Thursday, April 16, 2009

Ibarat Sehelai Kain Putih

Malam tadi saya sangat gembira kerana Tuhan telah meminjamkan saya sehelai kain putih yang bersih suci. Kain putih itu adalah untuk saya corakkan apa-apa sahaja warna yang saya suka. Sekarang bahu saya berasa sungguh berat kerana memikirkan bagaimana harus saya mencorakkan kain putih itu. Ia suatu tanggungjawab yang sungguh besar dan memerlukan perancangan yang rapi. Dunia dan keadaan sekeliling mungkin tidak banyak membantu, saya risau jika akan ada tertumpah warna-warna yang tidak saya ingini.

Ia lahir pada pada tengah malam 15 April, sepuluh hari lebih awal dari tarikh jangkaan doktor. Dia sangat kecil, cuma berat 2.4kg dan mempunyai bau yang sangat mengasyikkan, seperti juga bau bayi-bayi lain. Saya melihat dia membuka matanya dengan luas dan ramai berkata matanya kelihatan seperti mata saya. Tetapi warna kulitnya mengikut warna kulit Mawar yang jauh lebih cerah daripada saya.

Warna biru biasanya dikaitkan dengan bayi lelaki dan merah jambu untuk bayi perempuan. Selalunya ibu bapa akan membeli pakaian dan peralatan bayi mengikut warna tersebut bagi menzahirkan jantina anak-anak mereka. Tetapi saya tidak berminat untuk membelikan segala yang berwarna merah jambu untuk bayi perempuan saya. Bukan kerana apa-apa yang penting tetapi ia selalu mengingatkan saya kepada puteri-puteri yang saya kurang sukai atas sebab-sebab tertentu. Ia sekadar pendapat peribadi dan tidak harus dipersetujui oleh semua orang. Lalu saya memilih ungu, dengan harapan supaya dia akan menjadi seperti nisa' yang sangat menjaga tatasusilanya. Semoga dia akan membesar untuk sentiasa menjadi manusia yang terbaik.

Ramai orang bertanyakan nama bayi saya ini melalui kotak komen di bawah. Saya menamakannya sebagai Nadaa, diambil dari perkataan Arab yang bermaksud embun. Ada yang telah bertanyakan kenapa namanya terlalu pendek dan ringkas. Saya menyukai nama yang pendek dan ringkas kerana ia kedengaran lebih moden dan bijak, lagi pun nama yang panjang-panjang dan pelik-pelik tidak pernah menjanjikan apa-apa. Tentang Nadaa, anda juga boleh memanggilnya dengan nama Embun!

33 comments:

noor said...

tahniah atas kelahirannya....
yg penting segalanya selamat...
bayi yg keluar awl dr jangkaan kelahiran adalah perkara normal...
anak pertama sy 3 tahun yg lalu pun awl 3 minggu...
skrg sudah semakin cerdik..petah bercakap...selain sedang menunggu utk kelahiran adiknya insyallah penghujung tahun ini....
semoga semuanya dilindungi olehNya...amin.......

**waheeda**

Amicus Curiae said...

tahniah jiey.

nasikerabupetro said...

Tahniah Ahmad...
Moga-moga kain yang bakal dicorak itu cantik sekali warnanya...
Kenapa tak kamu tunjukkan mukanya dalam gambar? Teringin sekali untuk saya melihatnya...

Terima kasih juga atas penghargaan kamu buat saff Nisa'... InsyaAllah, bakal pengikut jejak Siti Khadijah atau Fatimah tu...

wirkab said...

Mabruk dan Tahniah.
Corakkanlah kain putih pinjaman Allah itu dengan iman dan taqwa.

FirJah said...

Subhanallah....
tahniah mawar & nafastari.. sudah bertukar status nampaknya.. ayahbonda..

kalian di mana sekarang?? jika diizinkan kami berhajat utk menziarahi kalian ...

Semoga puteri ini akan membesar dengan sempurna bersama iman & taqwa..anak solehah utk ayahbonda..

a'a apa nama puteri ni yer??

Dad of 4+1 said...

Selamat melangkah ke dunia ke ibubapaan yang penuh warna warni.....

Water Lily said...

Tahniah untuk Ahmad dan Mawar. Semoga dengan kurniaan ini,bertambah kasih sayang antara kamu. :)

Anonymous said...

Tahniah, anda telah lahir ke alam dunia tempat di mana anda akan mengumpul bekalan untuk perjalanan anda ke alam yang seterusnya.

Saya doakan anda sejahtera selalu, dan selamat menempuhi pelbagai pengalaman menarik sepanjang anda berada di alam ini.

Selepas 45 minit anda lahir genaplah 27 tahun saya berada di sini. Banyak perkara yang saya sukai sepanjang tempoh ini, antaranya menikmati indahnya makhluk bernama lautan. saya tidak pernah jemu memuja kecantikannya.

Oh ya saya juga bertemu ramai manusia yang sama-sama singgah sementara di sini, antara mereka ada yang hebat2 bersungguh2 mencari bekalan termasuklah ayah dan emak awak. Ya, saya pasti kerana agama mereka telah sempurna. Saya masih belum sempurna agamanya, itulah kata2 junjungan kita Muhammad, hmmmm nanti ayah awak akan ceritakan siapa manusia bernama Muhammad.

