Tuesday, September 16, 2008

Kerana Mengidam Hot Peri-Peri


Keadaan yang lapar selalunya membuatkan seseorang itu menjadi cepat hilang sabar dan akan bertindak di luar kawalan. Inilah yang telah berlaku kepada penulis sewaktu kami sedang beratur di Restoran Nando’s Mid Valley untuk mendapatkan tempat duduk bagi membolehkan kami berbuka puasa di situ. Sewaktu kami mula beratur jam sudah 6.35 petang.

Setelah terdapat meja kosong, pelayan di restoran tersebut menawarkan tempat duduk itu kepada sepasang remaja Melayu yang datang selepas kami. Mungkin pelayan tersebut keliru kerana pasangan tersebut tidak beratur seperti orang-orang berpuasa yang lain, malah mengada-ngada meminta untuk duduk di mana-mana meja dengan segera.

Dengan nada yang beremosi lagi angkuh (juga tegas dan serius), dan dalam bahasa penjajah saya ‘terkata’ kepada pelayan tersebut,
“Maafkan saya, saya datang lebih dulu. Kamu sudah tahu!”

Saya tunjukkan jari ke atas mukanya. Saya fikir pelayan dan pasangan itu agak terkejut dengan kelantangan saya. Saya lansung tidak memandang muka pasangan itu selepas itu.

Pelayan yang seorang lagi mengiyakannya, lalu kami diberi meja kosong tersebut. Tetapi meja itu akhirnya tidak membawa apa-apa erti kepada saya kerana perasaan bersalah menyelubungi saya kerana berkelakuan tidak sopan begitu. Mawar pun turut menjadi malu atas kekurangan adab saya itu. Mungkin silap saya, tetapi ayam panggang dengan sos Peri-Peri yang pedas itu saya makan hampir seekor! Berbaloilah agaknya menjadi sedikit ‘kejam’ bagi mendapatkannya.

20 comments:

Anonymous said...

Rasanya jika saya di tempat saudara saya juga melakukan perkara yang sama..

Sebelum itu, ingin saya ceritakan pada bulan puasa yang lalu, saya dan family suami telah memilih untuk berbuka puasa di Restoran The Chicken Rice Shop, restoran kegemaran saya dan suami.. Apabila kami beratur untuk menempah meja, kami telah dimaklumkan bahawa tiada perkhidmatan penempahan meja untuk semua pelanggan melainkan kami terpaksa terus memesan makanan dan menunggu sehingga tiba waktu berbuka..

Tetapi di atas kedegilan suami, adik dan ayah mertua saya, mereka tidak mahu berganjak dari situ dan menggunakan alasan, kami adalah pelanggan tetap di situ (kerana mengenali beberapa pekerja di situ) maka mereka memujuk sehinggalah kami diberi tempat dan tempahan juga dibuat dengan terus membayar untuk harga makanan tersebut dan memberikan 'tip' kepada pelayan-pelayan di situ.

Selepas membuat pesanan kami beredar dan berjalan-jalan di sekitar JUSCO tersebut sehinggalah tiba waktu berbuka, kami terus pergi ke restoran tadi dan segalanya telah dihidangkan dan kami cuma hanya menunggu untuk makan setelah azan dilaungkan.

Kelihatan beberapa aksi & ekspresi wajah tidak puas hati beberapa pelanggan lain tetapi kami tidak menghiraukan. Sebenarnya saya rasa bersalah juga kepada beberapa orang di tempat kejadian yang turut sama pergi untuk membuat tempahan tetapi tidak dibenarkan sama sekali oleh pelayan-pelayan restoran tersebut. Maka, mereka terpaksa terus mengambil tempat duduk dan membuat pesanan dan menunggu sehingga sejam lebih sementara tibanya waktu berbuka..

Apa ek moral of the story dari cerita ni? Anda tafsirkan sendiri..

Hanie..

Anonymous said...

that was so you la J!! hahaha
I won't get surprise pun if i were there, at least somebody will speak for me...

ia mengingatkan aku pade kejadian beg yang baru dibeli tetapi tag magnetik tidak ditanggalkan sehingga berlaku bunyi-bunyian scanner di kedai-kedai lain yang dilawati selepas itu dan bagaimana cara anda "mengajar" promoter tersebut...

sebenarnya, menegakkan kebenaran mmg tak salah, tp cara kita tu kdg2 diiringi prsaan meluap2.. nak2 bulan2 pose nih, perut lapar, org buat kurang ajar plak dgn kita!

bende2 ni sebenarnya menguji kita, how we handle ourselves in different situations...

ayah aku kalu deal kat kaunter bank ke government ke, ade je bende die tak puas hati terus naikkan suara... satu bank dengar, aku pun naik malu.. tp officer tu bertindak segera la.. kdg kita ckp elok2, mereka gagal appreciate our seriousness, our desparation of needing their help, dah kene herdik baru gelabah..

budi bahasa budaya kita
org berbudi kita merasa
kita berbudi, org pijak kepala kita.. hehe

-joe-

dhuat79 said...

