Wednesday, August 26, 2009

Sampaikan Mesej Sebenar Islam

Hari ini saya berasa sedikit lega apabila membaca komen daripada Mufti Negeri Perak dan Presiden PAS (di Malaysiakini dan Harakah), setelah semalam saya membaca bagaimana jahilnya komen dari seorang perempuan yang mewakili pertubuhan bernama Sisters in Islam. Sekarang saya sudah semakin faham kenapa ada cadangan dari sesetengah pihak untuk mengharamkan pertubuhan yang didokong oleh orang jahil yang berlagak pandai itu. Tun Mahathir juga nampaknya masih skeptikal tentang undang-undang Islam, sama seperti kebanyakan pemimpin 1Malaysia yang sangat negatif tentang sistem keadilan Islam. Cuma saya agak bersetuju apabila Tun menulis, "sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama". Dan tahniah kepada Zaharuddin Abdul Rahman yang telah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dalam blognya.

Kebanyakan orang di Malaysia baik Muslim mahu pun bukan muslim masih kurang faham tentang hikmah undang-undang Islam, ditambah pula dengan peranan media yang tidak banyak membantu lalu menampakkan undang-undang Islam itu sebagai tidak adil, zalim dan bersifat menganiaya. Media sepatutnya bertindak sebagai alat bagi menyampaikan mesej keadilan sistem, tetapi sebaliknya di negara (Islam) ini media tidak memainkan peranan itu secara berkesan. Mereka lebih rela menyiarkan kenyataan atau tulisan perempuan-perempuan muslim liberal yang tidak langsung membantu dalam mendidik masyarakat untuk memahami undang-undang Islam. Mereka adalah golongan yang bukan sahaja tidak mahu memahami, tetapi kadang-kadang tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya anti-undang-undang Islam. Cuma setelah diserang oleh media antarabangsa, barulah dia mempertahankan undang-undang Islam di negaranya 1Malaysia, acuh tak acuh.

Apa yang saya tahu dan pernah pelajari, sebatan untuk wanita dalam undang-undang Islam adalah sangat berbeza dengan sebatan dalam undang-undang sivil. Dan apa yang mengecewakan saya adalah kerana media di Malaysia tidak pernah cuba memperbesarkannya sebagaimana mereka cuba menggambarkan betapa teruknya hukuman yang dikenakan kepada Kartika. Ditonjolkan bagaimana sayunya Kartika yang telah insaf dengan memaparkan gambar dia berpeluk dengan ayahnya, bermain-main dengan anak-anaknya sambil menunggu untuk disebat, oh, betapa dia "teraniaya" dengan undang-undang Islam! Tidak pula mereka menulis misalnya, bagaimana mulianya Islam menjunjung tinggi akal, maruah serta keturunan manusia dan sebab itulah Allah melarang manusia meminum minuman yang boleh menyebabkan banyak kemusnahan itu atau bagaimana cara hukuman sebat dijalankan semata-mata untuk memberi pengajaran dan sebagai pencegahan, jauh sekali ingin mencedera atau menganiaya.

Kepada Norhayati Kaprawi (SIS), saya langsung tidak berbangga dengan anda, malah saya sangat malu, kecewa dan kesal dengan tulisan anda. Anda patut tahu, mereka lakukan itu semua bukan kerana membenci dan prejudis terhadap diri Kartika. Anda tidak perlu takut pada undang-undang hudud, kerana ia tidak menghukum orang sesuka hati tanpa bicara seperti ISA, malah beban pembuktiannya (burden of proof) adalah lebih tinggi berbanding dengan undang-undang jenayah sivil Malaysia sekarang. Saya faham jika anda ingin menunjukkan imej Islam yang lembut dan berhikmah, tetapi pada masa yang sama kita masih perlu mengambil dan meletakkan Islam itu sebagai Islam yang sebenar, bukan sebagaimana apa yang anda ingin imej Islam itu dilihat oleh rakan-rakan seperjuangan anda yang mempunyai keupayaan akal yang sangat terbatas. Kerana Islam bukan sekadar soal madani, hadhari atau soal hudud semata-mata, Islam itu komprehensif (syumul) dan ia mencakupi setiap aspek dalam kehidupan beragama.

21 comments:

ila nursalida said...

saya sangat bersetuju dengan kamu!salam ramadhan.ramadhan kareem buat wan ahmad sekeluarga

yg_indah said...

Mereka baru khatam alif ba ta, tapi sudah mahu mentafsir Al-Quran.Aku juga tidak pandai.Tapi aku tak berani menyanggah kata ulama.Yang nak disebat tak kata apa pun.Sekarang aku pun tak tahu.

Seorang Bukan Sasterawan said...

saya juga amat bersetuju dengan kamu..
saya amat kecewa dengan apa yang berlaku..seolah-olah apabila sakit mereka pergi berjumpa dengan pomen kereta...
seolah-olah menanyakan kepada perogol apakah hukuman bagi perogol sekarang setimpal?sudah tentu perogol itu menjawab..hukuman sekarang amat berat..

yg_indah said...

baca sini: http://www.malaysiakini.com/news/111517

yg_indah said...

sini juga menarik: http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/

mawarnafastari said...

saya juga amat bersetuju dengan kamu. Geram sungguh dengan SIS yang mengaku mempertahankan Islam kononnya. Sangat hairan bagaimana mereka boleh berfikiran begitu? Saya berharap ada pihak yang akan menyedarkan mereka.

