Tuesday, April 21, 2009

Syafaakillah

Sudah lama saya tidak pernah berasa bimbang, gusar dan sangat sedih begini, kali terakhir mungkin sewaktu menerima berita bahawa ibu saya diserang angin ahmar dan menjadi lumpuh sebelah badan tujuh tahun yang lalu. Tapi kali ini ia berkenaan dengan Embun dan lebih perit lagi saya terpaksa membuat pilihan antara dua pilihan yang sangat sukar. Kerana kedua-dua pilihan tersebut mempunyai risikonya yang tersendiri.

Embun diserang jaundis dengan teruk ketika umurnya cuma 3 hari dan telah diarahkan masuk ke wad. Dia terus diberi rawatan terapi lampu (phototherapy). Oleh sebab bacaan tahap kekuningannya terlalu tinggi, doktor ingin melakukan prosedur pemindahan darah (ET) ke atasnya dan memerlukan kami untuk memberikan persetujuan secara bertulis. Jika kami tidak bersetuju dengan dengan prosedur tersebut Embun akan berisiko mengalami kecacatan seperti lumpuh, pekak, buta, malah kematian. Dan jika kami bersetuju risikonya juga besar iaitu reaksi pemindahan darah yang negatif, komplikasi dan jangkitan kuman yang juga boleh membawa kepada kematian sekiranya prosedur ET tersebut gagal. Akhirnya setelah berbincang dengan doktor dan membuat sedikit pembacaan kami bersetuju untuk melakukan prosedur ET sekiranya itu yang difikirkan perlu oleh pakar paediatrik.

Tetapi pada malam itu kami diberitahu oleh doktor bahawa Embun sudah tidak memerlukan ET kerana bacaan darahnya sudah turun dengan drastik sekali, iaitu 300 berbanding 495 sewaktu dia mula-mula dimasukkan ke wad. Itu sangat-sangat melegakan kami dan Mawar menyambut berita itu tangisan gembira dan terharu. Alhamdulillah.

Embun masih lagi di hospital, petang tadi sewaktu menghantar susu badan yang telah di sediakan oleh Mawar kepadanya di hospital saya melihat dia menangis dengan kuat. Terdapat kesan-kesan jarum dengan banyak di kedua-dua belah tangan dan kakinya. Terdapat juga kesan kemerah-merahan di perutnya dan bintik-bintik kemerahan di kebanyakan bahagian badannya. Doktor pun belum pasti jika ianya kesan daripada kepanasan terapi lampu atau alahan kepada jenis lampin yang digunakan. Setakat petang tadi bacaan darah Embun sudah menurun ke 205 dan doktor membayangkan dia akan dibenarkan pulang lusa, Khamis.

Ada banyak sebab untuk bayi baru lahir menjadi kuning. Bayi yang dilahirkan pra-matang lebih cenderung terkena kuning iaitu sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir. Antara penyebab lain ialah trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum, jangkitan kuman di dalam darah, jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma, masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive), masalah dengan enzim darah merah (G6PD), hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism) dan masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson). Setelah semua penyebab di atas telah dikenal pasti negatif, jaundis besar kemungkinan disebabkan oleh susu ibu!

Dan kami sangat khuatir jika Embun mendapat jaundis teruk disebabkan oleh susu ibu kerana dia aktif menyusu pada tiga hari pertama. Dan setelah mengetahui fakta ini Mawar terus sahaja memberhentikan segala pengambilan jamu tradisional dan herba-herba yang sebenarnya boleh diambil selepas jangka masa tertentu selepas bersalin. Kami berasa sangat kesal dan menyesal kerana tidak pernah mengetahui apa-apa tentang fakta ini lebih awal. Tetapi ini merupakan pengalaman kelahiran yang pertama dan banyak yang kami perlu belajar dan terokai. Maafkan kami Cik Embun.

13 comments:

nasikerabupetro said...

Ahmad dan Mawar,

Kisah-kisah sebegini selalu mendebarkan saya, tapi Alhamdulillah endingnya menggembirakan.

Moga-moga Cik Embun mengerti betapa tingginya kasih ibu dan pengorbanan seorang bapa, tau Cik Embun!

U'll read this, one day...

Fatanah Fadhil said...

alamak..cian nya dia kecik2 dah kena masuk wad ek..biasa mmg xleh lari dah bby kena kuning ni..
penyebabnya adalah susu ibu dan penyembuhnya juga ialah susu ibu..kena kerapkan susukan nadaa tu,kalau blh sejam sekali..sbb dalam susu ibu tu ada antibiotik untuk nadaa..
n untuk ibu plak,segala jamu2 yang berkaitan kalau boleh tangguh dulu,seeloknya di ambil apabila bby dah dapat antibody sendiri or tggu lph 40hari..kalau nk amik jgk ubat skrg,ubat homeopati yg paling sesuai sekarang..
fathi dulu alhamdulillah xkena juandis dulu dan saya mengambil jamu slps umur fathi 60hri+ rasanya..but amik sekejap jer,xsesuai kot..skrg amik homeopati jer..kalu berminat ngan homeopati,kami ada homeopati untuk ibu bersalin n juandis bby..blh tgk eraedarbesut.com untuk info lanjut, besok kami akan pulang ke besut,kalau btl2 berminat blh kami hantarkan..

admin said...

sabar bro... anak aku dulu 5 hari tahan wad, kuning gak le... atas bawah pasang lampu...

dapat plak dokter pelatih... buat kami mcm tunggul...

last2 kitorg decide nk kuarkan baby dari wad, walaupun dokter x setuju... peduli hape anak aku...

