Saturday, October 18, 2008

Penjodoh Bilangan

Setandan pisang

Bersikat-sikat pisang

Mawar dan penulis tinggal berasingan, dia di Kuala Lumpur dan saya Kuala Terengganu kerana dipisahkan oleh tanggungjawab dan tugas masing-masing. Terutama setelah dia mengandung, saya selalu menasihatinya supaya menjaga pemakanannya, meminum banyak air kosong serta memakan banyak buah-buahan. Semalam Mawar menghantar SMS kepada saya.

Mawar : Tadi saya beli pisang setandan RM3. Hehe…
Penulis : Sangat murah RM3 setandan! Boleh ke awak habiskan setandan?
Mawar : Boleh saja…

Saya rasa Mawar menghadapi masalah yang sama dengan anak saudara saya Muhammad, 12 tahun. Mereka lemah dari segi penguasaan penggunaan penjodoh bilangan yang tepat.

7 comments:

narumi hayashida said...

Assalamualaikum, biasanya yang lemah dari segi bahasa kuat pula pengiraannya, buktinya Mawar anda bakal akauntan mungkin. Perkataan berlawan bagi Mawar ialah Nafastari, seorang yang celik undang-undang, Matematik dan Akaun bagaimana ya? Apapun ada manusia yang dikurniai ALLAH kelebihan untuk menguasai kedua2 hal itu, jadi terserah!

Mawarnafastari said...

JAHAAAAAAAAAAAAAAT

HaNie said...

Hehehe setandan pisang satu bulan tentu habis saya makan..

HaNie said...

Pembetulan.. **Setandan pisang satu bulan belum tentu habis saya makan..

Anonymous said...

kelakarnyer!!
paling kelakar setakat ini!!!
tergelak besar aku n pidin
kat umah ni!!

-joe-

aifastellar said...

selama lebih 4 tahun berkawan dengan Mawar, saya memang men'detect' Mawar ada masalah dengan Bahasa Malaysia. *ehehe*

Mawar:....kedai mana ko beli setandan RM3 tu..ko sedekah kat masjid uia ke? ^___^

Ahmad WM Omar said...

Narumi, waalaikumussalam. Tuhan sememannya maha adil.

Mawarnafastari, tapi saya cuma cuba menjadi pelawak, membuat kelakar. Salah ke?

Hanie, sudah tentu ia akan rosak sebelum sempat kamu habiskan.

Joe, terima kasih. Kamu saja yang faham.

Aifastellar, kamu ajarlah dia berbahasa dengan betul, saya serahkan pada kamu.