Friday, February 06, 2009

Rampasan Kuasa Yang Memalukan

Bukan sedikit yang sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin di Perak, mendapatkan kuasa dengan cara yang tidak bermoral dan tidak bermaruah lalu seolah-olah memberikan contoh yang sangat buruk kepada rakyat. Padahal moral yang baik, akhlak yang mulia, integriti yang tinggi sepatutnya bermula daripada pemimpin. Bukanlah saya kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak menjadi kerajaan lagi kerana saya bukan orang Perak dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam Pakatan Rakyat, tetapi ini berkait rapat dengan soal moral dan integriti.

Kerana apa yang saya tahu keadilan itu bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi ia mesti dilihat untuk dilaksanakan (justice must not only be done, but it must be seen to done). Apalah salahnya membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula, itu lebih adil. Malah fakta yang harus diterima berdasarkan undi popular, seramai 442,660 pengundi di Perak telah mengundi untuk Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 berbanding 339,565 yang berpihak kepada BN, iaitu perbezaan sebanyak 43,095 undi. Jadi sekarang, serahkan kembali kepada rakyat untuk memilih pemimpin mana yang mereka suka, barulah selari dengan semangat demokrasi yang kita laung-laungkan. Jika BN ternyata bagus dan dipercayai pasti mereka akan kembali semula mendapatkan kuasa yang mereka sangat mahukan.

Individu yang bermoral tidak akan menyokong kumpulan yang tidak bermoral dan tidak berintegriti, sampai bila-bila pun. Rakyat juga sudah muak menonton berita kerajaan di RTM dan TV3, sudah bosan membaca Berita Harian dan Utusan Malaysia. Media sepatutnya bebas, bukan jadi alat propaganda orang-orang yang tidak berintegriti. Simpati saya bersama majoriti rakyat Perak yang cintakan demokrasi dan keadilan sejagat. Saya juga tengah bersedih sebagaimana mereka.

10 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD,

"Rampasan Kuasa Yang memalukan"...ya saya setuju dgn anda!Cara rampasan kuasa yg dilakukan BN terhadap PR PERAK persis ZIONIS merampas bumi Palestin (ini cuma pandangan saya, bkn pndangan umum). Mengikut lunas undang2 yg SAH, kalau BN DESPERATE nak ambil-alih Krjn PR PERAK sekalipun...kalau dah rasa TAK SABAR SANGAT DAH nak tunggu election tahun 2013 nanti...sekurang2nya tunggulah DUN PERAK bersidang dulu. Ha, masa tu baru la hangpa org2 BN sume buat undi TAK PERCAYA kat MB PERAK yg SAH itu iaitu DATUK SRI Ir. MOHD NIZAR. Bila dah konpom majoriti ADUN dah tak suka n tak percaya lagi kat DATUK SRI Ir. MOHD NIZAR, masa tu barulah boleh hangpa org2 BN sekalian nak tumbangkan Krjn PR PERAK. Kalau hangpa wahai org2 BN sekalian buat macam ni, TAK LA NAMPAK hangpa ni semua desperate atau kebuluq sgt. Ini tidak, tak dan DUN nak bersidang lagi hangpa dah tumbangkan Krjn PR PERAK secara TAK SAH. Awat la hangpa ni wahai org2 BN teruk sgt. Hangpa dok nampak org lain saja yg tak tau undang2...yg hangpa tu wahai org2 BN, pandai sgt ka pasai undang2? Dok harap pi mengaji undang2 ja...tapi hangpa tak kaji undang2 tu dgn detail sedetail-detailnya. Kalau hangpa wahai org2 BN sekalian kaji pun, BUKAN HANGPA KAJI DGN OTAK, TAPI HANGPA KAJI DGN KEPALA LUTUT...sbb tu la HANGPA DOK RASA HANGPA JA YG PANDAI...org lain semua bengong bagi hangpa! Takpa la...ikut suka hati hangpa la wahai org2 BN sekalian...hangpa buatla apa yg hangpa suka, Malaysia ni kan tanahayaq hangpa soghang ja. Lepas ni, CONFIRM negeri PERAK akan KEMBALI MAJU setelah jadi MUNDUR & MISKIN akibat ditadbir selama 11 bulan oleh Krjn PR PERAK. Nampaknya lps ni semua mana2 rakyat Perak yg dah berhijrah ke negeri2 di bwh jajahan BN demi mencari sesuap nasi gara2 Perak jatuh miskin & mundur akibat ditadbir Krjn PR, akan segera pulang ke Perak kembali krn Perak sudah kembali menjadi MAJU. Apa pun, TAHNIAH saya ucapkan pada hangpa semua wahai org2 BN terutamanya TOK JIB krn telah berjaya merampas kembali negeri Perak ke tangan BN. TAHNIAH TOK JIB, anda mmg hebat!

