Saturday, October 18, 2008

Menjahit Langsir



Sebelum ini penulis pernah berpengalaman menjahit Baju Melayu sendiri, tetapi kali terakhir saya melakukannya adalah enam tahun lepas dan sejak itu saya tidak pernah menjahit lagi kerana kesuntukan masa dan masalah kemalasan yang semakin menjadi-jadi. Menjahit bukanlah sesuatu yang sangat pelik dalam keluarga saya, kerana hampir semua orang tahu menjahit, termasuklah ayah, semua kakak, abang-abang dan adik. Kecuali kalau kita malas, baru kita akan kata kita tidak pandai.

Saya banyak mendapat semangat untuk menjahit daripada ibu saya yang sememangnya menjadikan aktiviti menjahit sebagai punca pendapatan tambahannya sejak 40 tahun dulu. Cuma sejak enam tahun yang lepas, sejak ibu diserang angin ahmar dan menjadi lumpuh sebelah badan ibu tidak menjahit lagi. Pun begitu kadang-kadang ibu mencuba juga dengan tangannya yang hanya aktif sebelah.

Semalam saya tidak sabar-sabar untuk melihat langsir saya siap supaya saya boleh memasangnya di rumah tempat tinggal saya, tetapi nampaknya tiada siapa yang mahu melayan karenah saya. Lalu saya mengambil keputusan untuk menjahitnya sendiri, sudah tentu dengan tunjuk ajar ibu. Ianya ternyata jauh lebih mudah daripada menjahit sehelai Baju Melayu. Hasilnya tidak mengecewakan, tetapi saya belum lagi mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan mengusahakan kedai jahit langsir untuk sepenuh masa.

11 comments:

nasikerabupetro said...

saya tertarik dengan corak kainnya...
pandai sungguh orang yang memilih...

*Mawar Nafastari* said...

TAK ACI !!!

orang lain tengok dulu sebelum tuan rumah sendiri...

:(

HaNie said...

Wah pandai yer Saudara Ahmad menjahit langsir.. dan langsir yang dipilih juga lawa..

Saya juga ingin belajar menjahit. Mesinnya sudah ada cuma belum ada masa untuk belajar.. Hehe

Anonymous said...

wah..
bagus!!!
aku cadangkan ko belajar lagi teknik2 jahit langsir..
nak wat ala2 berombak berlappis2 tu,
trend2 langsir terbaru, buat la sketch book langsir2 ko..
langsir bukan nak tutup tingkap je, ia adalah seni menggantung kain panjang berjela menjadi hasil yang memukau pandangan mata!
aku pernah tgk kat tv, design yang komplikated tu nak buatnnyer Ya Allah senang je! nak2 kalu ko dah mmg ade basic menjahit..

selamat maju jaya, mungkin kelakar penjahit langsir sepenuh masa, tapi mane tahu duit itu akan membawa kau ke bulan?

-joe- (sentiasa menyokong kwn2 melakukan ape yang mereka suka)

Anonymous said...

tak sangka pulak penulis pandai menjahit langsir..nampak macm ok jer langsir 2..warna dan corak pun menarik..terima tempahan x?kalu terima saya org pertama nak tempah..tapi murah2 dahlah..rege member

wan storm said...

wah! ni dah kira menyerlahkan bakat terpendam, cantik tuu...
dulu saya pernah jugak tlg cik kamu menjahit langsir, baju melayu, baju kurung termasuklah jugak baju kamu sendiri! seronok tengok kamu dah kembali menjahit,may be suatu hari nanti kita pakat buka kedai jahit amacam? tapi saya nak jadi bos je, he he eee...

Nafastari said...

., terima kasih. Siapa anada?

Mawarnafastari, maafkan saya, tapi hp kamu tidak dapat menerima mms dari saya.

Hanie, terima kasih. Bukan susah pun, cuma perlu ada sedikit kesabaran.

Joe, aku kesuntukan masa, lagipun aku tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Anonymous, tapi saya khuatir kalau hasil jahitannya kurang elok, kerana ini cuma kali pertama saya menjahitnya.

Wan Storm, saya tidak menyangka kamu juga pandai menjahit, kerana saya cuma lihat Asri sahaja yang suka menjahit. Saya juga berharap dapat membuka kedai jahit atau yang berkaitan dengan menjahit suatu hari nanti.

Anonymous said...

dinda iparku...
bilakah beta boleh merusakkan couch baru anda

wanahaf said...

doh tu, mu ingt comel ah tu....

FirJah said...

wah...bijak ah jay jahit...tahniah!! hakikatnya mmg senang jer menjahit jika kita berminat+rajin.sy pun tgh belajar menjahit baju kurung ni..tapi baru siap baju,kainnya belum.insyaAllah akan cuba menyiapkannya secpt mgkin dgn tunjuk ajar cg na ...

Nafastari said...

Anonymous (kekanda ipar?), kamu yang tidak mahu mengunjungi teratak kami, padahal kami sentiasa kosongkan dan siapkan satu kamar dalam rumah kami untuk menyambut kedatangan kamu.

Wanahaf, ya, begitulah pada anggapan saya...

Firjah, saya gembira mendengar kamu tengah belajar menjahit! Selamat maju jaya.