Semasa saya mula-mula tinggal di rumah ini, elektrik cuma terputus sebanyak dua kali sehari, selama sejam pada setiap kali. Tetapi sekarang ia sudah menjadi empat kali sehari. Tiada notis atau pengumuman yang dibuat oleh pihak yang berkuasa sebelum perubahan ini berlaku. Tiada harapan yang terlalu tinggi boleh diletakkan kepada sebuah negara ketiga yang mempunyai masyarakat dan kerajaan korup dengan kronisma, nepotisma dan rasuah. Nasib baiklah saya dibekalkan dengan mesin generator, dan sekarang lebih banyak wang dibelanjakan untuk diesel. Sudah saya alihkan tempat mesin itu dan jiran saya tidak datang lagi ke rumah saya untuk komplen. Saya pernah memberitahu mereka bahawa bekalan elektrik di daerah pedalaman di negara saya jauh lebih baik daripada ibu negara anda. Begitu juga dengan kemudahan bekalan air dan sekolah.
Air juga sangat mendukacitakan, kualitinya sangat rendah. Apabila ditakung dalam baldi, kelihatan dengan jelas habuk yang mendap dan minyak yang timbul. Tetapi kami terpaksa juga menggunakan air itu untuk mandi, membasuh pinggan dan sebagainya. Untuk memasak dan minum kami gunakan air mineral yang telah kami beli dalam kuantiti yang banyak, sebagai stok di rumah. Hujung jari-jari saya menggelupas dengan teruk, tetapi saya tidak pasti atas sebab air atau cuaca.
Kami menonton TV berbayar, dilanggan dari syarikat bernama PTCL, daripada syarikat yang sama juga kami mendapat perkhidmatan telefon rumah dan internet. Bil bulanan yang perlu dijelaskan untuk ketiga-tiga perkhidmatan tersebut (hanya dalam satu bil) adalah jauh lebih rendah berbanding Astro di tanah air, walaupun TV kabel PTCL memberikan lebih seratus saluran termasuk CNN, BBC, Aljazeera, HBO, Filmax, Star World, Star Movies, Nickelodeon, ESPN, Discovery, National Geographic dan Animal Planet. Tiada pakej-pakej yang mengelirukan. Ada banyak lagi saluran lain yang kebanyakan berbahasa Urdu dan English, selain bahasa Arab. Paling banyak sekali adalah saluran berita. Ada beberapa saluran berkonsep keagamaan seperti Astro Oasis, dalam bahasa Urdu, Inggeris dan Arab. Pernah saya menonton sebuah rancangan seperti kuliah agama yang kelihatan menarik, disampaikan oleh seorang penceramah yang memakai purdah. Tetapi dia berbahasa Urdu dan saya tidak faham apa-apa.
Telefon bimbit digunakan secara meluas di sini, sama seperti di negara sendiri walaupun harga telefon bimbit lebih mahal sedikit berbanding di Malaysia. Tetapi untungnya kadar panggilan di sini jauh lebih murah. Terdapat banyak syarikat penyedia perkhidmatan prabayar dengan pakej yang macam-macam. Tetapi kelihatan seperti Mobilink, Ufone dan Zong yang paling popular dan mendominasi papan-papan iklan.
6 comments:
Encik Ahmad,
Saya teruja dengan kelebihan pelbagai siaran... sebuah negara yang kurang sedikit majunya dari Malaysia, tapi lebih ke depan dalam memberi pilihan siaran berbayar...
Nampaknya, kamu lebih kerap update di Islamabad berbanding di Malaysia...
hehe...
hujan batu dan emas juga ada di negeri org.kt msia pun ada huan batu n emas.mana2 mesti ada pro n kontra.di selatan thai siaran tv berbayar jauh lbih murah dr msia, tapi mahukah kita tetap di sana?
1 lg, nanti aku hantarkan penapis air Hai-O kt mu, leh mu niaga kt sana.Mesti laku
lebih baik telefon mahal bil murah daripada bil murah telefon mahal, sebab beli telefon sekali tu je yang mahal, yang lain dah murah..apemende ayat aku ni?
Encik Amad dah kira beruntung ada generator. Alhamdulillah disediakan kemudahan tersebut. Di Sudan, beberapa tahun lalu ramadhan jatuh pada musim panas. Ada generator tak ada generator sama sahaja. Kerana cuaca yg terlalu panas, generator terpaksa diberhentikan utk beberapa jam takut meletup. Bayangkan.
Nasikerabupetro, tetapi siarannya akan turut terganggu apabila berlaku loadshedding, sama seperti apabila hujan mengganggu astro. Di sini saya merasakan saya lebih banyak waktu, kerana saya tidak perlu balik kampung pada hujung minggu, tiada gedung membeli-belah, dan saya tidak mempunyai saudara-mara untuk saling bertandang ziarah.
Yg_indah, di mana-mana pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi kata orang lebih baik hujan batu di tanah sendiri.
Mince4Am, saya pun fikir begitu.
Nurlulu, tidak lama lagi saya juga akan berpuasa di musim panas yang siangnya lebih panjang dari malam. Saya tengah bayangkan keadaan anda pada masa itu... Hmm.. Dahsyat!
Post a Comment