Sunday, February 15, 2009

Enam Belas Perkara

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]
  1. Mempunyai seorang kembar seiras yang selalu memberi salah faham kepada kawan-kawan dan kenalan.
  2. Mempunyai kaki yang tidak sama panjang kesan daripada patah tulang kaki sebanyak dua kali semasa berumur 4 tahun dan 9 tahun.
  3. Mempunyai parut yang besar dan hodoh di bahagian belakang badan.
  4. Menyukai warna putih dan tidak gemar warna yang terlalu menyerlah.
  5. Peramah, (extrovert) mempunyai ramai kenalan tetapi tidak mempunyai kawan yang sangat rapat.
  6. Mempunyai personaliti dan watak yang sangat berbeza ketika bekerja dengan selepas waktu bekerja. Walaubagaimanapun, tidak suka mencampur adukkan urusan kerja dengan peribadi.
  7. Selesa memakai jeans, corduroy dan t-shirt yang ringkas. Berharap agar dapat memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja.
  8. Percaya kepada ideologi Islam, sistem demokrasi dan hak-hak asasi. Berharap dapat mendamaikan system syura dan demokrasi, mendamaikan hak asasi sebagaimana yang difahami Islam dengan Barat yang sekular.
  9. Suka membaca buku tetapi sudah sangat kurang membaca sejak akhir-akhir ini, kesan daripada kebergantungan kepada internet. Merupakan seorang penulis blog yang setia dan berharap dapat mengekalkan membuat sekurang-kurangnya empat entri dalam masa sebulan.
  10. Berharap dapat membaca lebih banyak buku dalam koleksi sendiri, bahan-bahan bacaan ilmiah, fiksyen, bukan-fiksyen, terjemahan Quran, tafsir Quran dan koleksi Ihya’ Ulumuddin.
  11. Berharap kakitangan awam di Malaysia lebih berintegriti, kurangkan salahguna kenderaan untuk kepentingan peribadi, melayan orang awam dengan lebih mesra, kurangkan ‘curi tulang’ dengan keluar minum yang terlalu lama serta menghilangkan diri dari pejabat untuk melakukan hal-hal peribadi.
  12. Berharap dapat menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat doktor falsafah samada dalam bidang undang-undang perlembagaan, hak-hak asasi, perundangan antarabangsa, sosiologi atau linguistik.
  13. Berharap agar orang Malaysia lebih berkesedaran sivik, banyak membaca, tidak membuang sampah merata-rata, menggunakan tandas dengan betul serta menghayati ajaran agama masing-masing.
  14. Berharap dapat melihat sendiri negara dan rakyat Arab Saudi, Iran, Turki, Maghribi, Jepun, China, New Zealand, Afrika Selatan, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Maldives. Jika ada kemudahan teringin melakukan perjalanan secara “backpacking” dan mengambil foto-foto yang menarik.
  15. Berharap dapat selalu pergi berenang dan agar dunia lebih aman.
  16. Berharap diri sendiri menjadi lebih rajin untuk solat secara berjemaah di masjid dan menjadi seorang muslim dan warganegara Malaysia yang lebih baik.
Saya tidak berhasrat untuk meneruskan permainan ini dan tidak akan "tag" sesiapa. Maaf jua dipohon, Firjah.

7 comments:

FirJah said...

hehe.. TQ Nafastari krn sudi menerima 'tag' saya. Tak kisah jer kalau tak nak tag sesiapa. Sajer sesuka bermain tag hanya utk mengenali lebih dekat dgnnya.
TQ jugak atas layanan utk kami semalam.. insyaAllah ada masa kami pulak akan menjemput kalian..
jgn lupa "doakan sesuatu" utk kami di sana nnti k...sebut nama penuh tau (Mohammad firdaus Abdullah & khadijah mohd kasim).. hehe..demand plak.Mana tau berkat doa kamu...amin

WS Zuriati said...

Satu lagi yang kamu tak tulis, kamu suka berguling-guling di atas kalau kamu ingin melepaskan tension....

Anonymous said...

untuk yang No. 3, pernah nak tanya kena dera ke zaman kanak-kanak tapi tak sampai hati... hehehe, rupe2nyer cheh!

17. Takut gile dengan kucing! Hahaha Teringat scene ko cover terkejut mase solat waktu kucing datang bergesel di kaki... kelakar la!! Kucing dah macam "buaya" kat kaki namun solat perlu diteruskan!!

datulkisya said...

no 11-peringatn untuk saya dan semua kakitangan kerajaan.aduan pelanggan kena utamakan..terima kasih prihatin tentang masalah pekerja " Saya Yang Menurut Perintah".

Hartini Omar said...

-backpacking traveller- saya dah lama angan2kan perkara yang serupa. berharap sangat dapat merealisasikannya bila menyambung pengajian phd di luar negara. moga Tuhan sayang dan mendengar doa2 saya

Po said...

enambelas perkara yang seharusnya menjadi lapan. Seharusnya kemudian menjadi empat dan dua dan seterusnya satu.

kerana hidup ini terus berjalan.

dan ingat lima perkara sebelum lima perkara.Sihat,muda,kaya, lapang dan hidup.

Nafastari said...

Firjah, insyaAllah saya akan doakan untuk kamu, mungkin di raudhah jika diberi kemudahan.

WS Zuriati, saya malu untuk tuliskan pe'el saya yang pelik-pelik itu di sini.

Joe, itu selalu tinggal tanda tanya yang besar kepada sesiapa yang melihatnya, penat saya menjawab. Saya pernah menulis tentang no.17 itu di blog ini dulu, memang saya fobia dengan makhluk itu.

Datulkisya, untuk sesiapa saja yang berkenaan.

Hartini, lagi persamaan tentang kita. Tapi terlalu berhasrat memulakannya segera dengan Thailand, Cambodia dan Vietnam.

Po, saya tidak faham kenapa anda mengurangkan nombor itu kepada ganda dua begitu. Terima kasih atas nasihat.