Dia baru berusia 15 tahun. Emaknya yang merupakan seorang ibu tunggal memberitahu bahawa dia seorang budak yang baik dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, malah keluarga mereka juga bukan keluarga penjenayah. Ada jiran yang memberitahu bahawa kadang-kadang dia ke surau dan mengikuti aktiviti di surau. Seorang pemilik kafe siber berkata dia seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya. Kakaknya memberitahu dia seorang pelajar yang aktif di sekolah terutamanya dalam bidang sukan dan selalu mengikuti aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Dia meminati bola sepak.
Dia tinggal di Shah Alam. Pada suatu malam dia keluar rumah tanpa pengetahuan emaknya bersama rakannya. Dia memandu kereta milik kakaknya tanpa lesen dan mungkin telah memandu secara berbahaya. Apabila dia memotong sebuah kenderaan peronda polis dan kemudian dikejar oleh kereta polis tersebut, dia menjadi panik dan tidak memberhentikan keretanya. Polis telah menembak bertubi-tubi ke arah kereta yang dipandunya sehinggalah mengena kepalanya dan dia rebah di riba kawannya yang berada di sebelahnya. Kawannya berjaya melarikan diri setelah dipukul, ditendang dan dipijak oleh polis-polis tersebut.
Di surat khabar sekutu rapat kerajaan, mereka menulis bahawa dia disyaki penjenayah atau penyamun. Mereka menuduh bahawa dia cuba merempuh polis dengan mengundurkan keretanya, (peliknya) setelah tayar kereta tersebut ditembak dan keretanya telah terbabas ke tepi. Mereka menuduh bahawa terdapat parang di dalam keretanya, padahal menurut keluarganya cuma terdapat kasut di dalamnya. Menurut Khalid Samad, tuduhan tersebut adalah suatu pembohongan! Media berkenaan cuba gambarkan seolah-olah dia adalah seorang penjenayah yang berbahaya, dan wakil Biro Hal Ehwal Murid PIBG sekolahnya menyifatkan bahawa kenyataan negatif beberapa media itu sebagai satu fitnah.
Dia telah mati. Ditembak oleh polis. Di kepalanya.
13 comments:
Al fatihah buat arwah.. Sangat memilukan kisah dia.. Dia mati dalam keadaan yg sgt kejam walhal apalah sangat salahnya jika dibandingkan dengan orang yg betul2 jahat.. Polis itu patut rasa bersalah seumur hidupnya!!
Mawar
kita di malaysia kebanyakannya beranggapan si baju biru berpistol itu sentiasa betul.lihat sj motto mereka.tapi kebanyakan penjenayah hardcore melihat si baju biru sebagai seangkatan dgn mereka, cuma ber"lesen besar".
Al-Fatihah untuk arwah.....
takziah buat keluarga arwah n alfatihah buat buat arwah..moga yg bersalah akn dpt pngajaran...
kwn sy dan sy sdr ade pengalaman buruk dgn si uniform biru ini.kwn sy telah diragut, gelang emas yg dipakai berjaya ditarik peragut dan setibanya di balai utk membuat laporan, mereka boleh pula bertanya mane saksi yg awk kena ragut?smbl mengherdik kwn sy.kwn sy dahla tgh takut diragut penjenayah ken amrh dgn si uniform biru plk.itukah moto 'mesra, cepat dan wateva' mereka itu???
Nampak macam di Pakistan pulak lebih 'selamat', kan?hem... Malaysia pulak dah macam Palestine...
sangat kecewa dengan kejadian ini. bapa saya seorang pesara polis. sedikit sebanyak tempias itu tetap mengena.. kalau sudah namanya 'Po..s'.
sangat memalukan
...tersentuh dengan berita ini..pyanhabib kata dia cucu saudara kepada mertuanya...
alfatihah
mungkin kita perlukan rastannur (watak jahat dalam filem batman) untuk membetulkan kembali kebejatan negara kita.
silap. bukan rastannur. tapi raz al gul.
-kelisa
dia tak memberhentikan kereta tu pun kerana takut sangat jadi apa2 hal pun biar sampai di rumah nya..sbb mmg dah nak sampai sangat2 dah..tapi tak sampai rupanya..just 300 meter..polis pun satu agak2 lah sebelum tembak tu..kalau betul dia penjenayah kenapa lari masuk perumahan..mesti lari ke jalan besar
salam ahmad,
sihatkah kamu dan keluarga? lama sy tak menjenguk laman kamu. dan bila hadir, terasa bagai org asing pula
saya tidak dapat mengomen akan entri kamu ini, kerana saya sudah terlalu lama tidak berpijak di bumi. tidak malu utk saya mengakui kealpaan sy
sy doakan kamu, mawar dan embun sentiasa dipeliharaNya di bumi sana. Jenguk2lah saya, kerana saya berjaya bangkit atas semangat dr kata2 kamu dan rakan2 sepenulisan yang telah lama saya tinggalkan. walaupun tulisan2 itu telah terlalu lama tersimpan
sekian, semoga beroleh kerahmatan
Tagged "Stilletto Titanium Hammer" - Titsanium Tools - TITanium
Tagged "Stilletto Titanium Hammer" · titanium chain Title: Classic Sloth titanium dab tool Sloth Sloth Sloth 2020 ford ecosport titanium · Number of Blades: 2.50 · 2017 ford focus titanium Weight: 1.00 pounds · Largest: 0.75 snow peak titanium
Post a Comment