Sekalung takziah juga diucapkan pada DSAI. Kan dari dulu lagi kawan2 DSAI dari DAP n PAS dah cakap, LOMPAT-MELOMPAT PARTI ni TAK ELOK...TAK BERMORAL langsung! Tapi DSAI dah dok canang satu dunia kata org itu nak lompat org ini nak lompat...last2 sapa yg TERLOMPAT skrg? Kalau DSAI sorang2 ja yg TERLOMPAT takpa la jugak...ini TIDAK, habis seluruh rakyat terlompat...merana akibat perbuatan keji bekas 2 ADUN PKR & 1 ADUN DAP tu. Kalau cuma 2 bekas ADUN PKR tu je yg lompat, saya tak hairan sgt sbb depa ni pun asalnya org BN atau lebih tepat lagi org UMNO. So, dah jadi lumrah bagi kebanyakan org UMNO/BN walaupun tak semua...saya ulang, KEBANYAKAN...telah terdedah dgn gejala rasuah. Pantang disogok dgn wang...mata depa dah blink2 dah...terus tak ingat apa dah...sanggup gadai maruah diri & nasib rakyat! Tapi yg amat menghairankan saya, mcm mana bekas ADUN DAP tu pun boleh goyah & turut lompat keluar drpd Krjn PR PERAK walaupun dah 22 tahun memperjuangkan DAP. Hmmm, inilah yg dikatakan lumrah kehidupan seseorang insan yg TAKDE HARGA & MARUAH DIRI...sedih sedih...! Satu lagi pesanan utk DSAI, jangan terlalu ghairah sangat....sabar...tunggu sampai election 2013 nanti baru tubuh Krjn Persekutuan PAKATAN RAKYAT (itu pun kalau menang majoriti di PARLIMEN). Jangan gelojoh sgt...tengok apa dah jadi skrg...org2 DSAI jugak yg melompat...hmmmm...!

Dalam memperkatakan isu lompat-melompat ni, yg dok lompat-lompat tu termasuk la jugak org2 BN yg terlompat2 mcm kera kena belacan ke balai polis la...depan istana la - menyatakan sokongan yg tak belah-bagi pada Raja2 Melayu sambil melaung2kan org itu pnegkhianat org ini penderhaka. masa ni la bukan main lagi depa dok support istana! Mungkin depa dah lupa dah kot...depa lah yg mula2 skali dok hina, khianat & derhaka kat istana. Depa lah yg mula2 skali cantas kuasa istana sampai depa jadi lebih berkuasa dari istana....sampai raja2 Melayu jadi tak lebih drpd seekor boneka saja. Hmmm, jadi betoila kata2 TUN CHE DET, Melayu MUDAH LUPA (yg lebih cepat lupa & nyanyok adalah Melayu UMNO)!

Wassalam

komen ikhlas dari AKU BUKAN KATAK DERHAKA apatah lagi utk menjadi KODOK PENGKHIANAT.

kejadianalam said...

