Monday, October 06, 2008

Manipulasi Perodua

Sekarang saya mempunyai suatu perasaan bahawa Perodua Servis sendiri pun akan mengambil kesempatan terhadap pemilik kenderaan perodua yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Ini berlaku terutamanya jika mereka tahu bahawa anda tidak mempunyai apa-apa ilmu asas tentang sebuah kereta dan komponen-komponennya.

Kerana kejahilan saya, saya telah ‘dipaksa’ menukarkan penapis udara kereta saya sebanyak tiga kali untuk tempoh 10,000KM perjalanan. Saya sangat terkejut dan kecewa dengan penemuan terbaru saya ini. Walhal saya telah memberikan segala maklumat yang mereka patut tahu tentang sejarah servis kereta saya, tetapi nampaknya mereka cuma ingin memaksimakan pendapatan mereka. Mereka juga tidak akan melayan sesuatu komplen yang dianggap sukar untuk mereka betulkan, mereka cuma beria-ia mendapatkan persetujuan anda untuk menukarkan sesuatu komponen pada kereta anda walaupun mereka sendiri sudah tahu (atau sepatutnya tahu) bahawa ianya masih elok.

Kawan saya memberitahu, servis kereta di tempat lain (bukan di Perodua Servis) adalah jauh lebih murah berbanding di Perodua Servis. Sekarang saya mula ingin mempercayai kata-katanya. Saya berjanji akan belajar lebih banyak lagi tentang kereta dan komponen-komponennya dengan apa cara sekalipun. Saya juga tidak akan menghantar kereta saya ke Perodua Servis Kuala Ibai lagi.

4 comments:

Hartini Omar said...

sy mmg dr dulu sudah berpendapat sebegitu dan menghantar kereta ke perodua sekadar menghabiskan kupon (yg juga sebenarnya tidak banyak beza kalau tak ada)

selalunya saya servis kereta di bengkel2 servis biasa yg harganya lebih berpatutan dan mereka juga hanya menukar apa yg mereka fikir wajar

Anonymous said...

saye...
masih mengumpul duit untuk
membeli (membayar downpayment)kereta dan membeli (membayar differential sum loan n pur. price) rumah idaman...

sudah pastinya bukan kereta nasional...

-joe-

Ahmad WM Omar said...

Hartini, benar sekali.

Joe, saya menyesal kerana tidak ikut cara kamu.

Anonymous said...

dulu saya bangga sangat dapat beli kereta made in malaysia biar pun belum tentu tulen dari negara kite.tak perlu fikir pasal mana nak hantar servis,sejam siap semuanya tapi bila bab bayar harga memang habis kena ketuk.barang yang tak perlu ditukar habis ditukar.bayangkan lapik pengikat bateri setiap kali hantar mesti tukar baru,rm 4 tuuu.beli nasi ayam lg best.habis jaminan terus je servis kat kedai biasa.harga murah.pengetahuan pun dapat.bukan apa,sambil-sambil pomen buat itu dan ini boleh tanya itu dan ini...