Hari itu sangat panas apabila saya berada di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu. Sewaktu beratur untuk membayar di kaunter juruwang saya melihat makcik yang sudah agak berumur beratur di hadapan saya. Dalam trolinya penuh dengan barang keperluan dapur. Saya lihat bagai ada riak derita kesunyian di wajahnya. Dia tidak keseorangan tetapi ditemani oleh lelaki yang saya fikir adalah suaminya, yang agak uzur dan berjalan terhencot-hencot seolah-olah tempang sebelah kakinya. Saya melihat dia baru sedar ada satu bungkusan sayur dalam trolinya belum ditimbang, lalu saya menggalakkan dia untuk pergi menimbangnya terlebih dahulu dan saya tidak akan memotongnya dalam barisan yang panjang itu. Dia bergegas pergi menimbang, sambil suaminya yang uzur itu menunggu trolinya di hadapan saya. Apabila dia kembali sedang elok gilirannya untuk membayar.
Saya tidak menyangka dia akan membayarnya menggunakan kad kredit. Tetapi yang lebih mengejutkan saya adalah kad kreditnya tidak dapat diproses walaupun juruwang telah mencubanya berkali-kali. Saya sangat sedih melihat mereka berdua pergi berlalu begitu sahaja, meninggalkan troli yang penuh dengan barang-barang keperluan dapur yang banyak yang sudah siap diletak dalam beg plastik. Mereka pergi dengan hampa dan mungkin malu, tanpa menoleh sedikit pun ke arah belakang. Saya pun tidak sanggup dan tidak mahu melihat wajah mereka pada saat itu. Dan selepas itu juruwang mengarahkan pekerja lain untuk menyimpan balik semua barang-barang tersebut.
Peristiwa itu sangat menghantui fikiran saya dan saya asyik bercerita mengenainya kepada keluarga sebaik sahaja tiba di rumah. Saya berasa sangat kasihan. Banyak yang saya fikir tentang orang tua itu. Adakah dia mempunyai anak-anak dan di mana anak-anaknya? Apakah kad kreditnya bermasalah atau mesin kad kredit itu yang bermasalah? Bagaimanakah dia akan memasak untuk hari itu? Dan banyak lagi.
Sehinggakan pada malamnya saya bermimpi. Saya melihat dia datang kembali ke kaunter juruwang itu dan ingin membayar secara tunai, dengan sekepal duit di tangannya. Tetapi troli itu sudah tiada di situ. Saat itu saya sempat melihat mukanya yang kecewa dan sedih. Dan bagaimana betapa saya berharap saya menjadi seorang hero dan membawakan semula troli itu kepadanya.
9 comments:
Salam Bro, I am sure, there is nothing wrong with their credit cards, i strongly believed the credit card machine is not working. I have been in that situation but I insist for the manager to handle the problem from other machine, surprisingly the credit cards approved. Surely the couple knew their cards can be utilized or else they wont be shopping the groceries...kesian nyer..hampa mereka..
Marina M, salam. Mungkin benarlah telahan saudari. Saya juga biasa mengalami situasi begitu di mana kad saya tidak diterima sedangkan saya tahu kad itu masih boleh digunakan. Cuma bezanya saya tidaklah membeli-belah barangan dapur. Saya yang melihat mereka juga berasa sangat hampa.
al-qomus fit toriq.kamus berada di jalanan. pengalaman sendiri merupakan kamus yg baik kepada kita.
adushhh UJ agak tersentuh dengan cerita ni... banyak perkara lak bermain dan tafsiran nakal dan mungkin sedikit jelik di benak tentang siapakan tuan punya kad kredit itu sendiri... mungkin UJ sedikit skeptikal ttg kad kredit apa tah lagi di negeri UJ sendiri walaupun ia adalah bandaraya KT....
Salam,
Allah.. Tersentuhnya membaca kisah ini. Sudah tiada rezeki mereka agaknya. Semoga Allah mengganti kehampaan mereka dengan sesuatu yang lebih baik, ameen.
cerita ini hanya satu dalam seribu.
errr encek nafastari tak tolg byrkan ke...kalo diorg mampu mgkin diorg akan byr balik, tapi katakanlah kad kredit tu mgkin supplementary card kpd kad anak diorg dan yg membyrnye mgkin si empunya principal card; mgkin couple tu x mampu byr..takpelah, kira sedekah je lah. Saya pernah berdepan dgn situasi hampir serupa, saya belasah je tolg byrkan, tak harap pun org tu byrkan balik sebab nmpak mcm org susah je. Memg mcm mahal tp x pe lah. Rezeki Allah sedia di mana2..harapan saya semoga Allah permudahkan dan melapangkan perjlnan hidup saya..
Jikalau saya mempunyai CASH yang cukup pada waku itu, saya akan membayarnya dengan rela hati :)
Salam dan selamat berpuasa, Tuan orang yang hati lembut dan pemurah sebab itu tuan selalu rasa belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.
But you dont have to take it home and even dream about it, like they say shit happens! You will never know the whole truth and it can be very disappointing if you do.Sometimes it is better that you dont.
It is enough as it is to feel compassion towards others but one does not have to get sucked into the suffering itself if one is not in the position to help.Acknowledgement is plenty already, it says you care, but you too have your own trials and tribulations to look into adding one more that you cannot do much about is counter productive.
Salam.
Post a Comment