Alhamdulillah skang baby sehat... sabar bro...

hambaAllah said...

alhamdulillah semuanya dah kembali seperti biasa,semoga embun sihat & menjadi anak yg solehah,amin.

Mince4AM said...

ank saya..ehh,,anak sedara saya juga mengalami sakit kuning yg teruk tahap gaban, sudahla begitu saiznye juga amat kecil berbanding kaka-kakanya yang lain..beberapa hari jugak kena tahan kat hospital...atas bawah pun lampu..saya sempat juga menyeludup susu kambing ke hospital buat kakak saya... org2 tua kata susu kambing baik utk sakit kuning.. nath betul atau tidak tapi Alhamdulillah dia pulih setelah itu... sekarang ni dia..hish...sihat gile...gedebab tapi pejal...keras..dan aktif terlampau...tetapi saya tau..aktifnya bukanlah kerana mengalami ADHD (atention deficit hiperactive disorder)..tapi sangat aktif...

Bila Diary Bercerita said...

Kesian Nadaa. Ini ujian untuk ibubapanya. Sabar. Petua orang tua-tua dulu memang disuruh beri susu kambing. Disuruh jemur baby pada cahaya matahari pagi dan seingat akak baby kena mandikan dengan sejenis bunga kering yang bila direndam airnya jadi kuning.
Nanti kalu akak dapat info yang lain akan akan ceritakan. Kirim salam pada Mawar. Oh ya, ubat rempah tu kena stop makan dulu atau dikurangkan pengambilannya. Tunggulah bila Nadaa dah pulih baru makan balik. Take care k.

Anonymous said...

Hari ini saya sangat gembira apabila pergi membuat buku merah dan scan baby. Baby saya bergerak2 dan sudah cukup sifat. Saya menangis terharu melihat baby saya.. sehinggalah membaca berita terbaru ini. Sedih sekali saya mendengar kisah Embun dan menitis jua air mata keibuan saya walaupun saya bukan ibu kandungnya. Bersabarlah menghadapi dugaan ini dan alhamdulillah, Embun beransur pulih.

Saya berharap Embun dan juga anak saya sihat sentiasa.. Amin..

Hanie..

en_me said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

Ahmad dan isteri,
saya doakan moganya selamat dan moga semuanya baik.

Embun sayang, membesarlah dengan gaya Islam dan Melayu. mak cik doakan kamu.

Nafastari said...

Nasikerabupetro, terima kasih. Saya akan pastikan Embun baca itu.

Ummufathi, terima kasih. Mawar memang setiap hari ke hospital menyusukan Embun. Terima kasih atas tawaran homeopati itu, biar kami fikirkan dulu.

Admin, samalah dengan Embun lampu atas bawah (lihat gambar). Doktor baru jugak, lebih muda daripada saya. Tapi Dr. Norazila itu sangat bagus, melayan semua soalan kami dan memberi penjelasan yang memuaskan hati kami. Terima atas perkongsian dan keprihatinan anda.

HambaAllah, terima kasih. InsyaAllah

Min4AM, terima kasih atas perkongsian cerita anda. Embun juga kecil cuma 2.4kg sewaktu dilahirkan. Saya ada juga mendengar tentang susu kambing, tapi khuatir jika susu kambing yg tidak disteril akan mengakibatkan cirit-birit kepada bayi.

Aishah, terima kasih atas perkongsian dan cadangan anda. Embun masih di hospital, tidak banyak yg dapat kami lakukan selain mengikut apa sahaja yang difikirkan baik oleh doktor. Leceh juga...

Hanie, terima kasih atas simpati dan empati anda. Saya tumpang gembira atas perkembangan terbaru anda, semoga sihat dan ceria selalu.

En_me, alhamdulillah.

Nasriahabdulsalam, terima kasih atas doa anda. InsyaAllah dia akan dibesarkan dengan gaya Islam.

Anonymous said...

Dulu pun dah ada kuning,tp xbahaya sangat sebab masa 2,nama dia kuning.Loni jd bahaya sikit sebab nama dia dah jadi jaundish.
-M.a Bersumbat

Nafastari said...

MA Bersumbat, ya saya kira nama juga memainkan peranan yang penting. Saya harap kamu sudah baik daripada denggi itu sepenuhnya dan menjalani hidup seperti biasa.

Saya baru sahaja balik dari memeriksa tahap billirubin dalam darah Embun, sudah turun dengan banyak. Sekarang 181.

huds said...

teruskan dengan susu ibu...keep up mawar