

Ikan kering yang saya beli berkilo-kilo dari Pasar Payang sebahagian kecilnya telah berkulat lalu cepat-cepat saya jemur. Sewaktu mengangkatnya dari tempat jemuran tadi tiba-tiba saya menjadi sangat terliur dan seperti orang lapar, padahal sebelum ini di Malaysia saya tidaklah begitu menggemari ikan kering. Terus saya ke dapur dan menggoreng sendiri sedikit Gelama kering. Saya regukan ikan kering itu dengan budu dan ikan kembong yang dipanggang oleh Mawar tengah hari tadi. Saya hamparkan tikar mengkuang yang baru juga tiba dari kontena itu (juga dibeli dari pasar Payang) di atas karpet dan saya duduk bersila makan nasi bersama lauk-lauk itu. Untuk seketika tidak terasa seperti berada di Islamabad, tetapi terasa seperti berada di teratak halaman saya di zaman yang 20 tahun dulu ketika kami sebenarnya terpaksa memilih untuk makan begitu.
Dan saya rasa Mawar agak bertuah menjadi isteri seorang saya yang gemarkan lauk yang sangat ringkas, cuma budu dan ikan goreng atau ikan panggang dan ulam-ulam atau sayur-sayur yang cuma perlu direbus. Tidak sukar langsung bagi sesiapa pun untuk menyediakan lauk begitu. Kadang-kadang saya rasa bersalah juga kerana tidak makan dengan bersungguh-sungguh lauk masakannya yang seperti masak merah, masak kicap dan segala. Tetapi dia tahu saya cuma menjadi diri saya yang sebenar dan saya tahu dia sangat faham.
12 comments:
amende tu? ikan kering? banyok gile! mu nok wak bekwoh ke dinung? buat bisnes aah jual ikan kering dinung, biar org pakistan rasa, mesti dia suka.
saya biasanya mintak family pos barang dr malaysia dengan Pos Malaysia menggunakan kapal terbang.5 hari@seminggu sampai.boleh pos kepok lekor lagi..heheh..tp saya di australia.kalo kapal laut,mmg lama.barang2 mungkin akan rosak.
tidak pernah lagi saya membaca blog se'skema' ini..walau bagaimanapun, ianya tetap menarik.
**terpaksa jadi 'skema'
heheh
nak meriah lagi ajak la malaysian yg lain
mesti nikmat dia rasa lain mcm ork?
yumyumyuymyum..best gile makang nasi ikang singgang ngang budu nie... baru tengah hari tadi makang.. masih terasa lagi nikmat budu...sib baik ada saing yg bw stok lebih n bg sebotol... cuma kat sini ulam2 tak dok cam kat mesia.. salad ada laa.. :) aku bw benih pucuk ubi pun dok dang nak pucuk daun kering garing dohhh kat pokok.. harap2 msk musim sejuk 2 3 bulan lagi subur laa yer..
Bila nak tumbuhnya benih-benih sayur yang saya bagi kat awak tu...
Assalamualaikum....
Agaknya inilah yang dikata orang,
HUJAN ROTI NAN di PAKISTAN,
HUJAN IKAN KERING di TERENGGANU,
Lebih baik banyak ikan kering di Terengganu, dari kena pos ke Pakistan, hehe. Apapun, tahniah atas semangat 'kekampungan' kamu
yang masih tinggi. Sampaikan salam saya pada bonda Cik Embun dan Cik Embun sendiri.
Nyam3
-joe-
sedapnya ikan kering...
Areej, stok untuk 3 tahun ok! Hahaa..
Anonymous, barang2 itu dalam kontena dalam kuantiti yang sangat banyak dan berat. Sebab itu tidak diposkan, kerana sememangnya harus dihantar melalui kapal laut.
Blackishitam, saya berharap anda tidak cuba merendah-rendahkan gaya bahasa saya dengan menggunakan pernyataan yang sebegitu. Terima kasih.
Yg_indah, itu sedang diusahakan.
Mince4Am, ya benar sekali..
UW, kalau di sini musim sejuk akan menyebabkan semuanya "tidur".
WSZuriati, tak lama lagi, dah semai pun.
Narumi, aku tetap begini... hahaa.
Joe, control your diet please. ;-)
Permata Soffhas, hey memang sedap!
Best kan kalu idup di negeri sendiri... setinggi2 burung kasawari akan jatuh ketanah jua..
Post a Comment