Hidup di sini banyak dugaannya, saya yakin awak akan belajar dan mengambil teladan daripanya. Saya juga masih lagi belajar, saya terlalu bodoh dan takut untuk ke alam seterusnya kerana bekalan nampaknya masih belum cukup, risau dibuatnya.

Sepanjang tempoh kehidupan saya, satu perkara yang saya pasti betul dan saya mahu awak berpegang padanya. Percayalah tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu rasulnya, ingat ya jangan lupa. Oh ya ingat jangan juga awak bersikap biadab terhadap emak dan ayah awak, itu dilarang tau.

banyak lagi pantang larang hidup di sini, belajarlah lah perlahan2 dan cuba berfikir apa hakikatnya anda berada disini.

Baiklah esok saya harus bekerja, perlu rehat yang cukup. Ada kelapangan kita sambung lagi ya, sebelum terlupa ayah awak mengelar saya CheZul, awak boleh pangil saya apa yang ayah awak ajarkan nanti:)

Selamat malam

Syed Aljufrey

Anonymous said...

S**t!!!
Pok syed u really nailed it this time in ur comment!!
And for that u r my biggest enemy now!!
I hate u!!!!

Adik embun, akan sampai satu masa nanti adik berpatah harap dengan org dewasa dgn kerenah mereka, namun jgn sekali-kali adik kesampingkan dua orang dewasa ini walau apa situasi sekalipun, kerena merekalah yang paling susah kau fahami dan mengerti akan tindak-tanduk mereka, apatah lagi disaat-saat kamu dibesarkan...

Sementara kamu benar-benar memahami yang semuanya dilakukan demimu wahai adik seorang, sabarlah k! Kerana ketidaksabaran mu pasti memalit luka di hati mereka, luka yang pasti sembuh tapi kekal berparut!

Dua org dewasa itu pastilah
ibumu
dan
bapamu.

-joe-
(ieeii xleh lawan chezul la! benci3!)

Nafastari said...

Noor, terima kasih, dan terima kasih juga kerana berkongsi cerita. Saya berharap kamu akan sihat dan akhirnya dapat melahirkan ank kedua kamu dengan selamat dan mudah.

Amicus Curiae, terima kasih. Saya mendoakan kebahagiaan kamu dan semoga Allah kurniakan kamu anak secepat mungkin!

Nasikerabupetro, terima kasih. Saya memang tidak berniat untuk menunjukkan keseluruhan mukanya di sini atas sebab-sebab tertentu. Harap maaf. Tetapi saya pasti Nadaa juga teringin sekali untuk berkenalan dengan kamu, semoga Tuhan akan mempertemukan kamu berdua tidak lama lagi. Saya doakan saf Nisa' terus maju!

Wirkab, terima kasih banyak. Tentu sekali.

Firjah, terima kasih. Sehingga masa sekarang Mawar dan bayi masih berada di hospital, akan pulang ke kediaman kami esok. Tiada masalah, dipersilakan ziarah. Namanya Nadaa.

Dad of 4+1, terima kasih. Mungkin saya juga perlu berguru dengan kamu.

Water Lily, terima kasih. Semoga bahagia milik kamu jua.

Syed Aljufrey, saya pasti akan bercerita kepadanya tentang kamu! Saya rasa sekurang-kurangnya 8 tahun lagi dia tentu akan dapat membaca sendiri tentang apa yang kamu tulis ini. Pasti dia ingin sekali berjumpa kamu secepat mungkin, berkenalan dan berbual-bual sepuas-puasnya. Selain mengalunkan azan dan iqamat pada telinganya saya juga telah bisikkan di telinganya sebagaimana Luqman alhakim berpesan pada anak-anaknya: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar." (Surah Luqman: Ayat 13). Saya berharap dia akan mempunyai keyakinan yang teguh kepada Allah dan segala ajaranNya.

Joe, terima kasih atas nasihat-nasihat yang sangat berguna kepada Embun. Embun tentu sekali ingin berkenalan juga dengan Joe serta mengenali dengan lebih dekat.

Aiman& Areej said...

Jay & Mawar,

Tahniah!!! Siapa nama baby?

Anonymous said...

Kau harus khuatir Embun ku kaderkan nanti sebagai penari wanita Melayu Baru yang bertudung mempersembah tarian bangsa dihadapan mahramnya sahaja!

-joe-

Aishah Jamal said...

Comelnya. Apa nama anak buah akak ni ye?
Pesan pada Mawar lepas ni kena rajin 'berpantang'.
Tahniah!

an-nidxam said...

tahniah jay!

siapa nama dia?

tajiemas said...

tahniah atas kelahiran puteri saudara..susah payah yang terpaksa dihadapi oleh saudara dan isteri sebelum ini dianugerahkan Allah seorang bayi yang comel..semoga saudara mendidik puteri kesayangan saudara itu menjadi seorang muslimah yang sejati..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Yanaam said...

Tahniah.

Dulu anak saya suka warna merah jambu. Sekarang dah suka warna ungu cair pula.

