Akhirnya Khamis lepas doktor pakar telah membenarkan Mawar untuk pulang ke rumah untuk tiga hari. Itupun setelah seorang jururawat menyedari bahawa Mawar sudah menjadi sangat tertekan dan menangis sendirian di katilnya. Dia terpaksa menandatangani beberapa kertas yang antara lainnya menyatakan bahawa dia pulang atas pilihan sendiri walaupun bertentangan dengan pendapat doktor dan atas risiko sendiri. Sepanjang tiga hari di rumah saya dapat melihat dia sangat gembira dan setiap masa berharap agar dia tidak perlu kembali ke wad di hospital, tapi dia tidak punyai pilihan itu.
Selepas tiga hari Mawar terpaksa kembali ke hospital itu. Mawar terlebih dahulu dimarahi oleh doktor yang tidak berpuas hati dengan keputusan doktor terdahulu yang telah membenarkan dia pulang untuk tiga hari. Macam-macam yang dibebelkan oleh doktor perempuan berketurunan cina itu. Setelah dua jam lebih menunggu untuk didaftarkan (5.15- 7.30 petang), akhirnya Mawar ditempatkan di wad kelas ketiga kerana tiada lagi kekosongan di wad kelas pertama. Secara jujurnya, kami lebih menyukai wad kelas ketiga kerana di situ Mawar akan berjumpa dengan ramai kawan-kawan pesakit yang ditempatkan dalam bilik besar secara beramai-ramai. Di situ juga terdapat tingkap yang mana melalui tingkap tersebut Mawar boleh melihat cahaya matahari, pokok-pokok dan kenderaan yang lalu lalang di bawah. Di situ juga tiada had bilangan pelawat yang ingin melawat pesakit.
Kalau di wad kelas pertama dan kedua hanya dua orang pelawat yang dibenarkan masuk pada-satu-satu masa melawat. Tidak ada orang yang boleh menunggu atau menjaga pesakit pada waktu-waktu lain selain dari waktu melawat, terpakai di semua wad (kelas pertama, kedua dan ketiga). Saya hanya boleh berjumpa Mawar pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang, dan 4.30 hingga 7.00 petang. Malah kadang-kadang jika Mawar teringin bersarapan dengan susu segar serta corn flakes kegemarannya, saya hanya boleh memberikan kepada pengawal keselamatan untuk menyampaikannya kepada Mawar. Saya tidak dibenarkan menyampaikannya sendiri kepada Mawar. Peraturan-peraturan itu sangat menyusahkan dan saya sangat kecewa! Kadang-kadang ia kelihatan seperti sebuah depot tahanan atau penjara.
Pada petang ini Mawar telah dipindahkan ke wad kelas kedua pula, bermakna sekarang hanya dua orang pelawat yang dibenarkan menunggu pada satu-satu masa. Wad kelas kedua masih menyediakan tingkap seperti mana wad kelas ketiga, ini sangat melegakan. Mawar ingin kekal di kelas wad ketiga tetapi itu pun tidak dibenarkan oleh jururawat yang bertugas, jadi sebagai seorang tahanan di hospital itu Mawar hanya terpaksa menurut. Selepas ini Mawar mungkin diarahkan sekali lagi berpindah ke wad kelas pertama yang sangat tidak digemari olehnya. Semalam doktor telah memberitahu Mawar mungkin terpaksa berada di wad untuk tempoh tiga minggu lagi. Mawar mungkin akan menjalani satu pembedahan untuk kelahiran pada 10 atau 11 April ini.
Jururawat di wad kelas pertama lebih prihatin dan lemah lembut tutur kata mereka, tidak seperti jururawat di kelas ketiga yang cepat marah dan selalu menjawab pertanyaan pesakit dengan cara yang sangat kasar, sarkastik dan malah biadap. Contohnya Mawar dibenarkan menggunakan telefon tangan apabila di wad kelas pertama tanpa ditegur, malah ketika diberi rawatan pun mereka tidak pernah berkata apa-apa jika dia perlu menjawab panggilan. Tetapi di wad kelas ketiga jururawat memarahi Mawar sewaktu dia menjawab satu panggilan, membebel dan seterusnya mengarahkan dengan tegas supaya Mawar mematikan (switch off) telefon. Ada banyak lagi contoh-contoh layanan double standard yang lain mengikut kelas-kelas yang diamalkan secara konsisten oleh jururawat di sana. Semakin tinggi kelas wad tersebut, semakin baguslah layanan yang diberikan oleh jururawat dan jika semakin rendah kelas wad tersebut bermakna semakin teruklah layanan dan cara tutur bicara jururawatnya.
