Monday, December 15, 2008

Adik Kakak

Biasanya kita memanggil “abang” kepada orang lelaki yang lebih tua daripada kita, samada dia adalah saudara kita atau pun tidak. Jika ia perempuan dan lebih tua maka kita akan memanggilnya dengan gelaran “kakak”. Tetapi perkara ini sangat berbeza kepada sebahagian orang-orang tua di Setiu Terengganu yang memanggil saudara perempuan mereka dengan panggilan “abang”. Misalnya seperti Abang Tipah, Abang Sara atau Abang Yam.

Lebih pelik lagi apabila ada dua orang lelaki yang kelihatan sebaya dan mereka ingin mengetahui siapa yang lebih tua maka mereka akan bertanya begini,

“Siapa kakak, siapa adik?”

Gelaran haji biasanya diberikan kepada orang lelaki yang sudah menunaikan haji, manakala bagi perempuan ia digelar hajjah. Kadang-kadang saya mendengar mereka menggelarkan haji kepada orang perempuan, contohnya Haji Sibah, Haji Sepiah atau Haji Dayang.

Saya tidak tahu bagaimana amalan panggilan ini boleh bertapak dan jika ia ada berkaitan dengan evolusi dialek serta bahasa. Kalau tidak silap saya, ia bukan hanya berlaku di Setiu sahaja malah di tempat-tempat lain juga di sekitar Terengganu dan Kelantan terutama di kalangan mereka yang sudah berumur. Mungkin ada sesiapa yang terbaca tulisan ini dan anda mempunyai sesuatu yang menarik ingin dikongsikan, jadi saya amat menghargainya jika anda dapat mencatatnya dalam ruangan komen di bawah ini.

18 comments:

addyaholix said...

aku di kuala lumpur.
dan aku gelar klien aku haji dan hajjah.
lebih islamik!

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD,

Sebenarnya kisah yg saudara paparkan ini bukan satu kejadian baru...atau sesuatu yg aneh. Perkara seumpama ini juga pernah, masih dan sedang lagi tejadi di negeri Melaka. Jika di Terengganu prempuan dipanggil ABANG...di sesetengah tempat di Melaka pula (terutamanya di sekitar Masjid Tanah, LELAKI dipanggil KAKAK atau AKAK. Contohnya seperti kalau namanya NIZAM, lelaki itu akan dipanggil KAKAK NIZAM atau AKAK NIZAM. Inilah suatu kejadian yg pelik tetapi benar. So, kalau saudara pergi ke Melaka, saudara akan dipanggil AKAK AHMAD, bukannya dgn paggilan ABANG AHMAD. Wassalam:-)

Artozy said...

Kami di Muar juga begitu. Anak perempuan sulong memang kami panggil abang.

aifastellar said...

Kalau di Indonesia... lelaki pon dia panggil KAKAK@KAK..contoh Kak Arman (Arman ini adalah lelaki). Sama kes kot?

Anonymous said...

Kepada Ishan, saya rasa segelintir lelaki di kawasan tersebut bukan sahaja digelar "Akak" tetapi juga digelar "Mak". Sebagai contoh, "asyik2 Mak jugak yang kene buat keje nok".

syed aljufrey

Anonymous said...

ooo alang2 nak jadi sarcastic kan wahai encik ishan n syed, meh aku sedarkan korang bahawa di merata-rata tempat di mesia nih org dok pggil "ketumbuhan" kat bwh korang tu dgn panggilan ADIK!!! hahahah

-anonymous ke 5,
sori penulis, xberniat menjadikan blog anda tempat berceritera benda2 dalam kain, just cam bosan plak entry yang serius mengundang komen2 taraf anak-anak sekolah hahahahah

en_me said...

hi abang ahmad ittewww..

Ahmad WM Omar said...

Addyaholix, baguslah. Tapi kalau aku dah kerja haji pun, aku tak mahu digelar haji.