Rajin-rajinlah berselawat dan baca Quran di sisi nya.

Hartini Omar said...

ahmad dan mawar,

saya tentulah rakan paling lewat mengucapkan tahniah atas kelahiran permata baru anda. ingin sekali saya menatap wajahnya dan mendengar namanya

jaga baik cahayamata kalian, krn doa dia akan menjadi suluh tatkala kalian kegelapan

selamat menjadi ibubapa. saya benar2 tumpang gembira. syukur, alhamdulillah

hayat said...

hahah..tahniah tuan fadil..dapat baby..ada macam rupa saya tak..hahahha.!!!

Anonymous said...

pa, tahniah! x bgtau pon..
-yue

NK said...

Tahniah Tuan.... Corakkanlah dengan warna-warna yang menjamin kehidupan yang baik..... Tahniah sekali lagi kerana telah menjadi AYAH.... Hadirnya cahaya mata itu... Membawa sejuta rasa.... Cool Daddy....hehehehe

Anonymous said...

Dan orang-orang yang berkata : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami kesenangan hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
( QS. Al-Furqan : 74 )
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(QS. At Tahrim: 6 ).
"Apabila manusia mati maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariyah, ilmu bermanfaat, atau anak shaleh yang mendo'akannya."
(HR. Muslim, dari Abu Hurairah)

Aku... said...

tahniah je la yang dapat dikatakan...kalau nak dikatakan semua orang akan ucap tahniah tapi kena la ingat anak tu datang dengan tanggungjawab,,bukan cuma ras seronok masa anak lahir atau rasa nak marah bila anak buat perangai melalak tengah malam...buat la apa yang sesuai dan betul untuk kebaikan Nadaa....

lil' Munchkin said...

TAHNIAH!

NADAA sungguh comel. :)

admin said...

tahniah bro

Mince4AM said...

tahniah, semoga dengan kehadiran cahaya mata ini maka bertambalah rezeki dan barakah dariNYA

fathi fadhil said...

tahniah rakanku..soy dah lama xngadap dunia maya ni,jadi lambat la dapat info..
jaga mawar n embun elok2 moga menjadi penyuluh hidup kita di masa hadapan insyaALLAH

Artozy said...

sahabat,

alhamdulillah, syukur teramat sangat kepada Allah taala. Semoga saudara sekeluarga dirahmati Allah.

buat mawar, saya berdoa agar diampunkan segala dosa-dosa dan semoga menjadi isteri yang solehah serta ibu yang mithali.

Anggerik said...

Tahniah untuk Ahmad and wife. Moga dengan kehadiran cahaya mata ini dapat mengeratkan lagi jalinan kasih yang ada..

n-o-m-a n-i-x said...

Salam..

Ahmad dan Mawar,

Tahniah di atas kelahiran puteri kamu ya. Saya doakan agar Nadaa menjadi anak yg solehah dan menyejukkan hati ayahbondanya seperti titisan embun pagi..

Anonymous said...

Ooh Nadaa tu bermaksud Embun.. Sangat unik nama itu.. Nanti bila Auntie Hanie balik Terengganu, Nanti Auntie pergi melawat Nadaa yer.. Tungguuu!!

Hanie..

addyaholix said...

tahniah buat kamu dan mawar.
hargai anugerah yang Dia beri.
didik supaya jadi insan bertaqwa.
moga nadaa selalu dibawah lembayung rahmat Dia Insyaallah.

dan nama nadaa kelihatan hebat!

Mior Azhar said...

Ahmad,
Nadaa namanya yang manis sekali. Biar pendek (seperti nama anak2 saya) asalkan manis sekali namanya.
Tahniah sekali lagi untuk Ahmad. Bagaimana Mawar? Harap sudah kembali sihat...

Nafastari said...

Aiman & Areej, Aishah Jamal, Annidxam terima kasih. Namanya Nadaa.

Joe, kalau kamu aku tidak khuatir lagi kerana aku kenal siapa kamu!

Tajiemas, terima kasih atas doa anda.

Yanaam, terima kasih. Ungu cair sangat menarik!

Hartini Omar, terima kasih. Saya harap kita akan berjumpa juga nanti.

Hayat, terima kasih. Mungkin ada sikit-sikit...

Yue, Aku, Lil' Munchkin, Admin & Mince4AM, terima kasih.

NK, terima kasih! Ya, saya akan cuba menjadi ayah yang hebat (cool)!

Fathifadhil, terima kasih. InsyaAllah.

Artozy sahabatku, terima kasih. Dan semoga Tuhan mendengar doa kamu.

Anggerik, terima kasih. Semoga Tuhan juga mengeratkan jalinan kasih sayang kamu sekeluarga.

Nomanix, terima kasih. Semoga doa kamu menjadi benar!

Hanie, nanti kita jumpa insyaAllah.

Addyaholix, terima kasih. saya gembira kamu menyatakan kamu suka nama itu.

Mior, terima kasih. Kita mungkin mempunyai citarasa yang hampir sama dalam pemilihan nama. Mawar sihat sahaja, beransur pulih. Terima kasih bertanya.