Saturday, July 18, 2009

Antara Daman-e-Koh dan Phir Sohawa

Hujung minggu lepas kami ke tempat perkelahan yang menjadi tumpuan ramai di atas Bukit Margalla. Cuma mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke Daman-e-Koh, sebuah taman yang cantik dan dijaga bersih. Ramai sekali pengunjung yang datang dan kebanyakannya adalah berkeluarga. Kami ditemani oleh seorang kenalan Pakistan yang berketurunan Pashtun dari keluarga yang agak berada dan berpendidikan tinggi. Dia membelikan kami sejenis makanan yang dipanggil "pan" dari seorang penjual yang sangat meriah pakaian dan gerainya lalu membuatkan kami tertanya-tanya bagaimanakah rasanya. Rupa-rupanya gulungan daun sirih yang telah diletakkan beberapa bahan lain, rasanya manis dan berangin tetapi sayang saya tidak dapat menelannya.


Kemudian dia mengiringi kami berjalan-jalan di sekitar taman Daman-e-Koh dan melihat pemandangan bandaraya Islamabad dari atas dek yang dibina dipinggi bukit. Islamabad tidak mempunyai banyak bangunan tinggi, mungkin tidak sampai 10 bangunan pencakar langit di Islamabad. Dari segi itu, Islamabad memang jauh ketinggalan dari Kuala Lumpur, malah dari Kuala Terengganu pun, bandar yang paling kurang mempunyai bangunan tinggi di Malaysia.
Tetapi dengan bangganya pada petang itu, budak Pashtun itu bercerita,
"Lihat, Islamabad sungguh cantik. Ada bangunan pencakar langit yang tinggi. Adakah di Malaysia juga punyai bangunan yang tinggi-tinggi seperti di Islamabad?"

Dia sungguh naif dan tidak bersalah. Saya terdiam seketika, tidak tahu hendak menjawab apa. Kemudian dia bertanya lagi,
"Adakah kamu seperti Singapura? Di sana banyak sekali bangunan tinggi!"

"Ya, seperti Singapura, tapi jauh lebih besar. Dulu Singapura pun sebahagian dari kami. Di Kuala Lumpur ada menara berkembar tertinggi di dunia", akhirnya saya menjawab dan dia terdiam.


Menjelang Maghrib kami meneruskan perjalanan ke Phir Sohawa, yang terletak lebih tinggi dari Daman-e-Koh, mengambil masa lebih kurang 20 minit lagi. Dari laman seleranya kami melihat lampu-lampu yang menerangi Islamabad di malam hari, sambil menikmati roti Pratha, ayam Thikka dan kebab daging.

Ke mana-mana pun di sini kami pergi tidak pernah orang menyangka kami dari Malaysia. Hampir kesemua mereka bertanya jika kami dari China, Indonesia atau Filipina. Paling teruk, seorang penjual sayur di Sektor F6 meneka kami dari Nigeria.

12 comments:

yg_indah said...

negara kita low profile.

nasikerabupetro said...

Nigeria?
Astaghfirullah...

Agaknya bagaimana rupa orang Nigeria dalam kepalanya?Huhu... lucu...

Areej said...

wah..muka mu ada rupa international tuh...sapa china n nigeria tuh. hehe. aku g italy br ni, ade lg org igt aku dr bangladesh. mmg sah2 la aku ni muka bangla. tp ade gok teka aku dr indon n maghribi...not bad eh? tp still x leh lawan mu aarr... :P

Anonymous said...

aku kalu ade kawan2 aku yang tibe2 baru tahu aku macam itu, macam ini, padahal dah kwn beberapa tahun... aku akan segera menyuakan tangan untuk bersalam dan menyebut, "selamat berkenalan!" dalam nada menyindir

kalu aku ditempat ko, aku akan segera menyuruhnya melihat2 laman web pasal Malaysia atau Kuala Lumpur, dan bersalam dengannya sambil mengucapkan, "Welcome to Malaysia!"

Aku pun pelik apa yang ko maksudkan bahawa dia berada dan berpendidikan... hahahaha

Tapi paling tak bley blah menyangka penampilan kalian sebagai Nigerian!!??!! Ayooo!!

-joe-

Mince4AM said...

kamu membawa aku mengembara..dan meneroka. terima kasih

NHO said...

Hehe awat dah teruk sgt ka ke'terbakaran matahari' (sun burn)kat muka hang mad?

Bila2 balik malaysia nanti import byk2 sunplay yek.

(Teringat zaman obs dulu..beli sunplay mahal2 alih2 tenggelam kat laut di teluk terengganu, pulau pangkor...huuuh aku masih ingat lg hang sorang yg pandai berenang yg lain mcm obor2 kat laut...heheheh)

Jaga diri jaga family, semoga rahmat Allah SWT sentiasa bersama kalian.

fathi fadhil said...

yup..u bring me mengembara ke pakistan plak rasa..
hujan emas d neg org hjn batu d neg sendiri kan...

Makcu said...

wow nigeriaaa...
cayalaaaa!!!!!!

~gambo no 1 mmg ceria n menceriakan!

Basuh Baju said...

nasi briyani pakistan adalah yg terbaik di dunia! pernah makan.. :)

Basuh Baju said...

nigeria? hehehe sabar je la

Nafastari said...

Yg_indah, dan mereka yang tidak banyak tahu tentang dunia luar...

Nasikerabupetro, kenapa sampai beristighfar? Saya tidak terkejut sangat kerana yang berkata itu adalah seorang penjual sayur yg mungkin tidak tahu membaca pun.

Areej, kebanyakannya memang kata aku orang China la, kadang2 Jepun. Aku pun kurang pasti sebab apa China.

Joe, memang dia berpendidikan tinggi. Abang dan adiknya belajar di UK dan dia nak landlord. Kalau yang berpendidikan tinggi berfikir seperti, bayangkan bagaimana pemikiran orang yang tidak berpendidikan tinggi seperti dia.

Mince4AM, sama-sama, teruskan membaca.

NHO, hm.. tapi bukan kerana warna kulit saya. Ramai yang berkata kami dari China (yg berkulit cerah) cuma dia seorang sahaja yang berkata Nigeria.

Fathifadhil, lebih baik negeri sendiri. Tapi saya tidak menyesal datang ke sini, banyak yang saya dapat belajar tentang dunia dan tentang kehidupan.

Makcu, saya pun tidak faham kenapa seorang penjual sirih mesti berpakaian dan berperhiasan seperti itu.

Basu Baju, tapi saya lebih gemar roti nan atau capatinya yang boleh dimakan dengan pelbagai jenis masakan seperti ayam karahi dan sebagainya. Saya tidak kisah pun tentang Nigeria itu.

job said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,正妹牆,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站