Saturday, September 27, 2008

Sebuah Keluarga Arab di Ampang

Jemputan untuk berbuka puasa di rumah kawan yang berbangsa Malaysia keturunan Arab Mesir dan Melayu itu terpaksa juga dipenuhi lantaran tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menolaknya. Kami disambut oleh keluarganya yang sangat peramah di rumah mereka di Ampang Jaya. Dalaman rumah mereka telah diubahsuai menyerupai rumah tipikal Arab yang mengasingkan ruang tamu untuk lelaki dan perempuan. Mawar terus dibawa masuk ke ruang perempuan sebaik sahaja kami masuk.

Sementara menunggu waktu berbuka kami menghabiskan masa dengan bersembang-sembang. Walaupun berwarganegara Malaysia tetapi kesemua mereka bertutur dalam bahasa Arab 'ammi (pasar) dialek Makkah. Tetapi memuliakan kami, mereka cuba juga bertutur dalam bahasa Melayu pelat Arab yang mempunyai pengaruh dialek Kedah dan Kelantan. Mungkin kerana arwah ayah mereka berasal dari Kedah dan terdapat ramai sekali orang Melayu-Kelantan yang tinggal di Makkah. Ibu mereka berasal dari Mesir dan menetap di Makkah setelah berkahwin dengan ayah mereka. Kesemua lima adik-beradik mereka belajar di UIAM.

Apabila masuk waktu Maghrib kami semua berbuka dengan sekadar tamar dan air sejuk, terus disusuli dengan solat Maghrib berjema'ah. Selepas itu barulah kami dihidangkan dengan nasi yang dimasak ala Arab, seakan Nasi Bukhari, rasanya sungguh sedap sehinggakan saya akan menambah setiap kali ditawarkan oleh tuan rumah. Saya tidak pasti jika mereka sekadar berbasa-basi sewaktu menawarkan saya untuk menambah, tetapi saya telah menambah sehingga tiga kali. Nasi tersebut mungkin dimasak dengan rempah-rempah khas dan dimakan dengan ayam, sambal yang diperbuat daripada tomato dan timun dan salad sayur-sayuran.

Menurut abang sulung mereka, Ahmad, biasanya kaum lelaki lebih pandai memasak nasi tersebut dan pada hari itu nasi tersebut telah dimasak oleh kawan keluarga tersebut, Soleh yang berketurunan Melayu-Pattani tetapi menetap di Saudi dan sekarang belajar di UIAM. Ahmad memberitahu biasanya mereka makan di dalam talam yang besar secara beramai-ramai tetapi tidak pada hari itu kerana dia khuatir jika saya tidak biasa. Sebenarnya saya lansung tidak kisah!

7 comments:

Mior Azhar said...

Salam Ahmad,
Selamat Hari Raya ... Maaf zahir Batin. Raya di mana tahun ni? dan nasi itu tampak sanagt sedap... ada resipi nya tak?

Makcu said...

mmg sedaplaa kalo da tmbh 3 kali....

Anonymous said...

saya teringat hidangan nasi bukhari kambing yang dimasak oleh Abu Talal di UIAM, disediakan bersama yogurt. Saya amat mengemarinya, sedap sekali dinikmati selepas solat jumaat:)

syed.aljufrey

Nafastari said...

Mior Azhar, Waalaikumussalam. Eid mubaarak, maaf zahir & batin. Raya di Trengganu, kemudian Shah Alam. Maaf, tiada resepinya, malah saya pun tidak pasti apa bahan2 yang dimasukkan.

Makcu, ya sememangnya.

Syed aljufrey, aku masih ingat lagi tentang kenangan itu, tapi aku lebih suka dengan ayam berbanding kambing.

Anonymous said...

salam...
nasi tu memang sedap. saya pernah makan waktu mengerjakan dalam bulan puasa beberapa tahun yang lepas. waktu tu kami singgah di berbuka dalam perjalanan dari jeddah ke makkah.
saya masih teringat hingga sekarng keenakan nasi tersebut. just nice.

sya_j

Anonymous said...

untung orang kurus mcm ko..makan byk pun takkan gemuk
-joe-

Isra'a said...

Allah yerhamak ya Fadil.
You were always helpful and never hurt anybody.
May Allah reward you the jannah and neighbour to Mohammad salla allaho alayhi wasallam