Saturday, December 13, 2008

Tok, Kami Bukan SPR...

Ramai tertanya-tanya jika Maimun Yusof atau Tok Mun, 89 akan bertanding lagi di kawasan parlimen Kuala Terengganu pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada bulan Januari nanti. Mungkin ada pihak yang berharap dia akan bertanding lagi kerana dia akan sekurang-kurangnya dapat memecahkan sedikit undi dan memberi kelebihan kepada segolongan manusia. Tok Mun juga telah menyatakan kesediaannya untuk bertanding lagi walaupun beliau sebenarnya kekurangan dana untuk membayar wang pertaruhan dan kos kempennya.

Pada minggu lepas Tok Mun muncul di pejabat kami. Beliau ke kaunter pertanyaan dan bertanyakan prosedur yang perlu dipatuhinya bagi membolehkan beliau menukar nama partinya, beliau tidak mahu menggunakan simbol anak kunci lagi. Kawan saya yang bertugas di kaunter memberitahu kepadanya bahawa itu mungkin sepatutnya dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kami bukan SPR.

"Tapi Tok dah pergi ke SPR, mereka suruh Tok datang tukar nama parti Tok kat sini," Tok Mun tidak mahu mengalah. Beliau terus menunggu dan kemudian ke kaunter lain pula untuk bertanyakan perkara yang sama.

"Tapi Tok, kami bukan SPR".

11 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam AHMAD WM OMAR...

Saya, nama seperti di dalam kad pengenalan, ISHAN QURESHI HUSNI BIN MEHMOOD ZUHDI HUSNI atau nama pena saya ISHAN QURESHI MAHMUD (sekadar nak mengingatkan kamu yg saya tak pernah sesuka hati ubah nama itu ini) ingin memetik kata2 KSN iaitu "there is no wrong door's policy". Jadi, apabila diaplikasikan dalam kes Tok Mun ini tiada menjadi kesalahan baginya utk menukar nama parti atau lambang kunci kpd lambang lain walaupun di kantor saudara. Saudara harus menerimanya. Apa yg perlu saudara lakukan ialah saudara perlu panjangkan perkara atau permasalahan Tok Mun itu ke SPR. Lagipun, Islam kan mengajar kita supaya sentiasa tolong-menolong sesama manusia tidak kira dia UMNO-BN atau pun PAKATAN RAKYAT. Tok Mun nak masuk bertanding...itu haknya! Kita tidak boleh berfikiran negatif dgn mengatakan yg dia digunakan oleh pihak2 tertentu utk memecah undi atau sbgnya. Biarlah rakyat yg menentukan siapa yg ingin mereka angkat sbg wakil mereka di Parlimen! Rasanya rakyat di Kuala Terengganu tentu sudah terlebih arif dlm menentukan masa depan mereka. Pada firasat saya, mereka akan sekali lagi memilih pemimpin dari kalangan ulul-albab sama seperti sebelum ini krn salah seorang pemimpin ulul-albab telah mengumumkan pemberian wang royalti berjuta2 ringgit kpd seluruh rakyat Terengganu. Pengumuman itu bukan utk pancing undi ya...tapi kebetulan. Saudara Ahmad, kamu jgn berfikiran negatif pulak ya! Pemimpin ulul-albab itu memang ikhlas dan berhati mulia dlm membantu rakyat Terengganu. Hidup UMNO (dilaungkan dgn penuh semangat sambil mengeluarkan keris dari sarungnya dan menciumnya dan kemudiannya menghunus keris itu ke langit)!!!! ;-)

hans said...

wah
semangat tok mun tu
tapi dia tak rasa bazir duit kah?

. said...

Psst...
Ahmad, we will have a gathering for Terengganu's bloggers...
hope u can join us...
amdang or me myself will tell u later about this...
;) boleh I jumpa mawar...n bakal anak saudara Narumi...

Aishah Jamal said...

