Saturday, August 21, 2010

Nilai Nyawa dan Ketamadunan di Pakistan

Kejahilan, kebodohan, kemunduran dan ketidaktamadunan orang Pakistan memang bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi. Selalunya saya hanya mendengar cerita sahaja, ada isteri dibakar hidup-hidup oleh suaminya, ada gadis ditembak mati oleh abang atau bapanya dan sebagainya. Dan semalam saya sangat terkejut, sedih dan simpati melihat di berita TV, mereka bertalu-talu memukul dua adik-beradik lelaki dengan sebatang kayu panjang, sehinggalah mati dan kemudiannya mereka menggantung mayat kedua-duanya dengan kaki di atas dan kepala di bawah. Peristiwa itu berlaku di sebuah kampung dalam Daerah Sialkot, dalam bulan Ramadhan.

Berpuluh-puluh orang mengelilingi untuk menyaksikan upacara pembunuhan secara terbuka di tempat awam itu. Polis juga ada di situ, tetapi mereka juga seperti orang ramai yang lain-lainnya, hanya melihat sehinggalah mereka berdua akhirnya mati dan digantung. Menurut laporan berita itu, kedua-duanya dituduh mencuri dan akhirnya mereka beramai-ramai menghukum dua beradik yang malang itu. Tiada pengaduan kepada pihak berkuasa, tiada siasatan, tiada mahkamah atau penghakiman. Jika anda berupaya melihat video di Youtube di bawah ini, tentu anda dapat saksikan bagaimana bodoh dan berhati binatangnya mereka, cuma menyaksikan pembunuhan itu berlaku begitu sahaja tanpa rasa bersalah langsung. Malah tiada seorang pun (termasuk polis) yang menunjukkan rasa perikemanusiaan, kasihan atau simpati kepada mangsa. Inilah sebahagian masyarakat  di Pakistan, sebuah negara yang mengaku republik Islam.

Mereka terlalu bodoh dan kejam untuk mengerti makna kemanusiaan dan keadilan. Mereka tidak tahu bahawa Islam agama rasmi negara mereka pun tidak sekali-kali membenarkan mereka berkelakuan seperti binatang. Malah undang-undang apa-apa sekali pun tidak pernah membenarkan mereka membunuh manusia dengan sesuka hati seperti itu. Kalau pun ada, itulah puak mereka yang berhati binatang yang tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Keadaan ketiadaan undang-undang atau ketiadaan penguatkuasaan undang-undang ini bagaikan sudah menjadi sesuatu yang biasa di sini, lalu undang-undang diletakkan dalam tangan mereka mereka sendiri yang melakukannya mengikut nafsu dan kepala mereka yang tidak berotak!

Dua beradik itu adalah dari suku puak lain dari puak yang membunuh mereka. Dan mereka selalu bermain kriket di kawasan puak pembunuh itu sehinggalah pada suatu hari mereka menuduh dua beradik itu terlibat dalam satu kejadian kecurian di kampung puak pembunuh itu. Tanpa usul periksa pada suatu hari mereka memukul dua beradik itu, sampai mati. Di Pakistan, puak yang melakukan pembunuhan begitu akan berasa bangga kerana pada mereka itu menunjukkan kekuatan puak mereka. Sungguh tidak bertamadun!Padahal, ramai yang mengetahui bahawa dua beradik itu adalah budak baik-baik, malah si abangnya adalah seorang penghafal (hafiz) Quran.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mereka mewajibkan semua rakyat Pakistan untuk ke sekolah untuk belajar tentang moral, nilai-nilai murni, kemanusiaan, ketamadunan dan keadilan kalau pun mereka tidak mahu mempelajari apa itu Islam yang yang sebenar. Kerana kejahilan mereka kalau dibiarkan tentunya akan memberikan gambaran yang sangat buruk kepada sebuah negara yang menyandarkan namanya pada Islam. Orang Pakistan perlu tahu bahawa nyawa manusia sepatutnya sangat mahal malah tidak ternilai, bukanlah semurah seperti yang mereka sangka sekarang. Dan kerajaan Pakistan perlu bersedia untuk membelanjakan lebih wang untuk mendidik rakyat mereka supaya menjadi manusia, kerana buat masa sekarang saya fikir mereka sebenarnya lebih memerlukan sekolah dan bukannya senjata.

Dan jika anda mampu dan sanggup, saksikanlah kebinatangan mereka:

6 comments:

ATBK said...

THEY ARE CRAZY PEOPLE THAT ALWAYS DEPICT BAD IMAGE ON OUR ISLAM! MOST ARGUMENT BY WESTERN PPL ON INJUSTICE OF MUSLIM ON WOMEN [MERCY KILLING AND PHYSICAL TORTURES] ARE BASED ON THIS COUNTRY'S PRACTICE! MALAYSIA SHUD BETTER REVIEW ITS DIPLOMATIC RELATIONSHIP WITH THIS STUPID ISLAMIC REPUBLIC OF PAKISTAN! YUCKS!!

MUNGKIN IMAM MAHDI AKAN MENAWAN NEGARA INI DAHULU SEBELUM PALESTIN DEMI MENDIDIK MEREKA KEMBALI KE JALAN ISLAM...

kelisa_samudera said...

diorang mungkin sudah tidak percayakan undang2 dan polis mereka sendiri. sebab itu diorang buat macam tu. undang2 dan polis mereka terlalu bodoh untuk mengambil tindakan.

Blog.Syarih said...

kita bersimpati dengan mereka. sama-samalah hulurkan bantuan yang diperlulkan.

ashrafi said...

kepala negara sepatutnya bertanggungjawab... sedih melihatnya

Nafastari said...

ATBK,
Couldn't agree more.

Kelisa S,
Masyarakat mundur yang sangat kompleks dan undang-undang puak melalui majlis jirga mengatasi segala-galanya. Ditambah pula dengan kelemahan kerajaan yang sarat dengan korupsi, penyelewengan dan salah tadbir.

Blog Syarih,
Simpati pada mangsa. Tapi saya tak dapat nak tolong apa2, kecuali rakyat dan kerajaan Pakistan sendiri yang wajib berubah.

Ashrafi,
Tersangat menyedihkan. Ya, itulah yang kita harapkan dari kerajaannya.

shanaz said...

i must admit sometimes i do feel shame when pathan blood is in my vein n body....
aside from all this, i must thank "dada" (my dad)...kerana dia saya seorang "manusia" hari ini...