 10 Februari 2004 (sudah agak lama, tetapi masih relevan). Selamat membaca.
Saya terpanggil untuk menulis di dalam ruangan ini bagi menyatakan rasa kekesalan saya terhadap sikap sesetengah individu yang wujud di Malaysia kita ini. Sebelum saya menulis lebih lanjut lagi ingin saya tegaskan bahawa permasalahan yang akan saya tulis ini adalah satu lagi masalah ummah dan ia menjadi perkara yang perlu diambil perhatian untuk difikirkan oleh kita semua.
Pada 3 Februari yang lepas, selepas selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Ahmad Shah di tengah-tengah kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, saya terlihat seorang pegawai keselamatan yang sedang merungut tentang sesuatu dengan cara menyindir-nyindir sambil ditujukan tangannya ke tingkat atas masjid tempat di mana Muslimat menunaikan solat mereka. Setelah memperhatikannya dan mendekatinya, barulah saya mengetahui bahawa dia sebenarnya tidak puas hati dengan cara sekelompok perempuan Islam yang sedang bersolat dengan memakai pakaian berwarna hitam.
Saya percaya mereka adalah perempuan-perempuan Arab yang merupakan pelajar di UIAM. Saya mendengar sendiri lelaki tersebut merungut, "Kenapa bersolat pakai hitam? Ini mazhab apa ni? Oh, mungkin mereka orang Syiah!" katanya dengan nada kurang sopan.
Lalu saya mendekatinya dan menerangkan kepadanya bahawa tidaklah salah untuk seseorang perempuan Islam untuk menunaikan solat dengan berpakaian hitam, asalkan pakaiannya menutupi aurat dan bersih, dan perempuan Islam di Malaysia yang bermazhab Syafie juga boleh berbuat demikian. Tidak ada salahnya langsung tetapi ia memang diharuskan. Dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan saya itu dan menyatakan dengan tegas bahawa amalan memakai pakaian hitam itu tidak biasa diamalkan di Malaysia!
Kemudian barulah saya memahami bahawa lelaki tersebut sebenarnya mengalami keraguan tentang hukum dan adat (kebiasaan). Dia merasa amalan kebiasaan kebanyakan perempuan Islam Malaysia yang memakai pakaian putih ketika bersolat adalah sesuatu yang wajib (pada hukum Islam), lalu jika memakai selain putih adalah menjadi kesalahan ketika bersolat. Satu pendapat yang sungguh jumud, dangkal dan kedaerahan!
Ini bertentangan sekali dengan ajaran Islam sebenar yang sungguh mudah dan ringkas pengamalannya. Sebagai contoh, Islam tidak menggariskan warna dan bentuk pakaian yang harus dipakai oleh perempuan Islam ketika solat secara terperinci dan khusus. Yang disyaratkan ialah pakaian tersebut adalah menutupi aurat perempuan yang bersolat dan ia suci daripada segala jenis najis.
Jadi, dapatlah difahami bahawa ia tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana perempuan Islam tidak kira bangsa apa sekalipun untuk memakai pakaian selain putih, hatta hitam sekalipun ketika bersolat! Perempuan-perempuan Islam di Malaysia juga harus bersolat dengan memakai baju kurung yang berwarna-warni asalkan ia menepati syarat-syarat tersebut.
Ingin saya menasihati pembaca supaya beramallah dengan ilmu dan bukan sekadar ikutan dan tidak mengetahui apa yang diikut. Islam menegah perbuatan mengikut sesuatu amalan termasuk dalam hal beribadat secara membuta-tuli dan tidak mengetahui asal-usulnya. Bukalah minda kita dan jangan mudah melatah apabila melihat sesuatu yang kita jarang-jarang lihat. Jangan fikir apa yang ada di depan kita itulah sahaja kebenaran dan jangan fikir apa yang kita tidak pernah lihat itu adalah salah. Banyakkanlah membaca, membincang dan merujuk kepada yang lebih tahu tentang sesuatu perkara yang kita tidak tahu, terutamanya tentang Islam, pegangan dan cara hidup kita.
Hormatilah perbezaan pendapat dengan cara yang berhikmah dan secara tidak melulu, kerana dibimbangi pertelingkahan yang kecil itu akan membawa kita ke jurang perpecahan yang teramat besar dan berbahaya! - Nafastari, UIAM, Gombak.

KITA TIDAK PERNAH SAMA
Pengalaman belajar di UIAM memberi peluang kepada penulis mengenali lebih ramai kawan yang berbeza asal-usulnya. Lalu, kita sebenarnya menjadi lebih peduli tentang dunia sekitar kita. Contoh yang nyata, kalau dulu hanya sekadar menyedari kewujudan negara Thailand yang hanya bersebelahan dengan Malaysia, tetapi sekarang sudah mampu menuturkan beberapa patah kata perbualan dalam bahasa Thai hasil daripada perkenalan dengan beberapa pelajar dari Thailand yang kebanyakannya agak peramah.
