Wednesday, August 19, 2009

Kenapa "Syukria" ?

"Syukria" bermaksud terima kasih. Tetapi jika anda menolong atau berbuat sesuatu kebaikan kepada orang Pakistan, jangan langsung mengharapkan mereka untuk berkata "syukria" atau terima kasih kepada anda kerana jika anda berharap maka selepas itu anda cuma akan menjadi kecewa. Orang di sini sangat sukar menyebut perkataan seperti terima kasih, mohon maaf atau izin (sorry, excuse me) dan sebagainya. Bagaikan sudah menjadi kebiasaan kepada mereka untuk tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti itu walaupun wujud perkataan yang seerti dengannya dalam bahasa Urdu mereka. Melalui pengalaman, saya mendapati orang Pakistan juga sangat sukar untuk mengaku sesuatu kesilapan mereka walaupun sudah terang-terang memang mereka yang silap. Dengarlah sahaja seribu macam alasan yang akan mereka berikan.

Suatu hari hari saya bertanya kepada pemandu saya, "kenapa kamu tidak pernah mengucapkan terima kasih pada pengawal keselamatan (jaga) sebelah rumah kita yang selalu membukakan pintu pagar untuk kita?" Dia hanya diam dan tersenyum. Sebenarnya dia juga tidak pernah menyebut perkataan terima kasih atau maaf kepada saya. Apa yang membuatkan saya lebih hairan, keesokan harinya kawan Malaysia saya memberitahu kepada saya, "pemandu kamu bertanyakan kepada saya, kenapa kita mesti ucapkan terima kasih kepada orang lain?" Dan teruklah pemandu saya terpaksa mendengar "kuliah" tentang budi bahasa dan adab sopan oleh kawan saya itu.

Saya benar-benar tidak faham kenapa begitu sukar untuk dia mengucapkan kata terima kasih kepada sesiapa yang telah berbuat kebaikan kepadanya, sehinggakan dia perlu mempersoalkannya kepada kawan saya tentang suruhan saya padanya supaya mengucapkan terima kasih. Selepas itu pun, dan sehingga ke hari ini saya belum pernah lagi mendengarnya mengucapkan terima kasih kepada jaga sebelah rumah kami yang sentiasa membuka dan menutup pintu pagar setiap kali kami keluar masuk dengan kenderaan.

Hanya saya seorang yang menurunkan tingkap kenderaan dan mengucapkan terima kasih kepada chukida (jaga) yang setia menolong saya. Sekurang-kurang seminggu sekali saya akan membelikan mereka makanan tengah hari atau malam sebagai tanda terima kasih. Ada empat orang kesemuanya, dua orang bertugas di rumah jiran sebelah kiri dan dua orang lagi di rumah berhadapan dengan kami. Dan keempat-empat orang jaga itu juga tidak pernah berkata terima kasih setiap kali saya memberikan mereka makanan. Tetapi sekarang saya sudah tidak kisah lagi, kerana saya sudah semakin mengenali Pakistan.

12 comments:

chenta said...

budi bahasa budaya kita...

FirJah said...

oic.... gitu plak..
ok selamat mengenali pakistan dgn lebih mendalam...

Anonymous said...

budi bahasa budaya kita...
budi bahasa bukan budaya mereka...

aku dulu terfikir nape la MAS selalu dapat world best flight crew... aku tgk cam biasa je diorang... cam selalu-selalu aku tgk orang malaysia di daratan...

now, baru faham... budi bahasa bukan budaya semua orang

-joe-

Mince4AM said...

Background mereka membuatkan mereka begitu kot..orang2 keras. Di Malaysia pun ada juga org2 type ni..org yang biasa hidup susah, dan kasar perilaku mereka. Contohnya orang yang bercakap aku-mung dengan mak ayah, mmg susah nak dgr terima kasih, tapi mereka baik dari segi budi pekerti..budi bahasa mereka tak tahu.

