Friday, April 10, 2009

Jika Jari Tersepit Pintu Kereta

Saya mempunyai seorang anak saudara yang comel, bernama Norah berumur 5 tahun. Seperti kebanyakan kanak-kanak, Norah selalunya jujur dalam membuat penilaian ke atas kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan sering membuat kesimpulan yang tidak tepat dalam beberapa perkara. Contohnya, pada suatu hari jarinya yang kecil tersepit pada pintu kereta Nissan Silphy ayahnya yang baru dibeli cuma beberapa hari. Ianya sudah tentu sangat menyakitkan dan membuatkan dia menangis. Selepas itu dia berkata kepada ibunya, "kita jangan beli kereta Nissan lagi, nanti tersepit jari." Sebelum itu, ayahnya memandu Proton dan Honda.

Semalam Mawar juga tersepit hujung jari kelinkingnya di pintu kereta selepas saya baru sahaja berpesan kepadanya supaya berhati-hati. Sangat menyakitkan tetapi saya rasa dia tidak menangis. Ada kesan darah beku bertompok di bawah kuku jarinya. Dan selepas itu dia juga berkata kepada saya, "jangan beli kereta Myvi lagi!"

9 comments:

FirJah said...

hehe.. kelakar btul...lps ni jgn beli kereta baru lagi la..haha..

tp kalau tersepit jari mmg sakit, saya pernh jadi tp bukan kena pintu sebaliknya bendalah angkat berat my cinta tu terjatuh btul3 jari hantu saya ketika asyik mengemas.. masyaAllah hanya tuhan yg tau sakitnya.. mula2 tahan jugak , dek kerana sakit sgt saya mmg menangis..kini parutnya sudah hilang setelah hari demi hari kuku hilang tumbuh silih berganti.. tp lama jugak la.. pantang org nampk akn tanya "kuku kena ape?" tak terjwb jugak sya..

utk mawar.. bersbarlah.. jagn beli lagi kete baru yer..hehe

Anonymous said...

pernah tersepit jari kat pintu yang tertutup rapat... adoi... sakitnya! mase kecik plak tuh.. menangis pun tak hilang sakit!

-joe-

addyaholix said...

keleteh budak-budak selalu buat aku senyum.

ramai tanya bila nak kahwin cuma sebab aku mesra budak-budak. haha!

Anonymous said...

Beli Toyota Vios or Camry or Altis

Nafastari said...

Firjah & Joe, ya, sangat setuju. Sakit yang bukan kepalang! Na'uzubillah.

Addyaholix, kejujuran mereka kadang-kadang sangat melucukan! Nanti kalau ada anak sendiri tentu kamu lebih suka.

Anonymous, Dunia, dunia, dunia... Hehe... Saya harap saya tidak punya nafsu yang besar tentang kereta, cukuplah sekadar ia memudahkan saya bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Penulis lebih menghargai jika anda memperkenalkan identiti diri. Terima kasih.

Makcu said...

yeyyye jgn beli Myvi lagi.. elehhhhh ngade2 nyeeeee

katakukata said...

hahaha..funny but yet so cute..
i pun pernah kena ketika zaman U dulu. Lukanya agak teruk kerana ada sedikit isi terkeluar di hujung kuku. bila ke clinic, doc dgn gembiranya memicit bhgn itu untuk mengeluarkan darah sebelum ia beku. hanya kerana jari tersepit pintu kete, saya diberi MC dua hari.hahaha..(maklumlah doctor keluarga)ketika itu, kete kelisa kuning hitam.(",)

dan sekarang, saya memandu Chevrolet Optra dan jari kawan saya pula yang tersepit.

*sungguh irony*

hans said...

hahahhaha
teringat anak buah aku...

anak buah : bercerita hantu dengan beriya2...pokok pisang...baju putih..rambut panjang..bla..bla.bla..

aku : tgok tv tu kejap...

anak buah : pejam mata..(tv waktu tu cerita puaka niyang rapik)

hahahahhaha

Nafastari said...

Makcu, ya memang lawak dia itu kedengaran mengada-ngada sekali..

Katakukata, malang tidak berbau!

Hans, budak-budak selalu macam itu, kan!