Sunday, January 04, 2009

Sebuah Kebun di Batang Kali




Petang itu sehari sebelum hari Natal saya mendapati diri saya berada dalam daerah Batang Kali dan menuju ke sebuah kebun yang terletak agak jauh ke dalam hutan. Melalui beberapa buah perkampungan, salah satunya bernama Kampung Kuantan dan beberapa lagi adalah perkampungan orang asli sebelum kami sampai ke Hulu Tamu. Ada wanita orang asli yang mandi berkemban di tepi sungai yang kami lalui, bersama mereka adalah anak-anak kecil yang berbogel, perut sedikit buncit.

Di kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan seperti pulasan, durian dan lain-lain ini terdapat sebuah pondok yang agak besar. Didirikan kukuh siap dengan tempat memasak, sebuah tandas dan halaman dewan yang agak besar. Kira-kira kami semuanya hampir 20 orang, dewasa dan kanak dan bermalam di sana.




Di tepi kebun ini ada sebuah sungai jernih dengan kedalaman yang sangat selesa untuk bermandi-manda, air sejuknya tak berhenti-henti mengalir deras. Petang itu juga kami mandi sebelum solat maghrib. Malamnya sementara menunggu hidangan makan malam, kanak-kanak serta remaja duduk di bawah rimbunan pokok besar bermain gitar, dan bergelak ketawa.

Esoknya kami pergi ke kolam air panas Hulu Tamu, merendam kaki sehingga berpeluh di badan dan dahi kami. Setelah balik kami bersarapan dengan pelbagai jenis makanan kerana kaum ibu memang menghabiskan masa mereka dengan memasak sambil bercerita kisah lama. Mereka juga memasak lemang termasuk lemang pulut yang dicampur dengan jagung dan ada juga yang dicampur dengan parutan ubi kayu. Sepupu kami yang nakal itu bermain motosikal scrambler meredah celah-celah pohon buah-buahan di kebun mereka. Oh, hidup terasa sungguh hidup!

10 comments:

addyaholix said...

bila dihayati baru kita tahu hidup itu indah bukan!

sembang2 : mana ko menghilang?

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Zindagi to aisa hai? Sungguh indah kehidupan ini andai kita dikelilingi oleh kehijauan alam semulajadi seperti itu! Aduhai...daku amat rindukan kehijauan alam...deruan air si kali...desiran lembut sang bayu! Aku ingin lari dari hiruk-pikuk kota George Town yg bisa menyesakkan nafasku ini. Huhuhu:-(

adie-ishmael said...

kehidupan yang nampak simple tetapi sangat menarik untuk kita cuba harungi...

Hartini Omar said...

ahmad,
-bagaimana khabarmu? lama kamu tak mengirim sesuatu.. selamat tahun baru untuk kamu dan mawarmu

nanti bulan 5 aku akan ke Kuala Tganu, insyallah. mungkin saat itu molek untuk aku melawat kalian yg mungkin bukan lagi berduaan ;)

salam singgah

Anonymous said...

wah itulah kehijauan yang di ciptakan oleh Penciptanya..Kejadian yang di jadiakan oleh Sang Pencipta adalah tidak lain untuk kita mengabdikan kepadanya..Setiap kejadian itu adalah untuk kita memaarifatkan kepada Nya..Ku teringat sebuah ayat yang turunkan oleh Baginda Junjungan kita yang berbunyi "awal-awal dalam agama adalah mengenalnya"..Jadikan alam ini sebagai jambatan untuk mengenali kejadian kejadiannya..
(Budak Praktikal)

Anonymous said...

ahmad,
ishan qureshi tu kawan baik mu ke? saya teringin nak berkenalan dgn beliau! boleh sampaikan salam saya padanya tak? - puteri pkr yg juga teman sekelasmu di iium.

p/s - cuba teka siapa saya. hint, gadis manis lg jelita.

Anonymous said...

saya sudah hampir lupa
bagaimana rasa dingin air sungai dan bau tumbuhan hutan.
saya amat mencemburui penulis.
saya ingin ke kenyir satu hari nanti

syed aljufrey

hans said...

lamanya tak mandi air terjun
rindu seyhhh

Anonymous said...

oit pok syedd!
ajak aku skali!!

-joe-

Nafastari said...

Addyaholix, ya kalau hidup itu dihayati. Kita perlukan lebih masa untuk diri sendiri.

Ishan, sesekali keluarlah dari situ. Carilah kedamaian alam.

Adie-ishmael, kalau diberi peluang saya juga ingin hidup secara asas begitu, dekat dengan alam dan mahu dekat dengan Pencipta.

Hartini, aku baik-baik saja. Cuma agak sibuk dengan dunia sendiri. Datanglah, kami tunggu!

Budak praktikal, benar sekali.

Anonymous, jika kamu pernah sekelas dengan saya di Taman Ilmu dan Budi tentu kamu juga mengenali Ishan Qureshi. Dia sahabat baik saya, nanti saya akan sampaikan salam kamu. Tapi sukar saya mengagak nama sebenar kamu.

Syed aljufrey, di sini mereka selalu membuat perjalanan ke Kenyir dan bermalam di tengah tasik. Sekira ada di masa hadapan saya pasti akan memberitahu kamu.

Hans, sesekali berilah peluang kepada diri sendiri.

Joe, oh, rupanya kamu pun berminat!