Kita sering berfikir bahawa orang Arab itu kasar dan kadangkala tidak tahu menghormati orang, tetapi jarang antara kita yang menyedari mereka sebenarnya mempunyai banyak budaya dan cara hidup yang ‘halus’. Apabila mereka bersalam dengan kawannya yang sedang duduk bersama orang-orang lain yang tidak dikenali, mereka tidak hanya bersalam dengan kawannya yang seorang itu sahaja, tetapi dengan kesemua sekali sebagai tanda kita menghormati kewujudan mereka di situ. Ini berbeza sekali dengan cara orang kita yang hanya tahu bersalam ataupun memberi salam kepada kawan atau orang dikenalinya sahaja. Orang Arab juga tidak pernah gagal menjawab salam apabila diberi salam oleh sesiapa sahaja. Dan sudah tentunya mereka lebih suka menyapa dengan memberi salam daripada berkata “hai” atau “hey, dah lama tak jumpa” seperti yang biasa diucapkan oleh orang kita.
Saya pernah diberitahu oleh seorang teman yang berasal dari Iraq bahawa beliau amat terkejut dengan budaya “berpasang-pasangan” remaja Melayu yang dianggapnya berleluasa. Baginya ini adalah satu cara hidup (atau anda ingin memanggilnya kebiasaan) yang sangat tidak bagus kerana bertentangan dengan agama. Kerana baginya, adalah haram untuk dua bukan mahram untuk menjalinkan apa-apa hubungan, kecuali jika mereka sudah berkahwin atau mempunyai kerja yang sangat penting untuk dibincang, contohnya mengenai pelajaran. Bukan tiada orang Arab yang berpasang-pasangan, tetapi keadaannya di Malaysia ini sudah terlalu berleluasa sehinggakan anda mungkin dianggap ganjil atau tidak normal jika tidak mempunyai teman wanita/lelaki. Mempunyai bekas teman wanita/lelaki (ex) adalah biasa bagi kebanyakan remaja melayu. Pemandangan pasangan remaja berjalan bersama-sama, makan bersama-sama, malah berpegangan tangan adalah kedapatan di mana-mana termasuk di dalam kampus UIA sendiri! Oh, jangan beritahu saya anda tidak pernah melihat pasangan (belum berkahwin) yang menunggang motosikal bersama-sama di dalam kampus UIA. Saya ingin beritahu anda, terdapat banyak yang berbuat demikian terutamanya semasa Pesta Konvo baru-baru ini.
Jadi saya rasa saya harus bersetuju dengan komen teman saya itu. Gadis-gadis Melayu mungkin suka mengenakan tudung di atas kepalanya, tetapi mereka mungkin berpendapat tiada salahnya mempunyai teman lelaki dan membuat temujanji (dating). Malah yang bertudung labuh dan dan berstoking sampai ke lengan pun mempunyai teman lelaki, dan keluar berdua-duaan menaiki kereta dengan bukan mahramnya juga (bukan kesemua). Saya menjelaskan kepada teman Arab saya itu, rata-rata orang Melayu beranggapan bahawa “coupling” itu tidak salah asalkan kamu tidak bersentuhan atau bercakap tentang seks dengan pasangan kamu itu. Malaysia kan negara Islam berfahaman sederhana! Mungkin kita semua juga pernah mendengar tentang Islam Hadhari.
Cukup tentang budaya berpasangan. Anda mungkin ingin mengetahui bahawa kebanyakan pelajar-pelajar lelaki asing merasakan bahawa pelajar lelaki Melayu tidak ada wibawa dan karisma, tidak mempunyai kepimpinan dan agak ‘penakut’ berbanding dengan perempuan Melayu. Mereka mungkin benar, atau mungkin juga silap. Mereka mungkin juga telah membuat andaian secara terlalu umum dengan berdasarkan kes-kes yang terpencil. Tetapi kawan saya Kartini, Melayu berasal daripada Kuala Lumpur merasakan pendapat itu secara kasarnya benar! Anda bagaimana?
Kawan saya, Melayu yang tinggal di Arab Saudi dan Thai-Muslim pernah membuat kenyataan, kebanyakan pelajar-pelajar perempuan melayu di sini tidak tahu berfesyen. Baju-baju yang dikenakan sangat stereotaip dan membosankan. Mereka memakai jeans yang terlalu besar, dan dilipat-lipat kakinya, sungguh tidak kena! Saya ingin menegaskan di sini, ada pengecualiannya, ada Melayu yang sangat pandai bergaya dan tahu mengenakan pakaian yang cantik dengan sesuai. Bukan gadis Bosnia, Thai, atau Turki sahaja yang tahu bergaya. Tetapi pendapat kawan-kawan saya itu mungkin juga ada benarnya, dan anda boleh mula membuat pemerhatian sekarang! (Nasriah, Sitihajar dan Suhaila mungkin mahu menghantar komen mereka ke dalam blog penulis ini, silakan). Penulis merasakan lebih penting membincangkan bagaimana menutup aurat dengan sempurna daripada membincangkan fesyen siapa lebih bagus. Kata Ustaz Ismail Chong Abdullah, Barat menyerang Islam dengan tiga F: Food, Fashion, and Fun.