Sangat2 harap!

Semoga kita doakan yang terbaik buat mereka yang silap.. semoga diperbaiki lagi fahaman mereka itu supaya selari dengan landasan yang sahih!

ummu uwais said...

akk juga sangat setuju dengan awak!

biarlah cepat2 hapusnya SIS ni.. Habis satu negara huru hara, skrg smpi antarabgsa lak..

sblm nak tuntut keadilan islam (kononnya) diri sendiri perlulah perbaiki, amalkan apa yg di suruh oleh syariat.. dah jelas dan terang, perkara yg asas pn tak dipenuhi.. (kepala tak bertutup).. [tak kata diri ni sempurna ye.. ;)]

Allah yg kurnia hidayah dan petunjuk..Berdoalah. mg kita semua sentiasa dlm lindunganNya..amiin

wallahu a'lam.

chenta said...

saya juga sgt bersetuju dgn awak...
kemunafikan mereka terserlah...
salam ramadhan buat awak n keluarga...

Basuh Baju said...

NGO2 ni aku nak tanya satu je la..kalau btl korg sibuk perjuangkan hak wanita- kenapa tak perjuang nasib perempuan2 yg melacur kerana ditipu, ditindas dan tersepit tu?

kenapa tak bising2 bila perempuan dipergunakan jadi model kereta dan barangan? bukankah jelas perempuan dieksploitasi?

ainShahajar said...

setuju.. hukuman islam disalah tafsirkan.. di fitnah

sivil pukul lg teruk..!

Anonymous said...

i'm all da way wif u..
yg nk kna sebat pn tak kata apa...org lain plak yg kecoh..apahal...

-Nelly-

xamadx said...

brilliant opinion. cant agree more.
what frustrates me is when muslims reject the hadd punishment and label it as harsh and barbaric. These hudud laws were set by Allah, the Creator of all human being and He knows best what's good for us. The medias have never helped to promote and educate the society to understand and see the beauty of Islamic laws. However in Kartika's case I am very much agree with TGHA's statement that this lashes punishment is not a hadd punishment and the authority should make it clear so that no confusion arises which could cause bad impression and fitnah on Islam itself.

Bila Diary Bercerita said...

Ramai orang Islam sendiri yang tidak faham mengenai hukum hudud & qisas ni. Ada yang tahu pun tapi masih buat-buat tak tahu. Kalau tak tahu tu belajarlah.....tak payah nak berkokok tak tentu pasal.

Agaknya, mereka-mereka yang berkokok tu takut andai kroni or anak beranak mereka nanti kena sebat juga suatu hari nanti kot...

kelisa_samudera said...

Hukum Islam

"kesiannya mangsa curi tu, barang2 dia habis kena curi. dia terseksa kerana hak dia dicuri orang.

Hukum sekular

"kesiannya pencuri tu. tak berperikemanusiaan untuk potong tgn dia sebab curi barang orang lain. dia terseksa sebab tangan dia dipotong."

Ibu n Abah said...

Assalamualaikum,
SIS memang terkenal dgn kejahilannya dalam bab agama. Diam saja lebih baik untuk SIS.
Kartika, bersedia dirotan, najib,shahrizat,SIS tak tahu hukum bagi pendapat. Menampakkan lagi jahil dlm bab agama.

Aku... said...

Salam... Saya amat bersetuju dengan tulisan anda kali ini...SIS pada hemat saya lebih merupakan satu alat pihak tertentu untuk menyelewengkan ajaran Islam yang mulia berdasarkan kepada prinsip liberal. SIS yang perasan ini merasakan bahawa nereka berjuang atas nama kebenaran tetapi telah menggunakan Islam atas kepentingan tertentu....

Anonymous said...

Aku sangat bersetuju jika Norhayati Kaprawi terlebih dahulu disebat dikhalayak ramai dan selepas itu barulah giliran Kartika.Surat kabar makin membengong!!! Kartika seolah2 seorang hero teraniaya plk.Hari-hari Kartika keluar paper.Tapi aku kurang pasti apakah matlamat dan manafa'at yang sebenarnya diinginkan??

Lutfi

yue said...

negaraku terchenta.. islam hadhari. 1Malaysia! huh!!

Artozy said...

tuan ahmad,

selamat berpuasa, dan berhari raya. bila balik malaysia?

Aku... said...

Jangan jadikan Kartika seperti hero yang teraniaya....Cuba pastikan siapa yang teraniaya...pastinya undang undang syariah..Dah semakin tidak memahami suratkhabar di Malaysia...

wwwibnuazzam.blogspot.com said...

hanya Islam dapat selesai kan masalah dunia...dan undang2 Islam telah cukup untuk mengisafi manusia.bak kata guruku lembu tidak akan dapat mengajar lembu kecuali tuannya...