Sunday, August 23, 2009

Sate Sebelum Ramadhan

Semalam saya rasa seperti berada di tanah air sendiri. Kami berhimpun dalam taman di sebuah rumah orang Malaysia di Islamabad dan menyediakan pelbagai juadah kebiasaan orang Malaysia. Sambil perempuan di dapur mengukus roti pau, menggoreng bihun dan membakar kuih bakar, lelaki di depan halaman membakar sate. Tiada apa-apa yang kelihatan seperti di Islamabad atau Pakistan.


Dan pada hari Jumaat itu kami fikir ianya hari terakhir untuk kami bermakan-makan di siang hari, kerana pada hari Sabtu kebanyakan negara di Arab dan Asia sudah mula berpuasa. Tetapi itu tidak terjadi di Pakistan kerana kerajaannya mengumumkan hari Ahad (23 Ogos) sebagai 1 Ramadhan. Kadang-kadang saya rasa perkara itu tidak lojik, kerana semua jiran negara Pakistan di sebelah barat mahupun timur sudah mula berpuasa pada sehari sebelumnya.

Saya juga mendapat tahu bahawa beberapa di tempat di wilayah NWFP, dekat Peshawar juga telah mula berpuasa pada hari Sabtu. Tadi sewaktu bersolat terawih saya berjumpa dengan seorang pelajar warga Thailand yang mengaku dia mula berpuasa pada hari Sabtu, mengikut penetapan sebagaimana yang dibuat oleh pihak berkuasa Islam Thailand. Dia tidak percaya dengan kaedah yang digunakan oleh kerajaan Pakistan dalam menetapkan hari permulaan Ramadhan. Dari satu segi saya rasa pemimpin Islam di Pakistan telah gagal menyatukan orang Islam di Pakistan. Tiada keseragaman. Dan pihak berkuasa nampaknya tidak cuba untuk menjadi orang tengah dan mencari alternatif atau jalan tengah bagi menyelesaikan masalah ketidakseragaman ini.

Petang tadi saya menerima dua jadual waktu berbuka dan sahur, satu diterima dari masjid dan satu lagi dihantar oleh seseorang ke dalam peti surat rumah saya. Dan kedua-duanya tidak sama dari segi tarikh permulaan puasa, waktu berbuka dan waktu tamat sahur. Inilah pengalaman pertama saya berpuasa di perantauan dan saya akan memulakannya pada hari Ahad- 23 Ogos, yang juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Mawar.

Diucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua pembaca dan selamat hari lahir kepada Mawar. Ramadhan mubaarak!

8 comments:

Water LIly said...

Salam dan selamat menyambut Ramadhan untuk Ahmad dan Mawar di rantauan

Selamat hari lahir untuk Mawar.


T/kasih kerana menulis dan berkongsi pengalaman di rantau orang bersama rakan-sahabat maya.

FdausAmad said...

hah kalau la gua dapat lepak islamabad juga..

addyaholix said...

salam ramadhan buat kamu, mawar dan nadaa. moga semuanya dipermudahkan.

dan selamat hari lahir buat mawar!

Mince4AM said...

Mereka mungkin kurang pendedahan kepada ilmu falak syarie mungkin? Dan yang tahu mungkin tidak menyebar luaskan.. apa-pun saya hanya berkata mungkin :)

selamat menunaikan rukun islam yang ketiga di perantauan buat anda sekeluarga

yg_indah said...

selamat berpuasa di pakistan,tentunya tak sama semacam di malaysia, tapi pastinya ada yang indah juga.

UMMU HANUNAH said...

Salam
Apa agaknya yang dah terjadi kat sana (Pakistan)
Puasa pada 23/ogos dah agak "lari" sedikit dari tarikh puasa negara jiran dan Arab Saudi.

Apapun diucapkan Selamat Menjalani ibadah Puasa "

lizz said...

erk. macam mana boleh jadi macam tu yek?huhuhuh.

ainShahajar said...

alahai..

terus wat keputusan..

nak mkn sate utk berbuka

haha