Ishan Q, menarik sekali kisah pelik saudara. Saya teringin ke tempat itu dan berjumpa dengan subjek-subjek yang dimaksudkan.

Artozy, benarkah begitu? Ini sesuatu yang baru kepada saya. Muar dan Setiu nampaknya ada persamaan.

Aifastellar, ini pun pertama kali saya dengar. Yang biasa, mereka memanggil mas, bermaksud abang.

Aljufrey, anda pasti anda tidak tersalah tajuk atau lari tajuk? Apapun terima kasih kerana berkongsi. Saya tergolek-golek(ketawa) membaca kenyataan anda.

Anonymous, tiada pertikaian mengenai ADIK di sini. Kerana saya rasa di kebanyakan tempat mereka bersetuju bahawa ADIK boleh digunakan untuk kedua-dua jantina. Jaga adik anda baik-baik, dan saya sangat menyanjung tinggi kefahahaman anda tentang keseriusan entri saya.

En_me, hai. Anda dalam kategori "akak" atau "mak"?

aifastellar said...

"Aifastellar, ini pun pertama kali saya dengar. Yang biasa, mereka memanggil mas, bermaksud abang."

Derang panggil Abang=KAKAK tu kira mcm abang/keluarga sendiri selalunya.Tengokla sinetron Hikmah tu..dia panggil abang dia KAK ARMAN.

Terpromote lelebih plak Kak Arman neh :p

Anonymous said...

Kat selatan thailand pun panggil abang tu kakak, applicable sesama family je..

-joe-

Areej said...

setahu aku lah kan, kalau antara adik beradik, kakak (tak kira laki2 atau prpuan) bermaksud yg lbh tua, adik pula yg lebih muda. 'kakak' as a reference to an elder brother masih digunakan dlm dialect fatani.

'abang' pula hanya gelaran hormat bg laki2. biasanya digunakan sbg panggil si isteri kpd suaminya sbg tanda hormat kpd suami, tak kiralah suami dia lbh tua atau lbh muda dr dia). lama2 'abang' digunakan utk refer to laki2 lain yg lbh tua dr kita , juga sbg tanda hormat (hormat org yg lbh tua kan budaya melayu). so, theory aku, 'abang' ni asalnya utk suami lah...tp lama2 jd maki universal pulok. tp theory aku je la tu. xtahu la plk psl perempuan yg dipanggil abang.

aku sokmo blur bila org fatani tny aku psl my 'abe'. dlu aku akan jwb aku anak sulong, so xdop abe. skrg baru aku faham maksud mereka.

Ishan_Qureshi said...

Salam....

Anonymous, saya tidak pernah berniat sama sekali untuk menjadi sarkastik. Maaf seandainya saudara/ saudari / saudarai merasakan komentar saya sebagai sarkastik. Terpulang kepada anda semua di luar sana untuk menilai komentar saya sebagai sarkastik atau tidak. Sekiranya, komentar saya telah menyentuh mana-mana jiwa dan telah mengguris mana-mana hati, saya mohon berjuta kemaafan. Maafkanlah kekhilafan diri saya yang tidak sesempurna mana ini.

Berbalik kepada persoalan panggilan "KAKAK" untuk lelaki, perkara ini adalah normal dan tidak salah sama sekali dalam konteks Bahasa Melayu. Mengikut hukum Bahasa Melayu, perkataan "KAKAK" tidak bersifat gender, yakni ia berdiri secara umum. Perkataan "KAKAK" ini dalam erti kata yang lain, boleh digunakan sama ada untuk LELAKI mahupun PEREMPUAN. Ia tidak menjadi kesalahan langsung dalam hukum dan peraturan Bahasa Melayu.

