Thursday, January 01, 2009

Musim Baiki Jalan

Tidak lama lagi akan berlangsung pilihanraya di tempat saya tinggal berikutan kematian wakil rakyatnya baru-baru ini. Dikatakan pilihanraya ini akan menjadi sangat sengit kerana dijangkakan akan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru, iaitu BN, PR, dan dua calon bebas. Jika Tok Mun juga bertanding bermakna ia akan menjadi lima penjuru.

Di Kuala Terengganu sekarang ini orang membaiki jalan di mana-mana. Saya gembira kerana di hadapan tempat kediaman saya juga akan berlaku kerja-kerja penurapan jalan, bermakna jalan-jalan yang lekuk-lekuk serta penuh berlubang itu akan menjadi lebih elok selepas ini. Tetapi didapati ada juga jalan yang tidak rosak tetapi diturap baru bersempena pilihanraya ini. Kadang-kadang saya berfikir kita sepatutnya mempunyai lebih kerap pilihanraya supaya kemudahan-kemudahan di kawasan kita akan diperbaiki setelah lama tidak dihiraukan oleh pihak yang berwajib. Saya berharap anda tidak akan membunuh wakil rakyat di kawasan anda semata-mata bagi mendapatkan jalan yang lebih elok!

16 comments:

Anonymous said...

Kita pernah mendengar cerita orang-orang tua yang mengatakan bahawa akhir zaman akan turun dajjal membawa roti dan akan menghasut supaya tidak beriman kepada Allah...Saya tidak menyatakan bahawa sesebuah parti itu adalah pengikut dajjal tetapi significant dari cerita orang-orang tua itu telah menunjukan akan berlaku perkara ini pada akhir zaman..Kita berharap pengundi akan dapat memilih yang mana intan @ kaca..Jalan raya bukan bukti wakil rakyat berhikmat untuk rakyat tetapi khidmat yang sebenar adalah hamba kepada rakyat..Sy teringat sebuah hadis sohih di mana Baginda bersabda antara 7 golongan yang mendapat naungan Arash adalah Iman yang adil atau fahaman masa kini adalah wakil rakyat.Dan saya teringat kata-kata tok guru "pemimpin sebelah kaki syurga dan sebelah adalah neraka...Wsslm

HaNie said...

saya pulang ke kampung pada 24 Dis 2008 sehingga ke 29 Dis, sebelum seterusnya ke Kuantan. Sepanjang di kampung, setiap kali melalui rumah saudara, saya sering mencari-cari kereta MyVi putih saudara dengan harapan saudara dan mawar ada di rumah. Tetapi harapan untuk memperkenalkan Hubby kepada saudara dan berkenalan dengan Mawar tidak kesampaian. Mungkin di lain kali..

amad said...

wah, akan meriahlah negeri terengganu bulan ni. rezeki tahun baru untuk penduduk terengganu semua.

Anonymous said...

Jangan bunuh mereka!
Tak baik! Dosa!

Mungkin boleh dirunding sape2 wakil rakyat PR tarik diri/letak jawatan MP, pastu re-elect.. best la! stahun sekali pun ok what? hehehe

tapi seriously, sape2 yang berkenaan kalu terbaca ni, we greenwood dwellers seriously think a "jejantas" is in need for pedestrian just to cross the road from greenwood to taman berlian on the other side. People'd been driving like crazy while pedestrian awaits their death in the middle of the road just to cross the not-so-wide road.