Ye itulah "demokrasi terpimpim" (ungkapan P.Ramlee dalam filem 3 Abdul)Dalam permainan politik perkara ini adalah tidak mustahil kerana orang-orang politik akan mengunakan konsep Macheivelli iaitu 'konsep menghalalkan cara' atau dasar pecah dan perintah terhadap sesuatu pemerintahan negara yang halal. Dalam krisis di Perak berlaku pertembungan kuasa rakyat dan kuasa istana, pertembungan ini tidak lain adalah kepentingaan politik BN untuk menyekat kuasa Pakatan Rakyat daripada berkuasa di bumi Tanah Melayu ini. Pertembungan kuasa rakyat dan istana bukanlah perkara pelik kerana pernah berlaku 2 kali di terengganu, Perlis dan Kelantan. Orang orang Pakatan Rakyat mesti belajar daripada falsafah Sun Tzu bukan hanya menunding jari tetapi menganalisis kenapa perkara ini berlaku.. Menurut Sun Tzu dalam peperangan kita mesti mengenali musuh,mengenali diri sendiri dalam seribu peperangan akan berlaku kemenangan terhadap mereka ini, tetapi jika tidak mengenali musuh dan diri sendiri dan musuh dalam peperangan kita sendiri akan menukarkan kemenangan kepada kekalahan...

Hartini Omar said...

ahmad,
-pesan orang, kalau cakap bab politik, jangan ikut hati. tapi kalau berpolitik, boleh ikut hati, kut.. saya tidak bersetuju dengan cara peralihan (atau boleh digelar rampasan) kuasa yang berlaku di perak itu. amat tidak setuju

adun (yang sekejap bebas, sekejap PR sekejap BN) kini boleh jadi orang paling berkuasa. tak setuju itu, lompat sana. tak dapat itu, lompat sini. individu sebegitu tidak sepatutnya pun diangkat menjadi ketua. lansung tidak berintergriti

saya doakan yang terbaik berlaku di perak. kerana pernah satu ketika dulu, saya menuntut di sana. di sebuah pekan kecil yang terkenal dengan petainya

Hartini Omar said...

saya sambung sedikit tentang isu karpal yang menyaman sultan. soal itu saya tidak tahu. saya tidak belajar ilmu guaman, dan tidak mahu (baca : malas) untuk menelitinya. bolehkah sultan disaman? bukankah termaktub dalam rukunegara kita tentang kesetiaan kepada raja dan negara?

mungkin boleh diterangkan, terima kasih

Anonymous said...

ni semua anwar ibrahim la punya pasai...dia la yang mempopularkan gerakan lompat melompat...

tidakkah anda fikir perbuatan manusia-manusia yang melakukan demontrasi tu menyusahkan rakyat2 lain???
bukan semua yang wat demontrasi tu rakyat perak...datang buat kacau kat sana..menyusahkan rakyat tempatan...kalau semua rakyat perak wat demontrasi aku boleh terima jugak..ni berapa kerat je pun orang perak yang ada???

bagi aku la kan..sama ja..klu wat pilihanraya pastu bn menang still orang cakap benda yang sama gak..still orang takleh terima..sebab orang pakatan rakyat dia pikir apa dia wat semua betoi..takde yang salah..pemahaman apa korang pakai pun aku taktau..
bila korang mnang takpe tp klu korang kalah mula la cakap bn pakai duit, pengundi hantu, tipu orang smua..

nik aziz pun dulu kata lompat parti bleh..tp skang tetiba kata tak boleh plak..

dulu cakap umno itu kapir sbab bersekongkol ngan kapir..skang ini boleh plak bersekongkol ngan DAP..terang2 dap taknak terima islam..

Ishan_Qureshi said...

Salam...

Sekadar memberi pandangan.

KAPIAQ dan BERSEKONGKOL DGN KAPIAQ - Seseorang MUSLIM yg berKAWAN dgn BUKAN MUSLIM tetapi masih lagi mengekalkan akhlaknya sbg Muslim & sentiasa menunjukkan contoh yg terbaik kpd KAWANnya yg BUKAN MUSLIM itu tidaklah dianggap sbg KAPIAQ atau berSEKONGKOL dgn KAPIAQ. Hal ini berbeza sekiranya seseorang MUSLIM itu berKAWAN dgn BUKAN MUSLIM dan dia langsung TIDAK menunjukkan akhlaknya sbg MUSLIM malah turut mengecam ISLAM bolehlah dikatakan sbg BERSEKONGKOL. Muslim seperti kategori kedua inilah yg amat keji dan hina krn telah mencemarkan nama baik ISLAM pada mata org BUKAN ISLAM.