Mungkin kebanyakan di antara kita tidak menyedari akan hakikat ini kerana rata-rata rakyat Malaysia tidak peduli sama sekali untuk mengkaji hukum dan peraturan Bahasa Melayu itu secara lebih mendalam. Apa yang kita lakukan adalah dengan mengikut sahaja apa yang kita dengar dan kita lihat. Contohnya, kebanyakan tempat di Malaysia akan merujuk "KAKAK" itu kepada perempuan dan LELAKI hanya layak dirujuk sebagai "ABANG". Konsep ini tidak terdapat sama sekali dalam hukum dan peraturan Bahasa Melayu, ia cuma adat/resam orang Melayu Malaysia sahaja. Warga Indonesia lebih peka tentang peraturan dan hukum Bahasa Melayu. Mereka amat arif bahawa perkataan "KAKAK" itu tidak bergender atau dalam perkataan yang lain ia berbentuk "unisex". Jadi, tidak hairanlah sekiranya banyak lelaki-lelaki di sana dipanggil "KAKAK".

Berbeza dengan di Indonesia, di Malaysia sekiranya seorang LELAKI dipanggil KAKAK, akan terdapat satu tanggapan negatif pada si LELAKI tersebut, walhal dalam konteks Bahasa Melayu ia tidak salah sama sekali. Yang salahnya adalah kita. Kenapa kita tidak mendalami ilmu Bahasa Melayu itu secara mendalam. Mungkin kita fikir ia cuma subjek yang remeh. Ya memang remeh bukan...sampai kita TAK TAHU bahawa perkataan KAKAK itu bersifat "unisex" atau "non-gender" iaitu boleh digunapakai untuk LELAKI dan juga PEREMPUAN.

Akan tetapi, harus diingat. perkataan "ABANG" sememangnya bersifat "gender". Ia hanya boleh digunakan untuk LELAKI. Adalah menjadi suatu kesalahan dari segi hukum dan tatacara BAhasa Melayu untuk menggunakan "ABANG" kepada PEREMPUAN atau TOMBOY/PENGKID yang azalinya adalah PEREMPUAN. Jadi, kepada mana-mana umat Melayu yang gemar memanggil seseorang perempuan itu dengan panggilan "ABANG",amalan ini hendaklah dihentikan dengan serta-merta. Janganlah kita menjadi perosak Bahasa Melayu...kita sepatutnya menjunjung Bahasa Melayu tidak kira di mana jua kita berada.

HIDUP UMNO!!![aik, tetiber je.;-)]

Ikhlas daripada KAKAK Ishan Qureshi Husni Bin Mehmood Zuhdi Husni

hamba said...

orang indonesia juga gunakan kakak untuk abang..

tapi tukar dgn 'e' laa. jadik 'kakek'

Ishan_Qureshi said...

Salam SYED ALJUFREY...
Alamak, lupa nak jawab pantun saudara. "Hey nok...tak koser MAK nak layan ko nyah! Ko pegi mana nok...lama MAK tak jumpa ko? Idup lagi ke. Ko jgn jadi NYAH pulak ye...tapi jadi kalau jadi KAKAK takpe, dimaafkan sbb mmg tak salah kalau ikut hukum Bahasa Melayu"!! :-)

adie-ishmael said...

panggilan haji untuk orang perempuan(bukan hajjah) terdapat juga di tempat saya di Kedah ni terutama di kalangan orang tua-tua...tapi biasanya disebut 'aji' bukan 'haji'... contoh=Aji Timah...Mak aji...Kak aji!!!

Mior said...

eh ada ya kes mcm ni... pelik ler pulak yaa

denanz said...

benar kata ishan (sila rujuk Kamus Dewan). saya juga ingin menambah komen adie-ishmael, memang betul di kedah, wanita yg dah ke makkah tidak dipanggil hajah, tapi aji. arwah nenek saya, org panggil "aji som".
(sesiapa nak beli Kamus Dewan, saya boleh dapatkan dengan sedikit potongan harga)

peace said...

dlm bahasa indonesia kakek tu datuk. tak de kena mengena dgn kakak@abang.