-joe-

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudara AHMAD WM,

Musim Baiki Jalan? Setahu saya membaiki jalan ini tiada musim-musimnya yg tertentu. Sekiranya jalan itu rosak...sudah terlalu rosak...maka ia memang perlu dibaiki. Usahlah kita menjadi terlalu negatif dgn mengaitkan proses pembaikan jalan ini dgn pilihanraya. Saudara perlu ingat dan mesti selalu ingat...semua itu adalah kebetulan. Kebetulan dekat-dekat nak pilihanraya di Kuala Terengganu tu, masa ni lah jalan-jalan banyak rosak. Saudara jgn lupa akan hakikat itu. Sekiranya jalan-jalan itu sudah lama rosak tapi baru sekarang nak dibaiki, lagi sekali saya mohon supaya saudara dan kita semua jgn menjadi terlalu negatif dan berfikiran sempit. Jalan-jalan itu baru dibaiki walaupun telah lama rosak mungkin kerana tiadanya aduan daripada orang awam atau pihak tertentu. Kalau sudah ada aduan sekalipun tapi baru skrg nak dibaiki, mungkin pihak berwajib terlepas pandang atau terdapat kesilapan teknikal...maka baru skrg ia dpt dibaiki. Iya lah, kita ni kan manusia...tak terlepas drpd melakukan kesilapan dan kesalahan. Ermm, kalau bukan faktor terlepas pandang atau kesilapan teknikal, mungkin juga bajet utk membaiki jalan itu baharu saja sampai...dan kebetulan ia samapai dekat2 dgn pilihanraya di Kuala Terengganu. Jadi, apa boleh buat kan...! Banyak lagi benda yang kerajaan perlu fikirkan dan lakukan. BUkan nak buat jalan je kan!!! Contohnya nak membasmi kemiskinan...nak mengULUL-ALBABkan Terengganu..macam2 lagi la! Lagipun kan skrg ni zaman ekonomi meleset. Jadi, proses pembaikan jalan hanya dpt dilaksanakan dekat2 pilihanraya di Kuala Terengganu. Oleh itu, saya dgn rasa rendah dirinya, merayu dan memohon agar saudara dan semua di luar sana jgn terlalu egatif dan fikir bukan2. Semua tu kan utk kebaikan kita semua. Betul tak wahai SAYDARA AHMAD WM?!!! ;-)

adie-ishmael said...

alhamdulillah...mereka buat jalan untuk rakyat...tak perlu ler kita mempertikaikan niat mereka...lain ler kalau mereka membina ladang babi ker atau menambahkan lagi bilangan kuil-kuil yang telah sedia bersepah sepah di sana sini...tak perlu ler juga sapa2 bunuh sapa2...saya cadangkan wakil-wakil rakyat dari semua parti terutama Pakatan Rakyat supaya meletakkan jawatan beramai ramai agar kita dapat buat pilihanraya lebih banyak agar kita akan dapat jalan yang lebih baik di merata-rata tempat di seluruh Malaysia ni...kan PR tu katanya berjuang untuk rakyat...so,apa yang nak takut kepada kekalahan...lain ler kalau mereka juga jenis gila kuasa,tentu mereka tak setuju dan takut dengan cadangan saya ini...hehehe

addyaholix said...

aku sanggup "berbunuh" untuk dapatkan apa yang aku mahu!

*Je_Diraja* said...

Paloh ngan Pulau Rusa tu dok masuk parlimen KT ke? seingat beta, telah dua kali raya Islam dan satu kali raya pilihan jalannya begitu...tidak juga siap2... apa kata kalau raya yang perlukan pilihan kali ni jalan tu segera disiapkan?

Ahmad WM Omar said...

Anonymous, terima kasih kerana berkongsi.

Hanie, saya di Stulang Laut JB pada 26-29/12. Mungkin belum tiba masanya lagi kita berjumpa. Tadi saya jumpa dan bertegur dengan ibu kamu di tempat kerjanya. Saya memberitahu dia yang kita berhubung. Pada matanya saya lihat ada kerinduan pada kamu, baliklah selalu.

Amad, ya sangat meriah, tidak sabar saya menunggu perang poster.

Joe, saya andaikan saja bahawa ada orang membunuh wakil rakyat supaya akan diadakan pilihanraya kecil, dan kerajaan akan membina jalanraya baru dengan segera. Tapi sudah tentu manusia yang normal tidak akan berbuat sedemikian.

Ishan, kamu benar!

Adie-ishmael, di sini saya tidak mempertikaikan niat mana-mana pihak, saya gembira mendapat jalan yang lebih baik setelah lama tidak dibaiki. Tapi jika anda memang mempunyai masalah dengan pemimpin PR anda jangan mengundi mereka atau anda lawan saja mereka melalui UMNO yang suci itu. Semoga berjaya!

Addyaholix, mungkin kamu patut!

Je Diraja, terima kasih menyinggah di laman saya. Saya akan menghubungkan laman anda ke sini, boleh kan? Kamu pergilah merayu kepada calon BN supaya dibaiki jalan itu, katakan pada beliau yang di kampung kamu ada ramai penyokong beliau.

HaNie said...

Oh.. saudara berada di Stulang Laut.. Mungkin saudara perasan akan bangunan tinggi Menara MSC Cyberport.. Dulu saya bekerja di sana di Tingkat 27..

Bercakap tentang ibu saya, benar, masih belum hilang rindu semasa pulang ke kampung minggu lepas. Ibu ingin mengikut tetapi tidak mendapat cuti. Saya menantikan kehadiran Ibu saya itu semasa cuti Raya Cina nanti..