Jika saya kaya saya tidak ingin membiarkan Mawar melalui pengalaman yang teruk itu. Tetapi saya fikir saya belum mampu untuk menghantarnya ke hospital swasta. Saya akur bahawa di hospital kerajaan kami terpaksa lebih banyak bersabar kerana itulah sifat hospital kerajaan. Saya faham bahawa kerajaan masih belum mampu untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, kakitangan yang lebih ramai, kemudahan infrastruktur yang lebih selesa dan sebagainya atas alasan-alasan yang cuma diketahui oleh pihak pemerintah yang bijak pandai. Mungkin hasil kerajaan belum cukup banyak, mungkin juga kerana kerajaan berpendapat perkhidmatan sekarang sudah cukup bagus atau anda pun tahu apa jawapannya.
Saya tidak boleh banyak mengadu atau membebel. Ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya cuma ada dua pilihan. Pilihan pertama, saya perlu menjadi kaya dan banyak duit supaya mampu mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital swasta. Pilihan kedua, saya terus dengan hospital kerajaan dan mestilah banyak bersabar. Mujurlah di dunia ini wujud perkataan sabar.

13 comments:
Sabar itu sebahagian dari sabariah...
Salam AHMAD,
Takziah saya ucapkan. Moga MAWAR akan segera sembuh. Sabar ye..saya tahu, kamu dan MAWAR lebih sabar...lebih tabah...dan lebih cekal drpd saya. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Ermm, hidup ini kan ibarat putaran roda, kadang di atas...kadang di bawah, kadang suka, kadang duka. Semua itu dtg drpd-NYA. Kita sbg hamba-NYA hanya perlu redha dgn ketentuan-NYA:-)
p/s: Pagi tadi sewaktu saya memandu dr rumah utk ke pejabat, org2 kerahan Kerajaan BN sdg sibuk menurap jalan dgn tar n membaiki jalan2 yg telah berkurun lamanya rosak. Inilah limpahan rahmat setiap kali nak pilihanraya. Terima kasih KERAJAAN UMNO/BN, kalian memang "KERAJAAN BERJIWA RAKYAT...YANG SENTIASA MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT" (uwwekks...nak termuntah saya). Utk pengetahuan kamu, saya akan sekali lagi membuang undi di DUN BUKIT SELAMBAU N35 pada bulan April ni.
Wassalam:-)
sabar itu .. mmmm sabar lah!
layan je, bile segala2nye dah berlalu then only we realize, ala bukannyer teruk sangat... byk lagi bende teruk dalam dunia...
Mungkin mawar perlu didengarkan lagu2 mozart dengan headphone tambahan di perut, moga terlahirlah musisi (pinjaman Indonesia yang juga meminjam "musician") Islamik!
Sabar k!
-joe-
Layanan kakitangan hospital kerajaan tu bergantung kepada niat dan sikap manusia itu sendiri.
Mungkin mereka-mereka ni patut dihantar kursus 'Customer Service' kut.
Akak doakan Mawar selamat. Eh! semalam masa akan berborak dgn Zu dlm telefon kesian pulak dengar yang awak korbankan masa mkn tengahari semata-mata untuk bersama-sama isteri.
Pesan pada Mawar, dugaan kecil je tu kena tahan dalam Wad. Yang penting kandungan dan baby selamat.
