Saturday, January 31, 2009

Kuih Bekang Terengganu



Pagi tadi saya menemani Puan Wan Maziah (yang berasal dari Kuala Terengganu tetapi telah lama menetap di Shah Alam) ke Kampung Pasir Panjang untuk membeli kuih yang dipanggil Bekang. Kami memasuki satu simpang dan melalui rumah-rumah kampung lebih kurang 500m ke dalam. Kuih tersebut dijual di satu gerai kecil yang terletak di hadapan sebuah rumah yang mungkin kepunyaan pengusaha gerai tersebut. Sebenarnya kuih tersebut sudah hampir pupus kerana tiada siapa lagi yang hendak meneruskan tradisi tersebut dan sebab itu jugalah ia amat sukar didapati.

Sesampai di sana kelihatan ramai orang sedang berkerumun menunggu giliran untuk mendapatkan kuih masing-masing. Kuih yang diperbuat daripada tepung beras itu hadir dalam dua jenis, iaitu kosong tanpa telur dan satu lagi diadun dengan telur dan dibakar secara tradisional dalam acuan khas seperti acuan kuih baulu. Ia boleh dimakan dengan dua jenis kuah (seperti sos) iaitu lemak atau manis. Biasanya dimakan sebagai hidangan sarapan pagi dan menurut Puan Wan Maziah ia sangat sesuai dimakan oleh ibu yang baru lepas bersalin.

7 comments:

bride-to-be said...

Nampak sangat sedap...apa kata kamu roger saya sebelum ke gerai itu lagi? Saya ingin mengekori kereta kamu...

hans said...

macam penah makan
manis x?

Makcu said...

mcm bentuk keropok pun ade...
puan baya cane? arap2 sihat dia n baby...

Nafastari said...

Je Diraja, tapi saya boleh peta jalannya kalau kamu mahu.

Hans, ada dua jenis, satu manis satu lagi lemak dan tak manis. Yang dalam gambar itu adalah yang tidak manis.

Makcu, langsung tak macam keropok. Puan Baya sihat, sekarang berehat di rumah saja.

Bila Diary Bercerita said...

Nanti kalau kitorang balik Ganu, boleh tolong belikan? Nak juga merasa.
Oh ya, akak nak bagi pesanan penaja sikit ni...Mawar kena banyak rehat dan tak boleh buat kerja berat-berat.

WS Zuriati said...

Nt nk blk kg, beli la kuih tu. Nk try jgk sb mcm tak sama je dgn apa yg pernah aku makan.

abumikail said...

Kuih bekang ni sebenarnya makanan orang2 cina yang menetap di Terengganu beratus tahun dahulu.Ia sudah jadi makanan tradisional orang pantai timur.Di Pasir Panjang tu sejak dari tahun 70an lagi terkenal dengan keenakan bekangnya.Siap kena beratur untuk buat tempahan.Harap ada pihak yang boleh mempromosi semula makanan ini.