Sekiranya kamu ke JB lagi, jemputlah datang ke rumah saya..

Anonymous said...

seperti biasa, komen ishan la yang paling getik sekali.. eeuuuhhh!
suke wat komen ala2 tak paham konteks! menyampahh!

-anonymous ke 5!-

ahmad said...

agak2 bile parlimen kuala nerus nak ada pilihanraya kecil.. tidak.. saya tidak akan membunuhnya.. hahaha

Anonymous said...

anonymous 5, yg ko sibuk ckp komen si ishan tu getik apa hal lak. lantak la dia nak komen pape pun. itu dia punya komen. dia nak getik ke apa ke...lantak dia la! tapi aku rasa komen ishan tu benar. aku setuju benor dgn komen ishan tu. takde langsung unsur2 getik mcm ko cakap tu. mmg benar pun, kebanyakan org2 kita kat luar sana tu selalu je pikir negatif setiap apa projek yg krjn UMNO-BN buat. bagus apa diorang buat jalan tu. sema org boleh guna...UMNO-BN ke, PAS ke, DAP ke...hatta org PKR yg extreme giler tu pun boleh guna. lagipun kan itu tanggungjawab kerajaan pada rakyat. UMNO-BN adalah satu2nya parti yg membela rakyat. aku tetap sokong ishan. komen adie-ishmael tu pun aku sokong, mmg ada kebenarannya! anonymous 5, jgn menjadikan diri ko getik dgn mengata org lain getik.

-PUTERI UMNO K.TERENGGANU-

Anonymous said...

wan ahmad, akhirnya smpai juga hajat nak meninggalkan komen di sini.
Untuk semua pembaca blog ini, just nak tambah berkenaan pembaikian jalan tu. sebagai orang yang telah menetap di tganu sejak zaman BN kembali menakluk negeri ini semasa PRU ke 11 tahun 2004 dulu, bagi saya sedikit sebanyak komen wan ahmad tu ada benarnya. Kerajaan negeri a.k.a kerajaan BN begitu giat membaiki dan menurap jalan2 di bandaraya kuala terengganu sebaik sahaja SPR umumkan tarikh pilihanraya kecil Kuala terengganu. ditekankan sekali lagi "jalan2 di bandaraya kuala terengganu" sahaja. secara prejudisnya, saya berpendapat penurapan dan pembaikian jalan tu bukan untuk amik hati rakyat sebenarnya tapi untuk menunjukkan kepada pemimpin2 besar BN yang pastinya berduyun2 ke bandar ini bahawa kuala terengganu memang layak dijadikan bandaraya kerana jalanraya2nya terurus dan sentiasa berkeadaan baik...tu je...lagi satu, kalau diperhatikan, tak semua jalanraya diturap dan dibaiki, hanya jalan2 tertentu yang kemungkinan besar akan digunakan untuk membawa para pemimpin BN ke tempat penamaan calon di stadium negeri sahaja yang dibaiki/diturap i.e dari jalanraya hadapan mahkamah-gong kapas-jalan kamaruddin-jalan sultan mahmud. jalan lain takde pun....

Anonymous said...

kan betul cakap aku, getik kan ishan nyer komen..? getik lagi pemberi komen nan bias dan berkepentingan yang menyokongnyer...

i'm not an anti establishment! but i'm also not that stupid utk dihidangkan kerenah ke"tadika"an politician sekarang.. nak2 yang pegang media perdana...
Menyampah.. memuntahkan.. meloyakan.. menganggap sumer rakyat bodoh bebal bahlol!

sekian adenyer...

-anonymous ke 5-

Ahmad WM Omar said...

Hanie, insyaAllah kalau ke sana lagi saya akan mengunjungi kamu.

Anonymous 5, aku setuju saja!

Ahmad, sabar je la..

Puteri Umno KT, anda telah menulis "UMNO-BN adalah satu2nya parti yg membela rakyat", komen anda terlalu menampakkan keemosionalan dan kenaifan anda. Anda harus banyak bergaul dengan semua orang dari pelbagai pihak kepentingan, membaca dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber (tidak hanya TV3, RTM, BH dan Utusan). Anda juga patut tahu bahawa Ishan adalah penyokong kuat PR serta anti BN.

Anonymous, orang politik selalunya begitu, berbuat sesuatu atas dasar kepentingan mereka sendiri. Terima kasih kerana memberi komen, sila singgah lagi.

Anonymous 5, sangat setuju!