Tuesday, January 27, 2009

Sudu Amy Corner



Mawar suka sangat memakan ais krim goreng yang boleh didapati dengan mudah di taman selera Batu Burok. Ais krim goreng adalah ais krim yang diletakkan dalam tepung khas dan digorengkan. Oleh sebab ais bukanlah pengalir haba yang baik, jadi ais krim yang berada di tengah-tengah itu tidak cair meskipun telah digoreng.

Suatu petang beberapa hari yang lalu kami ke gerai Amy Corner yang menurut Mawar menawarkan ais krim goreng yang terbaik. Saya pesan ais krim goreng dan minta untuk dibungkus. Setelah siap saya meminta satu sudu plastik pakai buang jika mereka ada, kerana mawar perlu menggunakan sudu untuk memakan ais krim yang diletakkan bersama-sama ais krim goreng itu. Malangnya Amy Corner tidak menyediakan sudu plastik seperti yang kami mahu, lalu dia memberikan saya satu sudu plastik yang bukan untuk dipakai buang. Saya sangat menghargainya dan meminta untuk membayar harga sudu tersebut tetapi dia menolak. Selepas Mawar makan ais krim di tepi pantai Batu Burok, kami tidak membuang sudu tersebut. Saya berhasrat untuk kembali ke Amy Corner suatu hari nanti dan memulangkan sudu itu.

***

Untuk pengetahuan pembaca, Mawar dan kandungannya sekarang mengalami sedikit masalah (placenta praevia) dan sudah dua hari dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Kuala Terengganu. Kami sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya dia dan bayi kami dalam kandungannya akan selamat. Semoga Tuhan menganugerahkan yang terbaik untuk kita semua.

12 comments:

. said...

Ahmad, sedikit ngeri terasa apabila membaca tentang placenta praevia yang dialami mawar. Saya harap, itu perasaan "org awam" seperti saya saja.
Moga-moga Mawar dan baby dikurniakan kemudahan dan kesihatan.
Saya x suka berjanji kerana bimbang x mampu menepati, namun ingin sekali menjenguk Mawar jika diizinkan Tuhan.

HaNie said...

Semoga mawar dan kandungannya berada dalam keadaan selamat.. Oh anugerah mengandung itu tidak dimiliki oleh semua orang dan kerana itu saya mengharapkan kamu terus merasa bahagia dengan kehadiran baby tidak lama lagi.. Baby yang sihat dan sempurna dan kandungan tidak menghadapi masalah..

Dan sekarang doa saya untuk mawar agar Mawar juga diberikan kesihatan yang baik bersama2 baby kamu..

Hartini Omar said...

seluruh doa dan pohonan keselamatan, memudahan dan kerahmatan diutuskan buat keluarga kecil kamu di sana.. moga2 diberikan kita sedikit ketenangan hati dalam menempun cabang2 getir ini

Mior Azhar said...

Doa saya agar Mawar dan baby sudah beransur baik... Bila due datenya Ahmad?

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD,

Saya doakan MAWAR segera sembuh! Psstt...sebut saja pasal AMY CORNER di BATU BUROK, tiba2 teringat kenangan PALING BURUK kat Terengganu. Dua tahun lepas saya dan 3 orang sekantor pergi makan di AMY CORNER. Ya robbi..servisnya punyala BUROK...lembab giler! Mula-mulanya ye-ye-or je dia angguk kepala semua benda yg kami order tu ada. Tup tup tup, samapai ke sudah benda yg kami order tu tak sampai2. Ingatkan tukang masak AMY CORNER perlukan masa yg lama utk masak makanan yg sungguh sedap lagi menyelerakan, rupa2nya...makanan yg kami order tu dah out of stock. Geram betoi. Len kali, bagitaulah awai2...ni tak, pelanggan pulak yg terpaksa terhegeh2 nak kena tanya. Sejak peristiwa BURUK di AMY CORNER yg terletak di BATU BUROK tu...kami dah serik nak makan di mana-mana kedai makan di bumi TERENGGANU...kami lebih rela bawak bekal! DUSHHHHH!

Nafastari said...

Baity, saya rasa ianya tidaklah seteruk yang kamu fikir. Terima kasih, tulisan kamu ini pun sudah cukup buat kami rasa senang hati.

Hanie, terima kasih banyak. Saya doakan kamu juga akan dikurniakan anak nanti.

Hartini, terima kasih, jazaakallah.

Mior Azhar, terbaru selepas scan plasentanya masih berada di kedudukan bawah, jenis II. Tarikh jangkaan akhir bulan April ini. Terima kasih atas doa dan ingatan.

Ishan Q, terima kasih atas doa kamu. Di Terengganu kebanyakan kedai makan begitu, selepas lama menunggu barulah mereka akan datang memberitahu itu habis, ini tiada. Kami selalu mengalaminya dan saya sangat benci dengan perkara itu!

FirJah said...

Kami doakan moga mawar & baby selamat..moga mawar cpt sembuh.

ya...ttg layanan kdai mkn trg mmg gitu. saya bersetuju stlh beberapa kali terkena dgn layanan yg sgt burok!! kalau kena time berdua jer boleh tahan..tapi mslhnya tiap kali bw tetamu dr luar trg, ada jer yg akan memalukan saya yg bekerja kat trg ni.

addyaholix said...

doa aku sentiasa yang terbaik buat mawar dan kandungannya insyaallah!

Artozy said...

Wahai Tuhan,

Kau anugerahkanlah keampunan dan kesihatan buat Mawar itu. Dan Kau kurniakanlah kesempurnaan dan keselamatan buat kandungannya.

Amin.

areej said...

moga2 selamat mawar n kandungan. ameen.

Anonymous said...

Sememangnya setiap nikmat yang Allah kurniakan akan didatangkan sedikit ujian..mungkin Allah mahu kita lebih mengingati-Nya dengan memohon pertolongan dan belas kasihan-Nya. Tapi walaupun placenta previa ini merupakan salah satu daripada komplikasi mengandung, InsyaAllah tak ada apa2. Placenta abruption (uri hampir tanggal)is more serious. Asalkan Mawar berehat secukupnya. Mana tau dekat2 nak bersalin nanti uri tu akan bergerak ke atas. Kuasa Allah kan. Kalau tidak, mungkin kena caesarean operation je. My 1st baby dilahirkan secara caesarean sbb poor progress dan baby mungkin akan lemas sbb air ketuban dah nak kering..ada leakage tapi tak sedar. Alhamdulillah he is a very healthy boy now. 5 bulan lepas melahirkan saya masuk DPA. 4 bulan kemudian disahkan mengandung lagi..hehe..Alhamdulillah 2nd baby lahir secara normal, walaupun semasa 2 1/2 bulan kandungan, saya jadi ahli bomba!! Pesanan saya..berikan kasih sayang yg tak berbelah bahagi kpd Mawar sepanjang kandungannya...

NHO..rajawali..maxis

Nafastari said...

Firjah, terima kasih. Dan rupanya kamu pun mempunyai pengalaman yang hampir sama dengan kami.

Addyaholix, terima kasih.

Artozy, semoga Tuhan kabulkan. Amin. Terima kasih.

Areej, ameen, terima kasih.

NHO, terima kasih berkongsi kisah kamu. Ia telah memberi kekuatan kepada kami.