Semoga Allah swt permudahkan untuk Mawar masa bersalin nanti.
ahmad,
sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk berpesan agar kamu dan isteri sentiasa sabar dan tabah menempuh hari2 sukar, kerana hari2 sesukar itu belum pernah saya sendiri tempuhi
saya tidak mahu berkata saya faham keperitan yang ditanggung kamu dan isteri kerana sememangnya saya tidak memahaminya, cuma mungkin dapat saya teka dari pengalaman pembacaan dan pemerhatian yg tidaklah sebanyak mana
sabar dan tawakallah kepada Yang Maha Esa. saya akan berusaha sedaya upaya mendidik anak2 didik saya supaya berlembut lidah dan hati buat penghuni2 hospital dan rumah2 sakit. menenangkan mereka dengan kata2 sokongan atau sekadar mendamaikan mereka dengan senyuman
saya masih berusaha, dan tak pernah lupa berkirim doa
terima kasih atas ingatan persaudaraan yang dihulurkan
saya kini - hanya pembaca
Salam
Apa yang mampu saya perkatakan semoga dipermudahkan Allah swt. urusan Ahmad dan Mawar.
Berurusan dengan hospital kerajaan memang tidak dinafikan agak menjengkelkan kadang kala.
Bagi kita yang tiada berkemampuan/keupayaan ini, sabar adalah pilihan terbaik.
Salam,
Hairan juga, kenapa wad kelas dua dan satu hanya membenarkan 2 orang untuk melawat.
Ibu saya masuk wad kelas dua. Enam orang sebilik dan kami datang melawat ramai-ramai. Waktu melawat memang standard di hospital kerajaan. Tetapi dengan pas khas, kami datang juga pada waktu yang lain. Pas khas ini hanya untuk maksimum 2 orang sahaja.
Semasa bapa mertua saya berada di wad kelas satu di HKL, kami juga datang melawat beramai-ramai, sampai penuh bilik.
Mungkin bergantung kepada penyakit dan keadaan pesakit. Bapa mertua saya akan bertanya nurse dan doktor setiap 5 minit jika tiada orang menunggunya. Akhirnya doktor menefon rumah suruh waris datang tunggu.
Semoga ujian berat ini akan cepat berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan anda sekeluarga. InsyaAllah.
akum jay,
perit nye aku baca n3 ttg keadaan mawar dua tiga menjak nih. tak perlulah aku katakan sabar kepada kau kerana ternyata itu sewajibnya kita rasa bila berhadapan dengan dugaan n ujian allah. apa yang aku boleh katakan, it's just that di sebalik kepahitan n keperitan yang kau lalui sekarang nih, Allah swt dah sediakan penuh dengan hikmah2 yang satu hari nanti kau dan mawar akan bersyukur.
like i said before, i will always pray for both of you.
p/s: as a woman, scary seh dgr pengalaman mawar nih.huuhuhu..
(",)
I remember masa K yani nak lahirkan Khadijah....she asked for the 2nd/3rd class sebab terasa sunyi sangat sorang2 as I was out of town. Ta pe lah kat hospital, it's for mother and child's safety!
mungkin lepas ni boleh melanggan medical card.macam menabung,tp untuk kegunaan kesihatan.
Salam Nafastari,
Sedih lak bila baca entri ni. Saya nak jelaskan sikit pasal polisi melawat di HSNZ seperti yang ditetapkan oleh Jabatan O&G dan telah diluluskan oleh Pengarah Hospital few years ago. Bagi wad2 "kelas kedua & pertama" i.e untuk bakal ibu dan ibu yg dah bersalin, memang jabatan dah tetapkan hanya 2 org pada satu2 masa, so kena berganti2 lah (macam pass baton lak). Actually polisi ini dibuat sebegitu rupa sebab ada komplen dan rungutan yg sgt byk diterima oleh pihak hospital daripada pesakit yg sedang dan pernah berada di wad2 ini bahawa mereka tidak selesa dan rasa terganggu sebab ada pesakit yg dilawati oleh ramai pelawat pada satu2 masa dan jadi bising. Diorang cakap kalau wad kedua & pertama dah macam pasar dengan crowded dan bising baik tukar jadi wad biasa..takde beza sedangkan kena bayar lebih. Lagi satu sebab yg utama di wad kelas kedua & pertama ada baby jadi kawalan dari segi bilangan pelawat perlu lebih ketat sebab pernah berlaku kes baby diseludup keluar sewaktu pelawat ramai2 keluar bersama2. Perlu diingat polisi ini hanya terpakai di wad yg ada baby sahaja (Wad 1B & 2A) sebab itu di wad kelas tiga bagi bakal ibu bilangan pelawat tidak dihadkan. Bagi wad kelas dua dan pertama lain (yg takde baby) bilangan pelawat memg tidak dihadkan sewaktu masa melawat.