Sekali lagi sekadar memberi pandangan...

NIK AZIZ KATA LOMPAT PARTI BOLEH? - Bila Nik Aziz kata? Yg kita dok nampak dan dok dengar, pembaca berita kat tv tu yg dok kata. Depa tak penah siar pun apa Nik Aziz kata..depa cuma tunjuk gambaq still Nik Aziz ja! Mcm berita kat TV3 baru-baru ni, pemberita yg kata mcm tu..Nik Aziz tak kata apa pun. Dah la pemberita yg kata, pastu depa tulis pulak kat skrin tv tu kata Nik Aziz kata LOMPAT ke PR, MULIA...LOMPAT ke BN HINA! Hmmm, saya pun tak tau la sapa yg dok kata. Yg penting dok mengata-ngata ni mmg tak baik...sbb org dulu2 penah kata, SBB MULUT BADAN BINASA!

wassalam...!

Ishan_Qureshi said...

Salam...

Sekadar nak sambung apa yg HARTINI bangkitkan...! Ini adalah pandangan peribadi saya saja. Memanglah bagi org Melayu raja tu payung mereka. Raja patut ditaat-setia. Tapi kalaulah raja itu tidak berlaku adil atau zalim...adakah kita masih lagi nak menjadi tunggul kayu atau org utara cakap "JADI NGOK"...biaq ja diri diperlakukan apa saja tanpa sebarang keadilan dan pembelaan. Hanya raja yg adil saja patut disembah (maksudnya ditaat-setia)...raja yg TAK ADIL atau ZALIM mmg patut disanggah!

Lagi satu, jgn salahkan KARPAL SINGH krn nak SAMAN SULTAN...krn yg memulakan operasi PENCANTASAN KUASA RAJA/SULTAN adalah suku-sakat UMNO/BN. Yg mula2 tunjuk perangai DERHAKA kpd RAJA/SULTAN juga adalah suku-sakat UMNO/BN. KARPAL cuma kata nak saman...dia taklah sampai MEMAKI-HAMUN RAJA/SULTAN sbg NATANG (BINATANG) mcm suku-sakat UMNO/BN penah maki dulu.

Maaf kalau ada yg sakit hati dgn pendapat saya ni...ini cuma pendapat peribadi saya saja. Saya bukan memihak kpd mana2 parti. Apa yg saya bagitau adalah apa yg saya rasa betoi. Saya tak suka tegakkan benang yg basah. Kalau sesuatu itu betul, saya akan bermati-matian menpertahankan akan BETULnya itu..kalau sesuatu itu salah saya tetap akan kata SALAH walaupun saya diUGUT & diANCAM. "Qul haq walau ka murran"

wassalam...

Ishan_Qureshi said...

alamak...typo-mistake..."QUL HAQ WALAU KA NA MURRAN"...;-)

Anonymous said...

Kalu kita ada Mawi sebagai Raja SMS,
saya nobatkan Ishan Qureshi sebagai Raja Pengomen Berjela-jela!

Daulat Tuanku!

- anonymous ke 5 -

*Pasal tragedi politik di Perak, hmm banyakkan bersabar ye...

Nafastari said...

Ishan, saya setuju dengan semua yang kamu tulis.

Kejadianalam, terserahlah kepada ahli politik untuk menetapkan standard moral mereka.

Hartini, hanya mereka yang meletakkan standard moral yang rendah sahaja yang akan bersetuju. Kesetiaan kepada Raja bukanlah bermaksud kita tidak mempertikaikan apa-apa yang disandaran pada mereka, kerana mereka bukan Tuhan atau malaikat. Jika kita mempunyai khilaf tentang sesuatu interpretasi mengenai undang-undang eloklah kalau diselesaikan di mahkamah.

Anonymous, ada halangan yang tebal di minda anda sehinggakan anda tidak mampu berfikir dengan terbuka dan luas. Kamu patut tahu di sana ada dunia yang luas dan tanpa sempadan. Terima kasih singgah dan tulis komen.

Ishan, terima kasih kerana membantu saya menjawab.

Anonymous 5, itu yang saya pelik, kenapa dia tidak menulis semua itu di lamannya.