Monday, February 02, 2009

Pandan Laut Beach Resort





Kami telah dipelawa oleh pemilik Pandan Laut Beach Resort untuk merasai pengalaman bemalam di resort itu secara percuma dan kami telah menerimanya. Ianya sebuah tempat penginapan yang sangat ringkas dengan lanskap yang sangat semulajadi. Saya sangat suka akan kewujudan pohon-pohon renek seperti kemunting yang saya boleh kutip dan makan buah masaknya. Keseluruhan lanskapnya memang dihiasi dengan tumbuhan semulajadi yang sangat biasa tumbuh di tanah berpasir tepian pantai, ada pokok pandan laut, rhu, kelapa, keluduk dan sebagainya. Terdapat tiga jenis bilik chalet dan harganya berbeza mengikut saiz.

Resort ini terletak 50 KM dari Kuala Terengganu dan lebih kurang 20 KM dari Bandar Permaisuri. Terletak cuma lebih kurang 200 meter dari pantai yang sangat bersih sudah tentulah bila-bila masa saja boleh berkunjung ke pantainya. Juga terdapat kawasan lapang yang agak luas dalam kawasan resort tersebut jika anda berminat untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan, BBQ, sukaneka mahupun untuk mendirikan khemah anda sendiri. Walaupun ia berdekatan dengan jalan besar tetapi rimbunan pokok-pokok semulajadi yang sengaja disimpan oleh pemiliknya telah membuatkan kita lupa seketika pada dunia luar, yang dilihat di hadapan mata adalah cuma pemandangan klasik tepi pantai yang hampir sempurna.

Awal pagi itu sesudah saja solat Subuh kami terus ke pantai menyaksikan matahari naik dari bawah garis horizon laut Cina Selatan. Dan bersarapan dalam gelak tawa di bawah rimbunan pohon jambu laut bersama tiupan bayu dari laut.


Pandan laut Beach Resort, Lot 390 Pantai Peranginan Rhu Sepuluh, 21010 Setiu Terengganu.
Tel: 0199345858, 0129524725, 0139595434

11 comments:

an-nidxam said...

wah jay!
blog kau dh jadi tempat promo ke? huhuhu~

Hartini Omar said...

ahmad,
-pulau apa di terengganu (seronok utk snorkeling) yang boleh kamu suggestkan pada saya dan keluarga?

kongsi ya. terima kasih

amdang81 said...

Wan, nanti bisik kat tokey chalet tu yg aku pun nak tidur free kat situ.. Hehhehe

Aishah Jamal said...

Sesuai sangat dengan ZOOM Malaysia...

Nafastari said...

An-nidxam, tidak sama sekali. Tapi sekarang, orang berbudi kita berbahasa.

Hartini, kalau bersama keluarga apa kata ke Pulau Perhentian. Saya beberapa kali ke sana, dan pernah menulis: (Sila rujuk di link ini)http://nafastari.blogspot.com/2008/07/menyentuh-penyu-di-perhentian.html
Tapi kalau kamu tidak kisah percutian yang mahal pergi saja ke Redang. Saya boleh dan sedia membantu anda, sila berhubung melalui email atau friendster.

Amdang81, hmm.. Boleh bisik tapi pasti kurang pasti apa responnya.

Aishah jamal, tentu sekali. Kalau balik ke Terengganu bolehlah ke situ.

wan storm said...

chalet agam sebelah tu dah siap ke ? teringin jugak nak bermalam secara percuma kat situ . . . . tlg lah bisik bisik sekali lg dgn owner dia tu.

hans said...

cantik juga tempat tu...
nanti kalau bro buat reunion untuk warga bloggers buat dkt situ
jemput den nih hah
huhu

Anonymous said...

Selalu ade pakej cuti sekolah, pakej cuti perayaan...

Harap ade pakej ekonomi gawat!

Best!

-joe-

. said...

Wah... macamana boleh jadi nafastari nama kumpulan zapin?Menarik...cerita la...

Ahmad, awak expert tak pasal madu?Bukan poligami la... Madu honey tu...macamana nak tau madu yang asli?

Anonymous said...

nafastari jadi name kumpulan zapin?? hahaha
rahsie..
shhhh!!

-joe-

addyaholix said...

dah lama tak bercuti yang betul-betul cuti. ermmmm !