Maghrib- Ramadhan 2009, Hotel Serena Islamabad
Mawar telah mengkritik penulis, bahawa tulisan-tulisan di blog ini mengenai negara Pakistan hanya bersifat negatif samada dalam bentuk kritikan, kutukan atau pun ketidakpuashatian. Lalu saya bertanya kembali, jadi apa yang positif mengenai negara ini yang boleh saya tulis, sila cadangkan. Dia terdiam dan tersenyum sendiri, saya tahu dia sendiri pun sukar untuk memberikan contoh perkara positif mengenai republik ini.
Jika ada satu perkara yang baik mengenai orang Pakistan, saya rasa adalah kerana mereka kelihatan sangat rajin bersolat dan mereka akan bersolat tidak kira di mana-mana. Setiap kali mereka menunaikan solat fardu (disebut namaz dalam Urdu) mereka pasti akan melakukannya bersama-sama dengan solat sunat sebelum dan selepas, jika terdapat solat yang disunatkan. Mereka sangat rajin melakukan solat-solat sunat tersebut kerana perkara tersebut begitu ditekankan oleh molvi dan maulana (guru agama) mereka. Sewaktu di masjid saya pernah ditegur oleh orang tempatan di sini kerana tidak menunaikan solat sunat selepas sembahyang fardu.
Apabila azan berkumandang di masjid berhampiran, kelihatan ramai orang lelaki ke masjid. Pengawal-pengawal keselamatan yang menjaga rumah-rumah besar atau bangunan-bangunan pejabat pun bergegas menunaikan solat di tepi jalan sekadar di atas rumput, malah tanpa berlapik apa-apa. Tukang kebun di rumah saya pun begitu, sebaik sahaja mendengar azan dia akan berhenti melakukan kerja dan terus bersolat di atas rumput. Begitu juga dengan semua pengawal-pengawal keselamatan di rumah-rumah sepanjang jalan di kejiranan saya. Mereka juga sangat rajin berzikir dengan tasbih sentiasa bergerak di jari.
Saya sendiri pernah menyertai jemaah bersolat jumaat di luar dan bersujud di atas rumput tanpa lapik tikar atau pun sejadah. Saya lihat mereka langsung tidak kisah pun terpaksa bersujud di atas rumput dan kadang-kadang tanah dan debu, walau di musim panas mahupun musim sejuk. Tatkala itu saya teringat kisah-kisah di zaman nabi ketika mana mereka baru mendirikan masjid yang hanya berlantaikan tanah, bertiangkan batang kurma dan beratapkan pelepah daun kurma. Selepas selesai solat, saya mendapati banyak sekali habuk-habuk pasir dan rumput melekat di dahi yang menyebabkan kita perlu menyapu dahi selepas selesai memberi salam. Apa pun ia cukup memberi satu pengalaman dan perasaan baru yang mengharukan, saya sangat sukakan perasaan itu.
Tetapi harus diingatkan walau serajin mana pun mereka bersolat, itu bukanlah jaminan bahawa mereka tidak akan bercakap bohong, menipu dan membelit. Dan saya berharap entri ini akan dikira oleh Mawar saya sebagai satu entri positif yang berupa pujian kepada orang Pakistan.
12 comments:
Adakah kata2 penutup kamu itu satu pujian wahai encik nafastari?? :p
kata2 penutup tu hanya sebagai peringatan pn mawar
Dalam dunia ada bermacam-macam ragam manusia dan ada 1001 budaya..yang kadang-kadang x pernah pun terfikir oleh akal..ke guane?
Saya setuju dengan puan Mawar :) Tp penulisan dibuat adalah berdasarkan realiti yang berlaku. Kalau tidak, orang diluar sana tidak akan tahu keadaan sebenar. Saya berpendapat, penulisan pun adakalanya tak dapat menggambarkan kesukaran sebenar yang dihadapi utk addapt situation di sana. Saya faham sebab saya pun pernah merasainya dan ia lebih teruk dari keadaan di Pakistan. Apapun teruskan menulis pengalaman anda. 10 tahun akan datang, catitan2 di sini akan menjadi nota paling berharga :)
aku cuba untuk menulis berkenaan negara ini yang tidak digambarkan di mana2 media massa. aku rasa banyak lagi perihal negara ini yang tidak diketahui. negaranya besar dan indah untuk dilawati. tapi kadang2 rasa sakit hati juga dengan perangai orangnya. aku rasa by setahun nanti aku dah boleh ada edisi jalan2 melancong & tips pakistan. hehe :)
sALAM SINggah.. UJ sendiri tak pernah sampai di Pakistan... walaubagaimana pun UJ sendiri pernah juga belajar untuk menjadi dewasa di negara2 timur tengah dan eropah, juga utara afrika...beberapa lama dulu...ye mungkin kurang yg positif nya... namun pada UJ yang dijadikan teladan yang buruk boleh jadi sempadan.. UJ kira banyak juga positif nya di sana...kerana mereka tamadun yang dah lama dari kita...kan? salam ukhuwwah...
blog best sebab banyak info juga yang UJ dpat pasal travel...
teringat mase camping n rafting... smyg atas pelbagai permukaan bumi
:)
salaam ya akhi.. saya selalu tertinggal baca dalam 5 6 komen... kali ini ada lagi info tentang negara bertuah itu ya...
moga2 solat mereka mampu membentuk akhlak n peribadi mereka..sama2 doakan...
Pujian untuk Paki.....
Memang ada potensi untuk menjadi penulis yang hebat!
Mawar,
Hahaha... Kurang positif, tapi inilah perkara paling positif yang dapat saya tulis setakat ini mengenai mereka.
Nurulhaniff,
Ya, supaya anda semua akan lebih berhati-hati dengan mereka. Saya telah berkali-kali sakit hati ditipu mereka.
Mince4Am,
Benar sekali.
NurLulu,
Terima kasih atas perkongsian anda. Saya rasa keadaan di Sudan lebih mencabar.
KNizam,
Aku sokong usaha kamu 100%. Teruskan menulis.
UJ,
Saya sangat berminat tentang negara di Afrika utara, harap dapat melawat atau berpeluang tinggal di sana suatu hari nanti. UJ, saya pelik kenapa mereka berperangai seperti orang yang tidak bertamadun, walaupun tamadun mereka lebih lama?
Atbk,
Ya, itu satu pengalaman yang menakjubkan! Bila lagi kita akan pergi rafting??
Ashrafi,
Terima kasih atas kunjungan anda. Saya akan mengunjungi anda di Sabah suatu hari nanti. InshaAllah.
Fatanah,
Semoga, inshaAllah. Tapi saya rasa mereka perlu bersekolah, pandai membaca dan berpendidikan lebih tinggi.
Aku,
Ya pujian yang ikhlas.
Anonymous,
Benarkah? Terima kasih. Semoga akan menjadi kenyataan. Dan siapa anda?
Post a Comment