Nafastari said...

Chenta, dan sepatutnya budaya semua manusia yang bertamadun..

Firjah, kata orang, lain padang lain belalang.

Joe, tapi bukan bermakna mereka tidak berbudi bahasa. Tetapi standard budi bahasa dan budaya mereka berlainan dan saya rasa tidak patut diperbandingkan. Kerana faktor2 nilai, budaya dan kepercayaan setempat lalu menyebabkan ukuran budi bahasa itu menjadi sangat kompleks untuk distandardkan menjadi satu etika yang seragam untuk semua tempat. Saya cuma mencuba untuk menerima mereka seadanya.

Mince4AM, saya rasa anda seorang yang sangat berfikiran jauh, terbuka dan matang. Saya sangat suka membaca komen anda kali ini. Seperti juga anda, saya percaya kita tidak perlu menjadi hakim untuk semua perkara dan perlakuan yang kita lihat, kerana adakalanya cuma lebih baik dan utama untuk kita memahami dan menghormatinya.

Ishan Qureshi Mehmood said...

salam ahmad. bkn semua org pakistan begitu. ada juga di kalangan mereka yg berhati mulia dan berbudi bahasa, mungkin saudara masih belum ketemu dgn org2 itu. tak kira di mana, di pakistan...malah di malaysia sendiri pun masih terdapat juak-juak yg langsung tidak berhati mulia/ berbudi bahasa sehinggakan lafaz terima kasih pun sukar utk terpacul di bibir mulut. saya katakan begini atas pengalaman diri saya sendiri - bos saya langsung tidak tahu utk mengucapkan terima kasih kpd anak2 buahnya stp kali diarahkan utk buat sesuatu kerja dan kerja tu berjaya diselesaikan dgn jayanya. utk pengetahuan penulis, bos saya adalah warganegara Malaysia yg berbangsa Melayu dan juga beragama Islam. Mungkin penulis boleh menegur bos saya ini juga utk mengucap "SYUKRIA" ataupun "BOHOT-BOHOT SYUKRIA":-)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Nafastari said...

Ishan, benar sekali. Tidak adil untuk saya memukul rata seluruh Pakistan hanya kerana satu kejadian. Ya, di mana-mana pun terdapat orang yg begitu, Mince4Am juga telah memberikan contoh-contohnya.

Ramadhan kareem.

asniloveschocolate said...

xbestla macamtu..huhu.

addyaholix said...

saya manusia khilaf. kadang saya juga lupa untuk mengucapkan terima kasih pada yang sepatutnya.

terima kasih untuk penulisan yang berguna ini.

salam ramadhan al-mubarak. moga kita semua mampu memperolehi sesuatu yang lebih baik kelak insyaallah!

selamat malam!

ABU LUQMAN said...

Salam Sejahtera
dan Salam Ukhuwah

Semasa belajar di Jordan dulu, saya ada ke Turki, Syria dan Arab Saudi tapi saya tidak pernah jumpa masyarakat setempat di sini yang payah nak ucapkan terima kasih. Agak ganjil sedikit masyarakat di sini.

kelisa_samudera said...

patutlah selalu dikatakan orang malaysia ialah orang yang paling bersopan di dunia. rupanya di negara lain mengucapkan terima kasih mungkin melambangkan jatuhnya ego seseorang. sudahlah negaranya tidak maju, sikap masyarakat pula begitu. apa lagi yang boleh dibanggakan untuk bangsa yang sebegitu rupa?

Nafastari said...

Asni, tapi kita tiada pilihan lain kerana kita berada di tempat mereka.

Addyaholix, lupa dan tidak mahu adalah dua perkara yg berbeza. Ramadhan kareem.

Abu Luqman, terima kasih atas ziarah dan perkongsian.

Kelisa_samudera,ya, mereka selalu memuji kita sebagai orang baik-baik, tetapi mereka tidak pernah cuba mencontohi kita.