Monday, October 06, 2008

Kepuasan Bekerja

Saya selalu berasa teruja mendengar dan membaca cerita tentang bagaimana seseorang dapat menukar kerjayanya kerana ingin melakukan sesuatu yang mereka sukai, dan akhirnya dia menjadi lebih gembira dan berpuas hati dengan kehidupannya setelah dapat melakukan pekerjaan yang diimpikan. Saya berharap dapat melakukan sesuatu yang seperti itu suatu hari nanti. Tidak perlu lagi memakai pakaian yang mengongkong dan melaksanakan sesuatu rutin yang anda sendiri tidak suka dengan dasarnya. Saya benci apabila saya terpaksa berlagak profesional dalam sesuatu perkara padahal hati kecil sendiri memberontak dalam diam.

Bukanlah bermakna pekerjaan saya sekarang tidak bagus; saya sangat bersyukur. Tetapi saya cuma ingin menjadi diri saya yang sebenar dan menurut kata hati. Semoga Tuhan akan menunjukkan jalan.

9 comments:

Hartini Omar said...

sebagai seorang rakan, saya mendoakan semoga tercapailah impian dan harapan itu

saya pernah dulu diberitahu tentang bezanya 'bekerja' dan 'bekerjaya'

yg mendatangkan kepuasan itu selalunya adalah kerjaya. namun ramai yg berkerja tetapi tidak mendapat kepuasan dari apa yg dikerjakannya

nah, itu lah bezanya..

Anonymous said...

bersabarlah saudara. allah telah menentukan tiap perjalanan hidup kita ni. hanya DIA mengetahuinya.

seperti saya, saya hanya pekerja bawahan biasa walaupun saya memiliki kelulusan yang lebih tinggi tapi oleh kerana kerja saya sekarang berkaitan dengan minat saya dari kecil saya teruskan jugak. setiap hari saya berdoa semoga saya boleh menjawat jawatan yang selayaknya. kalau tidak sia2 pengorbanan keluarga menghantar saya belajar.

anda BERTUAH dengan rezeki yang allah kurniakan pada anda.

sya_j

Anonymous said...

akum sahabatku,

i have the same feeling as yours; dahulu, kini & insyaallah akan dtg. sebenarnya, untuk kita bekerja dgn kerja yg mmg kita minat memerlukan sebuah pengorbanan yang besar.or in other word it is 'kehendak'. on the contrary, what are we doing now is 'keperluan'. we have to go with the flow and we cannot be picky.

cthnya me myself. since i was in school, i love stationeries. my dream is to open a big shop that sells stationeries and books as well. for me, it's a satisfaction because i am into the products. as compared to now, i have to accept my current position/job as it is my keperluan after graduating and for the namesake of mencari 'rezeki' yang halal n at the same time menjalankan kewajipan dan tanggungjawab to my family.

so, back to ur topic-"kepuasan bekerja", i believe that i have not achieve it yet unless i dpt buka my stationeries@books shop.huhuhu..then, barula i dpt kepuasan bekerja... (",)

p/s: doa2kanlah moga impian i ini tercapai suatu hari nnt. amin...

~MiZ LeO~

Anonymous said...

haaa..
part ni yang mmg aku tak sure
and takleh nak agak setepatnya...
ekceli ape yang ko nak buat yang ko suke n bleh bagi duit kat ko?

aku nampak mcm ko bagus penulisan, walaupun pengucapan agak kureng sbb ko cam sedikit emo kalu cakap bende serius... namun amat bagus kalu bercakap bende santai...

mungkin ko bleh jadi pengacara ala2 destinasi bajet tu yang sempoi dan klakar... mungkin rancangan yang akan ko kendalikan berbentuk hub halal, makanan ke pakaian mahupun hiburan... ko jugak bleh try freelance journalist.. pendapatan agak lumayan tanpa ko perlu letak jawatan... tp kalu ko nak letak jugak, mugkin ko bleh jd independent travel journalist, bukan sahaja menyampaikan buah fikiran bagus malah juga menyelitkan snapshot2 menarik lantaran aku rase ko cam suke gak fotografi dan ade la bakat sket2 hahaha (kejam)

sekian adanyer cadangan dr sorang kawan

-joe-

Ishan_Qureshi said...

Salam Saudara Ahmad,

Sblm ini saya sangkakan bahawa hanya saya seorang yg punya rasa dan impian sebagaimana saudara lontarkan dlm 'entry' ini. Rupa-rupanya saudara juga punya rasa dan impian seperti saya.

Saya bersetuju dgn saudara bahawa ini sama sekali tidak menggambarkan yang kita ini terdiri drpd golongan yang tidak tahu bersyukur. Saya juga sama seperti saudara, saya bersyukur dgn segala kurniaan yg Tuhan berikan..termasuklah pekerjaan & jawatan yg saya sandang kini.

Namun begitu, hati, naluri & jiwa saya sgt bertentangan dgn pekerjaan & jawatan saya skrg. Mgkn org di luar sana fikir saya gembira dgn pekerjaan & jawatan saya. Hakikatnya, tidak! Saya tidak memperoleh kepuasan bekerja. Jika kita lihat pada Tonggak 12, salah satu drpd tonggak tersebut ialah kepuasan bekerja. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kehidupan saya belum lengkap krn saya gagal mendapat kepuasan bekerja itu.

Sama seperti saudara, sampai saat & ketikanya, saya akan melepaskan pekerjaan & jawatan saya ini. Saya kira saat & ketika itu sudah semakin hampir..& setelah itu, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi atau menyesali akan perbuatan melepaskan pekerjaan & jawatan saya itu. Saya sudah tidak sanggup lagi mengharungi sebuah perjalanan yang begitu menyeksakan jiwa ini. Doakan saya berjaya dlm mengharungi detik ini. Saya juga sentiasa mendoakan agar kita semua akan bisa mengecapi erti kebahgiaan sebenar iaitu kepuasan dlm bekerja. Amin!

Wassalam:-)

Anonymous said...

en ishan..
dah nak full time MLM ke..
bagus2..
sebagai kwn aku tumpang bangga..

-joe-

hayat said...

saya telah mendapat kepuasan kerana bekerja sendiri.kepuasannya ialah tiada tekanan biarpun ada liabiliti.soal gaji dan pendapatan naikturun tetapi kadangkala terlalu banyak rezeki yg datang mencurah-curah.hati anda terasa puas apa yang anda usahakan berhasil dan anda berjaya jadi apa yg anda ingin jadi--selalu ke ofis pukul 11 balik pukul 3!!hahah

Nafastari said...

Hartini, terima kasih atas doa anda. Dan terima kasih juga atas kiriman kad raya anda.

Sya_j, menjadi sabar bukan masalah saya, setiap saat saya beryukur. Doa saya sentiasa untuk kamu, semoga terus maju dan berjaya. Siapa anda, ada laman?

Miz Leo, saya fikir kamu sangat keadaan saya, kerana cerita kita hampir sama. Saya juga berminat dengan buku. Suka menulis, melihat tempat baru, berjumpa dengan ramai orang, merakam kenangan. Semoga kamu akan berjaya dan puas hati nanti. Siapa anda, ada laman?

Joe, terima kasih atas cadangan yang sangat berasas itu. Saya tahu kamu cukup kenal dengan saya.

Ishan, kita sama. Mungkin boleh kita bertukar-tukar pendapat dan berbincang tentang perkara ini lagi nanti.

Hayat, saya lansung tidak kisah untuk menjalani hidup seperti kamu.

Anonymous said...

bakpe mu rasa kije mu dok best?