Mengisar isi ikan kerapu
Embun sibuk membantu
Adunan sedia untuk direbus
Masalahnya pada petang itu adalah kerana ikan kembung tiada di kedai ikan yang satu-satunya di Islamabad itu. Tetapi saya beranikan juga membeli isi ikan (fillet) kerapu yang entah sudah berapa lama dipamerkan di kedai itu. Sekurang-kurangnya saya sudah tidak perlu menyiatkan kulit ikan dan mengasingkan isi dari tulangnya. Lalu saya cuma perlu tumbuk ikan itu dan kemudian mencampurkan dengan tepung ubi dan sedikit gandum, garam, MSG dan mengulinya sehingga sebati sebelum membentukkan adunan itu menjadi keropok lekor, sama seperti yang anda lihat di Terengganu itu. Embun anak saya juga sibuk 'membantu', sehinggakan tidak sampai hati untuk saya beritahu padanya bahawa saya sebenarnya tidak langsung perlukan bantuannya.
Sudah digoreng dan sedia untuk dimakan!
Apabila sudah direbus dan kemudiannya digoreng, bagaikan tidak percaya bahawa saya telah membuat keropok lekor! Ia memang betul-betul kelihatan seperti keropok lekor, walaupun ia sedikit liat dan berwarna agak putih (mungkin kerana isi ikan kerapu yang tidak pernah dibuat orang itu). Saya tidak pernah pedulikan tentang bagaimana cara membuat keropok lekor semasa saya berada di tempatnya suatu masa dahulu. Benarlah kata orang, kita cuma lebih menghargai sesuatu apabila ia sudah hilang, jauh atau sudah tiada. Tetapi kata saya, membuat keropok lekor teramatlah senang! Cubalah sendiri nanti kalau anda sudah berada di luar negara atau berada di suatu tempat di mana ikan pun sukar untuk didapati, tentu anda akan rasa andalah pembuat keropok lekor terhebat di situ.
5 comments:
rajin ko buat kopok lekor eh. aku jgn harap la. hehe :)
nampok mcm pisang goreng pulok doh wehh........... masa tu aku kecik lg aku buat keropok lekor guna ikan sepat....... cik kata dudok 4 bt bau lg..... kehkehkeh...
kagum ada lagi laki2 yang berkesempatan buat semua ni..yang lain tunggu org pompuan sediakan aje..:P
u are the greatest chef in the world...
wahh awesome :) terliur pulak HAHA
Post a Comment