Buat entah ke berapa kalinya, mereka bertanyakan soalan yang serupa. Adakah saya seorang Muslim? Kali ini di sebuah farmasi di Sektor F-6, lelaki penjaga kedai yang bershalwar kamiz itu dengan semborono bertanyakan saya soalan yang telah saya selalu dengar, "adakah kamu seorang Muslim?" Cuma kali ini saya lebih bersedia untuk menjawabnya.
"Jadi kamu fikir kenapa isteri saya memakai tudung dan menutup rambutnya?" Dia merenung ke arah isteri saya. Dan tidak menunggu lama sebelum membalas, "Ya, dia kelihatan seperti Muslim kerana pakaiannya adalah seperti pakaian seorang Muslim. Tapi, anda memakai pakaian bukan-Muslim". Matanya melihat ke seluruh saya pakaian saya, atas dan bawah. Seluar jeans dan baju panas tebal khas untuk musim sejuk.
"Astaghfirullah!" Saya hanya tersenyum dan saling berpandangan dengan Mawar.
"Ini pakaian Muslim," dengan yakinnya dia memperagakan shalwar kamiz yang dipakainya.
Tetapi saya tidak berkata apa-apa. Tidak menyanggah kata-katanya dan tidak pula mengiyakannya. Kerana saya sudah semakin memahami pemikiran sempit orang-orang Pakistan, yang lebih separuh daripada mereka adalah buta huruf. Mereka tidak tahu apa-apa tentang dunia luar mereka dan beranggapan bahawa Pakistan adalah segala-galanya, negara yang paling islamik dan bangsa yang terhebat di dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam
Encik Ahamd, saya kira orang di Malaysia juga ramai yang masih berfikiran sempit begitu.
Jenis orang kita pula - sering memandang serong kepada mereka yang benar-benar mahu mentup aurat.
:)
nak menerima agak pahit... tapi kalau menyanggah lagilah buruk keadaannya..
Setuju sangat dgn Water Lily.Pakaian kebanyakan kita di Malaysia seolah-olah berada di zaman Jahiliyyah.Mereka jadikan artis2 sebagai panduan dan ikutan.
Yang menyedihkan,cerdik pandai hampir sama caranya dengan yang tak berapa cerdik.
haha. lawok ngat org pakistan.
rase bertuah masuk uia
walaupun xjenjalan merata dunia,
dunia sedia terhimpun depan mata..
dunia Islam
so, tak sempit sgtlah pemikiran ni
n tak terkejut beruk tentang sesuatu yang tak pernah tgk
hehe
Apa apa sajalah....
Post a Comment