Tidak berapa lama dulu, seorang rakan berasal dari Afrika Selatan pernah memberitahu saya, pelajar Bosnia tidak suka berkawan dengan pelajar Malaysia. Setiap kali pelajar junior dari Bosnia datang mendaftar di UIA, senior mereka akan memberitahu mereka supaya melakukan benda yang sama- tidak berkawan dengan pelajar Melayu. Ini berlaku terutamanya kepada pelajar lelaki. Atas alasan apa, saya pun kurang pasti. Walaupun saya sentiasa berharap ini tidak benar atau sudah tidak berlaku sekarang, tetapi jauh di sudut hati, saya dapat memahami kenapa pelajar Bosnia amat sukat didekati oleh pelajar Melayu. Mereka dilihat mengamalkan kepercayaan “white superior” dan langsung tidak mengendahkan (walau sebelah mata) kewujudan pelajar-pelajar Melayu. Hai, kami tidak diminta disembahsujud pun! Seorang pensyarah bertaraf Professor di AIKOL pernah melahirkan kekecewaannya terhadap sikap pelajar Bosnia di UIAM yang besar kepala, dan beliau berharap kerajaan Malaysia tidak pernah terlalu baik dan pemurah suatu masa dahulu dengan Bosnia!Tetapi penulis berpeluang mengenali seorang pelajar Bosnia yang agak peramah. Setiap kali terjumpa, pasti dia dahulu yang mengucapkan salam dan bertanyakan khabar, walaupun semasa di dalam kolam renang.
Pandangan masing-masing mungkin berbeza dan tidak sama tetapi memahami perbezaan adalah sangat baik untuk mengenali dan menghormati seseorang itu. Apapun, penulis tidak mengajar atau menghasut sesiapa untuk bersikap kurang ajar, prejudis dan diskriminasi terhadap sesiapa pun. Kita semuanya manusia yang bertaraf sama dan mempunyai hak yang sama di dunia ini. Apatah lagi sebagai Muslim, kita diciptakan untuk mengenali antara satu sama lain. Yang terbaik di sisi Allah pastinya yang paling bertaqwa kepadaNya. Penulis sendiri teringin menjadikan diri seorang Muslim yang komited dan mengamalkan agamanya, namun sering saja terlalai dan tewas…..
Tuesday, December 18, 2012
Dari digital ke percetakan, semoga bermanfaat buat pembaca!
al-fatihah.. semoga ilmu yang ada dalam buku ini menjadi pahala yang berterusan buat penulis...
amin.....
Wednesday, June 29, 2011
inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)- Nafastari kembali kepada Penciptanya
Sama-samalah kita mendoakan NAFASTARI (pemilik blog ini telah kembali ke rahmatullah)
pada 1 Mac 2011
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman~
*AL-FATIHAH*
Segala penulisan hak milik terpelihara nafastari,
Semoga penulisan beliau dapat menjadikan pahala yang mengalir di alam sana
publish by *mawarnafastari*
Wednesday, January 26, 2011
Bersalam Dengan Bukan Mahram
Tentu dia bukan wanita yang biasa. Kerana di sebalik wajahnya yang redup dan lembut itu rupa-rupanya ada semangat juang yang tinggi dalam dirinya. Kewibawaannya terpancar melalui patah bicaranya yang disusun berhati-hati sebelum dituturkannya. Jika melihat pada raut wajahnya yang lembut, imej dan keterampilannya sukar mepercayai bahawa dia akan berucap dengan tegas, berani dan yakin begitu. Tapi dia telah membuktikan kepada semua bahawa tangan yang menggoncang buaian itu mampu menggoncang dunia.
Dan tiba-tiba semua orang ingin melihat tangannya. Ingin melihat jika dia akan bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ingin melihat jika dia memakai sarung tangannya atau pun tidak. Semuanya gara-gara seorang apek tua bacul yang pernah dilihat dalam video lucah lucah itu! Dia mempersoalkan tindakan wanita yang beragama Islam itu yang tidak bersalam dengan mana-mana lelaki bukan mahramnya dan seolah-olah suatu masalah yang besar untuknya. Apek tua yang biadap itu lupa dia sedang tinggal di sebuah negara yang telah terang-terang menamakan Islam sebagai agama Persekutuannya dan di negaranya terdapat berjuta-juta orang Islam yang diwajibkan menjaga adab dan tatatertib sebagaimana yang dipraktikkan oleh wanita itu.
Cuma masalah apek tua bacul itu adalah kerana kawan-kawan Muslimnya tidak pernah memberitahunya tentang hukum dan adab itu. Kerana kawan-kawan Muslimnya juga tidak pernah mempraktikkan amalan itu di hadapannya, lalu menjadikan apek tua itu sangat jahil. Jahil sehingga dia berani menepuk air di dulang, meludah ke langit.
Dan wanita itu dengan tenang terus bersuara bagi pihak saudara-saudara seagamanya menjelaskan pendirian dan prinsipnya, lalu melegakan semua yang sejalan dengannya.
"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.
"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."
Terima kasih Normala Sudirman.
"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."
Terima kasih Normala Sudirman.
Subscribe to:
Posts (Atom)