Dari segi layanan kasar dan double standard jururawat mengikut kelas2 wad tu...saya bukan nak membela cuma bagi wad kelas 3 bilangan pesakit lebih ramai dan kerenahnya lebih banyak..belum masuk kerenah keluarga pesakit. Jadi bila jururawat tu yg kena berdepan dgn kerenah mcm2 ni selama 8 or 9 jam bertugas...bayangkan lah pening dan sakitnya kepala mereka. Di hospital swasta perkara ini takkan berlaku sebab bilangan pesakit adalah terkawal. Tapi kalu jururawat yg baru start shif tapi dah marah2 yg ni memang ada masalah mental la.
Berkaitan dengan menunggu pesakit, memang ada pas menunggu tapi hanya untuk pesakit yg memerlukan bantuan untuk bergerak, contohnya yg accident, pesakit yg baru dibedah, sakit kritikal dan yg sewaktu dengannya. Sekiranya mawar terpaksa dibedah kelak, mungkin nafastari boleh minta supaya mawar dibenarkan ada penjaga di wad selepas mawar dibedah nanti..kebenaran hanya untuk penjaga perempuan je takut pesakit lain tak selesa.
Hmmm terpanjang lak komen...sori ekk....
Just nak share my experience selepas caesarean operation dulu. Saya tinggal di wad kelas pertama slps dibedah selama 3 hari. Suami tak dibenarkan menunggu (sebab lelaki hehe). So saya survive sendiri la. Nak bergerak pun susah waktu tu. Denagn baby kat sebelah lagi. Memang sedih & bosan apatah lagi bila tgk org lain ada org tunggu dan tolong2 diorang. Tapi saya cuba tabahkan hati dan tak layan perasaan. Redha je. Time nak mandi baby jururawat la yg tolg mandikan. Time baby melalak sebab susu tak keluar masa breastfeeding jururawat la yg tolg bawa baby utk minum susu hospital. Masa tu diorg memg tak kenal saya sebab baru je masuk kerja kat hospital. Tapi mereka sangat baik dan memahami. Nasihat saya kepada mawar dan nafastari...jangan terlalu fikirkan perasaan sedih, sakit hati, tension dan apa2jelah perasaan tak best krn sikap teruk jururawat2 tu ataupun sebab environment di hospital tu. Bersangka baik, doakan supaya mereka berubah dan tidak bersikap demikian dgn pesakit lain dan BERSYUKUR dengan apa yg kita sedang lalui adalah lebih baik....
Wassalam...HSNZ nho
Je_diraja, jadi kamar itu sebahagian dari kamariah, begitu?
Ishan Q, ya redha dan sabar adalah pilihan yang terbaik. Kami juga doakan yang terbaik untuk kamu. Jangan lupa teruskan beri sokongan pada kerajaan yang berjiwa rakyat.
Joe, terima kasih. Ya tentu ada banyak lagi perkara yang lebih teruk.
Aishah, terima kasih. Saya ok, selalunya sebab saya kebetulannya bersarapan lambat. Semoga dipermudahkanlah segalanya untuk Mawar.
Hartini, terima kasih atas keprihatinan kamu. Saya berharap kamu di sana baik-baik sahaja. Terus menulis ya..
Water Lily, saya kira pun begitu, sabar adalah pilihan yang terbaik. Terima kasih atas ingatan.
Yanaam, terima kasih atas doa dan ingatan kamu. Saya sangat menghargainya. Silalah berkunjung ke sini lagi.
Katakukata, thanks for the du'a.
Dad of 4, yep we'd do anything for their safety.
Anonymous, hmmm...
NHO, setiap kali melawat Mawar saya teringat kamu kerana saya selalu terpandang pada carta organisasi hospital yang ada gambar muka kamu itu. Terima kasih atas maklumat itu. Ya sememangnya mereka sangat baik dan memahami, dan saya harap hospital ini akan terus maju dan cemerlang di masa-masa hadapan. Terima kasih juga atas keprihatinan anda. Komen anda mengingatkan saya pada kawan anda di Bukit Kecil itu. Hehee..
Ahmad,
Kamu memang bijak... memang kamu adalah junior saya...
Kawan NHO itu adakah saya?
^ ^
-
Post a Comment