Thursday, March 26, 2009

Tidak Mahu Menangis Lagi



Tadi doktor memaklumkan bahawa pembedahan akan dilakukan pada 12 April kerana pada 10 dan 11 April sudah tiada kelapangan masa lagi, nampaknya terlalu ramai ibu-ibu yang akan menjalani pembedahan. Dalam nada gurauan Mawar bertanya jururawat, adakah wujud suatu ubat tidur yang membolehkan saya tidur dengan lama dan hanya akan buka mata setelah tiba hari 12 April? Dalam senyuman jururawat membalas manja, "amboi, amboi..."

Saya telah cetak entri saya sebelum ini- Pasrah, bersekali dengan komen-komen dari pembaca dan saya bawakan kepada Mawar di katil hospital. Dia sangat terharu membaca doa dan kata-kata prihatin dari pembaca-pembaca. Dia terhibur seketika. Saya kira itu telah membantu dia untuk menjadi lebih sabar, tabah dan rasional dalam mencari hikmah di sebalik semua yang telah dilalui.

Sejenak dia berkata kepada saya,

"Tuhan telah selalu memberikan apa yang kita mahu. Kita mahu kahwin, kita dapat. Saya mahukan anak, saya dapat. Kamu mahu pergi tunai umrah, kamu dapat. Kita dapat segala yang kita mahu. Cuma sekali ini sahaja Tuhan memberikan apa yang kita tidak mahu, untuk tinggal sebentar di hospital ini. Kalau sudah Tuhan yang takdirkan begini, kenapa kita tidak harus terima?"

Ya, benar sekali. Semoga Tuhan ampunkan segala keterlanjuran kata, rasa dan laku. Setelah selalunya dikurniakan segala yang dihajati, cuma sekali ini Tuhan menguji, lalu sepatutnya ini bukanlah diterima sebagai sesuatu yang sangat teruk atau buruk. Semoga kami akan mempelajari dan menghayati hikmah yang paling berharga selepas ini.

11 comments:

addyaholix said...

ya. kadang kita perlu terima apa yang Dia mahu untuk kita. mungkin apa yang tak pernah kita mahu itu yang terbaik. hanya cuma Dia yang maha mengetahui.

moga semua berjalan lancar. dan moga kamu terus bahagia.

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD,

Kata-katamu dlm n3 ini sgt terkesan di hati saya. Apa pun, saya doakan kamu, MAWAR, anak dlm kandungan MAWAR dan seluruh keluarga kamu sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat. Saya sentiasa doakan yg terbaik utk kamu krn kamu sahabat akrab saya yg paling mengerti pasal diri saya:-) Wassalam.

Anonymous said...

Tau takpe!!! Mcm ni la anak abah! (tibe!)

Mase aku nak berenti kerje sgt2 beberapa bulan lalu, aku tak jadi berenti hanya kerana nasihat ringkas abang aku yang berbunyi:-

"Ingat orang Palestin."

Terus aku berhenti merungut, dan melupakan segala duka nestapa yang remeh...

namun aku berhenti jua baru2 ini, kerana aku tidak mendapatkan nasihat sesiapa! (-_-)

-joe-

Anonymous said...

Kata-kata anda sangat terkesan di hati saya.. Saya juga kena banyak2 bersabar dan bersyukur..

Hanie..

Makcu said...

ujian yg 'sedikit' dr Allah..
Jika Tuhan tidak memakbulkan doamu, maka DIA ada rancangan yg lebih baik utkmu.

*kirim slm mawar, bgtau dia bile dia da sihat bersalin, bulehla dia berposing gan baby dia, nti makcu shoot gambo dia n baby..

je_diraja said...

Ahmad,
semoga Mawar dan anak selamat...
Kamu perlu tabah menjaga isteri yang bersalin secara pembedahan... tapi saya yakin kamu adalah suami mithali... InsyaAllah dipermudahkan...

Baru tadi anak saudara saya yang berumur 4 tahun bagi satu ilmu baru pada saya:

"Kalau makan roti canai, dapat baby boy;
Kalau tak makan roti canai, dapat baby girl."

(^ ^)
-

Mior Azhar said...

Salam,
Saya titipkan doa agar bakal ibu dan ayah tetap sabar di atas cubaan ini dan setrusnya menjadi ibuayah kepada anak yang comel dan sihat.

nasriahabdulsalam said...

Jay dan isteri;
Allah terlalu suka menguji orang yang mengaku beriman, tapi jangan tanya 'mengapa'

salam dan doa;
nasriah abdul salma

future mantra said...

Nice blog. Only the willingness to debate and respect each other’s views keeps the spirit of democracy and freedom alive. Keep up the good work. Hey, by the way, do you mind taking a look at this new website www.indianewsupdates.com. It has various interesting sections. You can also participate in the OPINION POLL in this website. There is one OPINION POLL for each section.

Kindly note: The comments section is having problems so you may not be able to comment right now but it will available in a few days. We are also planning to get Live Cricket in our website within this week.

Kindly go through the entire website. Who knows, it might just have the right kind of stuff that you are looking for. If you like this website, can you please recommend it to at least 5 of your friends. Your little help would help us in a big way.

Thank you,

The Future Mantra

Anonymous said...

Alhamdulillah..semoga pemikiran dan perasaan yg positif ini akan berterusan hingga baby dilahirkan dan...sampai bila2 lah. Buat mawar, bakal ibu kena sentiasa menghappykan diri. Walaupun sebenarnya time mengandung apatah lg dah dekat2 nak due ni semuanya rasa sangat tertekan. Perut tertekan, belakang tertekan, kaki tertekan..jadi jgnlah ditambahkan tekanan yg tidak perlu. THINK POSITIVE & INGAT SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU ADA RAHSIA YG PENUH HIKMAH DISEBALIKNYA. Semoga mawar sentiasa seronok, bertenaga dan tabah mengharungi 11 hari yg akan datang..
Mad! Hang kena kuat. Kalau mawar mengadu apa2 yg tak best..yang menyedihkan..it's your duty to cheer her up. Positifkan semua aduan negatif yg diterima, barulah jiwa terasa bahagia...! ;-b

NHO HSNZ

Nafastari said...

Addyaholix, terima kasih.

Ishan Q., kami juga mengharapkan yang terbaik untuk anda di sana, semoga gembiralah selalu.

Joe, kalau macam tu, selalulah dapatkan nasihat abang kamu atau kawan2, semoga kamu akan sentiasa membuat keputusan yang paling tepat dalam hidup kamu.

Hanie, terima kasih. Kami juga sangat gembira mendengar berita baik tentang kamu! Jaga diri elok-elok.

Makcu, terima kasih atas ayat-ayat kamu, senang sekali mendengarnya. *Saya juga telah membeli sebuah Nikon D60. Saya berharap akan dapat berjumpa dan belajar dengan kamu nanti.

Je_diraja, kalau mengikut pedoman yang diberikan oleh anak saudara kamu itu, tentu kami akan mendapat seorang bayi lelaki! Mawar sangat menggemari roti canai.

Mior Azhar, terima kasih atas doa kamu. Semoga kamu sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.

Nasriah Abdulsalam, ya, saya tidak akan menyoal kenapa kenapa kenapa. Saya pernah mendengar, keimanan itu adalah mempercayai dengan sepenuh hati, jadi jika saya beriman saya wajib mempercayai qadha dan qadar Tuhan tanpa mempersoalkan apa-apa.

Future Mantra, thanks for leaving a comment.

NHO, terima kasih atas sokongan kamu. Tapi nampaknya sekarang sudah tiada lagi penantian hari-hari menuju 12 April, alhamdulillah. Terima kasih.