Sunday, March 01, 2009

Na'am Ana Maliziya




Saya berkesempatan dianugerahi Tuhan untuk melalui sebuah perjalanan yang sangat menyenangkan, biarpun jauh, tetapi matlamatnya suci, atau sekurang-kurangnya semua orang mengatakannya begitu. Saya begitu positif menerima pelawaan yang datang secara percuma ini. Lalu cuma mendoakan segala yang terbaik untuk diri sendiri, kumpulan yang bermusafir bersama serta seluruh kaum keluarga kami.

Perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki pesawat kebangsaan terus ke Jeddah diselangi dengan rasa yang agak teruja untuk melihat tanah yang menjadi saksi kenabian dan perjuangannya yang menyebabkan syiar Islam telah berjaya menakluk sehingga ke tanah kami. Tetapi kadang-kadang diselangi dengan debaran memikir terlalu banyak dosa yang telah dilakukan, apakah Tuhan akan akan menunjukkan sesuatu tentang kuasanya? Sampai di Jeddah pada awal malam lalu cuaca yang dingin dan keadaan yang berangin terus meyapa kami.

Pihak ajen memberitahu tiket kapal terbang terus ke madinah tidak dapat diperolehi lalu kami menaiki bas menuju ke Madinah. Saya cuma tidur dan tidur. Sehingga sampai ke Madinah pada awal pagi sebelum menjelang Subuh. Panorama awal pagi di masjid nabawi yang boleh dilihat dari tingkap bilik penginapan begitu menyentuh hati. Lalu saya tidak tunggu lama untuk terus bersujud di masjid nabi buat pertama kalinya dalam hidup!

Saya terbawa kamera sewaktu memasuki masjid, itu tidak disukai oleh pengawal keselamatan yang berjaga di pintu masjid. kemudian dia bertanya jika saya orang Malaysia, yang saya jawab ya. Lalu dia memberitahu dengan sopan, mengambil gambar dilarang dalam masjid dan memulangkan semula kamera saya.

4 comments:

katakukata said...

akum cik nafastari,
just found out that u went for umrah a few days after u pergi. syukur everything's fine and u selamat sampai ke tanahair. mesti seronokkan di sana..? bilalah i plak dpt peluang ke sana yek..hhmm..insyaallah...(",)

Hartini Omar said...

kenapa tidak dikhabarkan awal2 kepada saya, ahmad? boleh juga saya kirimkan sesuatu buat anda di sana. walaupun sekadar sebaris al-fatihah buat junjungan kita

semoga Allah juga kasihkan saya lalu menghantar juga saya ke sana sebelum tua..

Makcu said...

owh gi umrah ke da balik ke blom? kirim salam Nabi bilafaz assalamualaikum...
rindunyeee nak jejakn kaki kat sana lagi...

Nafastari said...

Katakukata, ya sangat seronok! Saya doakan kamu akan pergi juga suatu hari nanti insyaAllah.

Hartini, sebetulnya saya sudah hebahkan secara tidak lansung dalam posting sebelum ini "Dekat dan Memanggil". Semoga nanti tiba giliran kamu.

Makcu, saya dah balik pun. Nanti kamu pergilah lepaskan rindu di sana.