Semangat Tok Mun nak tukar parti...
kalu Tok Mun tak nak Bulan Penuh/Penuh Sabit suruh To Mun pilih Bintang. Walaupun jauh tapi cahayanya tetap berseri. he..he..

Tentu rancak orang-orang T'ganu sembang pasal politik kali ini.

anonimus said...

tu la... jgn la dibola sepakkan tok mun tu, ape salah nye pick up call dan tanye spr prosedur mcm mane, aku pun pernah ade pengalaman dengan ayat-ayat 'lepaskan diri' mcm ni... sedih tau...

hans said...

baca surat khabar pagi tadi
dengar katanya Tok Mun pun ada blog..
tahu tak apa nama blognya?
tak sabar nak terjah..
hehe

Ahmad WM Omar said...

Ishan Q, tapi kalau Tok datang ke bengkel mekanik, takkan kita masih bertanggungjawab untuk menelefon SPR? Kita tak tahu pun pejabat SPR kat mana, apa nombor telefon dia. Kita cuma tahu baiki kenderaan rosak. Tok sepatutnya masuk UMNO dan bertanding atas tiket UMNO.

Hans, biarlah dia, asalkan dia bahagia dan tidak meminjam duit kita.

Baity, really?! I can't wait to attend that.

Aishah, belum rancak sangat lagi, mungkin sebab hujan lebat. Mungkin akan lebih rancak selepas hari penamaan calon.

Anunimus, ye lar. Salah kitorang la tak tolong Tok. Tapi kamu patut tahu, Tok memang dah ke SPR dulu sebelum datang ke bengkel kami.

Hans, kamu boleh klik kat nama Maimun Yusuf dalam entri ni, nanti akan hubungkan kamu ke blog Tok Mun.

Ishan_Qureshi said...

Salam SAUDARA AHMAD...

Alahai hang ni...klu tok Mun pi bengkel mekanik, itu kerja tauke bengkel tu la utk tlg Tok Mun tepon SPR. Tak salahkan membantu sesama insan. Lagipun Tok Mun kan dah tua...huhuhu!

anonimus said...

kesimpulannya... kalau tak tahu kenalah Ambil Tahu...

kejadianalam said...

Tok Mun adalah satu nama yang di anggap lagenda dalam arena politik semasa... Ia mungkin sebaris dengan Che Guvera kerana berani dalam memperjuangkan nasib kaum yang mungkin tertindas dalam pemikiran Tok Mun. Namun begitu Tok Mun adalah ikon bagi calon bebas kerana dengan usia yang begitu emas dia sanggup berkempen berseorangan tanpa mengira penat lelah, cemuhan atau berlaku pelbagai kesilapan samada berurusan dengan jabatan kerajaan atau berurusan dengan orang ramai.
Itulah ketabahan Tok Mun..Tok Mun nama mu mungkin akan menjadi satu coretan sejarah dalam politik semasa dan akan datang dan mungkin dalam sejarah politik dunia pun dengan seusia ini tidak lagi mungkin akan bergiat dalam politik, tetapi Tok Mun tabah mengharungi arus politik semasa dan terpaksa berperang dengan mereka yang berpengetahuan dan lebih intelek.. Dalam hal ini ketabahan Tok Mun ini mungkin di sebabkan oleh perkerjaan beliau iaitu berniaga dan ini adalah satu sunnah daripada Rasulullah sendiri iaitu berniaga jadi di sini ketabahan Tok Mun itu dalam berniaga dan bermasyarakat telah memotivasikan beliau dalam menegakan pelbagai masalah yang di lihat didepan mata beliau sendiri..

denanz said...

tuan ahmad, banyak perkara tentang tuk mun yg kita tak tahu. saya kesian tengok dia. hampir separuh hari saya berbual dengan tuk mun sehari sebelum pilihan raya yg lalu. dia seorang nenek yang kesunyian. (sila baca wawancara saya dengan tuk mun dalam "Edisi Khas PRU ke-12 Dewan Masyarakat" yang diterbitkan selepas keputusan pilihan raya ke-12 yang lalu).