Monday, February 16, 2009

Gambar Bogel Elizabeth Wong

Saya berasa terkejut dan bagaikan tidak percaya perempuan itu telah membuat komen yang sedemikian mengenai isu gambar bogel Elizabeth Wong kerana saya fikir dia seorang menteri yang liberal dan berfikiran terbuka, sementelah dia merupakan seorang pengamal undang-undang sebelum dia menjadi menteri. Dia telah mendesak bahawa Elizabeth Wong perlu meletakkan jawatan sebagai EXCO dan ADUN kerana gambar tersebut akan memberikan gambaran yang tidak baik tentang kepimpinannya.

Fikirkan begini. Jika gambar bogel anda telah diambil secara curi-curi tanpa persetujuan anda oleh bekas teman wanita anda semasa anda tidur atau mandi, kemudian ianya telah disebarkan kepada orang awam tanpa kerelaan anda, adakah ianya akan memberikan gambaran yang tidak baik tentang prestasi anda sebagai seorang menteri pelancongan lalu anda merasakan anda perlu meletakkan jawatan?

Jika benar Elizabeth telah menjadi mangsa dalam isu tersebut, jadi sebagai seorang menteri yang berjantina perempuan anda sepatutnya melahirkan rasa simpati kepadanya dan mendoakan agar dia diberikan kekuatan dalam menghadapi masa yang sukar sebegitu. Wanita MCA pun melahirkan simpati mereka serta mengutuk pengedaran gambar bogel tersebut. Saya mendoakan perkara seperti itu tidak akan berlaku kepada anda dan saudara perempuan anda dan semoga anda sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan hidayatNya.

Kata Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan, "itu adalah nasib dia, ada ramai lagi orang yang mempunyai gambar bogel tetapi tidak tersiar, itu juga adalah nasib mereka". Beliau seterusnya mempersoalkan kenapa isu-isu moral seperti itu timbul di Malaysia sekarang, di mana silapnya. Jadi anda fikir bagaimana?

7 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD,

berJANTINA PEREMPUAN-kah si menteri itu? nampak mcm JANTAN saja..! Hmmm, bukankah dgn berpakaian TIDAK MENUTUP AURAT sbgmana yg diSYARIATkan oleh ajaran ISLAM juga sama seperti berBOGEL? Fikir-fikirkan...:-)

hans said...

saudara..semua nih permainan politik untuk menjatuhkan sesama sendiri...
politik malaysia memang kotor skrg...

Suatu hari nanti said...

Dari segi akhlaq, memang Cik Wong agak mendukacitakan.

Sekiranya dia bersih,(walau bukan islam) takkan lah dia bersama-samaan dengan si lelaki tersebut.

Anonymous said...

eh lelaki tu melayu kan??

kejadianalam said...

wow itulah demokrasi di mana demokrasi akan mengikut apa kuasa atau suara majoriti terhadap sesuatu benda...gambar bogel memang menjadi permintaan ramai so pikirla sendiri siapa yang bersalah dalam hal ini, mungkin sudah menjadi lumrah manmusia akan mencari kesalahan untuk mejatuhkan aib sesama manusia..itulah politik @ nama kasarnya tindakan menghalalkan cara...

Kimizo said...

kesimpulannya
kita kena sama2 berhati2

pojie said...

Yaa...saya bersetuju. Cuba bayangkan apabila kita membeli pakaian di Pasaraya. Kita biasanya mencuba pakaian tersebut terlebih dahulu. Bagaimana jika semasa kita menyalin pakaian tanpa disedari terdapat kamera tersembunyi sedang merakamkan.
Kemudian setelah bebulan atau betahun lamanya, kita terperanjat apabila dimaklumkan kawan-kawan bahawa terdapat gambar bogel kita sedang menyalin pakaian tersiar di internet. Adakah itu boleh digambarkan sebagai masalah moral kepada kita atau ianya satu pencerobohan privasi. Sebenarnya ia satu tindakan yang cuba mengaibkan seseorang dan jangan terperanjat apabila gambar tersebut dijadikan sebagai bahan ugutan.