Berani kerana benar

hamba said...

salam kenal..

anda memang kejam...
makan ayam sampai seekor.. :)

noor said...

rasanyer tidak salah jika menegakkan sedikit kebenaran untuk diri sendiri...berbaloi kan...itulah adat kt KL ni...org yg sebegitu rupa mmg patut digunakan sedikit kekasaran...bukan utk menyakitkan hati tetapi utk dijadikan pengajaran oleh pekerja tersebut supaya tidak mengulangi tabiat itu pada pelanggan yg lain....
klau penulis berkunjung ke KL mmg ketegasan perlu dimana jua terutamanyer tmpt2 yg melibatkan org ramai....sudah menjadi lumrah...
mawar tidak perlu berasa kurang selesa k..just take it easy....:)

++wahida++

Makcu said...

memang kejamm

hans said...

sama jer...
ialah 1st come 1st get la
haha3

hayat said...

haha..cara mengekspresi ketidakpuashatian di kalangan awam bukan cara Melayu..tetapi kalau kita terlalu mengikut adat dan tatasusila..kita menjadi bangsa yg lemah..asyik ditindas kerana tidak berani bersuara.seperti awek2 melayu yang diraba Negro di dalam Bas,mereka hanya diam dibiarkan sahaja.Itulah bangsaku.Kalau aku lihat Awek India,sure bising2!!hahah..nasihat aku-Bersuaralah jika anda dianiaya atau diprejudiskan-anda tidak rugi!!Semoga menjadi iktibar kepada yang lain!!

hayat said...

aku pernah marah orang potong Q bila beratur..aku pernah suruh cashier kira balik apa yang aku makan..aku pernah marah orang jual nasik mahal2 di pasar ramadhan(cekik darah)..aku pernah marah cashier bagi baki tak cukup!!:p.aku lagi kejam!!

Ahmad WM Omar said...

Hanie, kes kamu sangat berbeza. Ada unsur kekurangan integriti di situ (kerana kamu mendakwa sebagai pelanggan tetap, mengenali beberapa pekerja di situ & memberikan 'tip'). Saya sekali-kali tidak akan berbuat begitu.

Joe, now I think I know you. Yes, I'm still like this, like the old Jay that you knew...

Dhuat, kerana saya fikir saya yang betul, itu yang membuatkan saya 'memperjuangkan' kebenaran itu.

(Tuan) Hamba, ayam di Nandos itu memang kegemaran aku, tidak terdapat di K. Trengganu.

Noor, adakalanya kita masih boleh memperlihatkan ketinggian budi bahasa dan kesopanan, walaupun di waktu yang tegang dan sukar.

Makcu, tidaklah sekejam yang kamu sangka!

Hans, ya, sepatutnya pasangan muda tersebut berpegang pada kata-kata itu.

Hayat, marilah kita sebarkan idea ini kerana kadang-kadang saya mendapati Melayu itu malu, takut atau malas untuk bersuara sedangkan hak bersuara itu sangat penting dan besar kepentingannya.

Anonymous said...

ya Allah all these while
i thought u know me...??!!
been using these nickname
just for giving comments
at blog(s)...
those who've been calling me
with these name in real life can easily recognize me...
hey, since law school la
people call me this??!!
xkan xperasan?
ni pun dah berjangkit kat sumer hosmet, which i really dont appreciate!
anyway sorry if i keep u wondering who the hell am i...
dunia kadang terasa terlalu dekat melalui internet, namun kita akhirnya menyedari ia adalah sebaliknya apabila orang yang kita lama kenal belum betul2 kenal kita.. selamat berkenalan! hahaha
-joe-

noor said...

gamba ni mmg nampak menyelerakan...
mmg rugi klau melambatkan waktu berbuka puasa pd waktu ini...

++waheeda++

Artozy said...

harap2 berbuka dengan 2 ekor ayam, seekor lagi untuk suri.

Sweety Candy said...

Hei fufa ,
why you put the picture of the food ?
i'm hungry.
it's 6 : 25 ....

:)

Ishan_Qureshi said...

Salam...

Memang pun...Nando's bisa membuatkan yg kenyang menjadi lapar...yg lapar menjadi bertambah-tambah lapar. Tidak kira sama ada Hot Per-peri atau Extra Hot Peri-peri...kesannya tetap sama iaitu "yg kenyang menjadi lapar...yang lapar menjadi bertambah-tambah lapar". Itulah penangan si ayam Nando's yg menjadi kegilaan aku, kamu, dia..dan aku lagi dan lagi lagi aku. Kehebatan Nando's ni mmg tak boleh dilawan oleh The Chicken Rice Shop yg mana ayamnya sekadar "suam-suam kuku" je, tak seHOT ayam Nando's...hehehe!!! wassalam.

dari aku penggemar Nando's...ISHAN QURESHI MAHMUD, New Delhi, India

Anonymous said...

hehehe.. ishan tu perli saya la tu.. walaupun nando best tp saya ni jenis melayu asli... hehe tetap suka nasi ayam.. hehe

Hanie

denanz said...

kekadang, kita beriya-iya mengikut peraturan, sedangkan org lain tidak peduli akan peraturan itu. biasanya, kitalah ayang akan berasa malu @ bersalah kemudiannya, walaupun kita melakukan perkara yang betul.

Ishan_Qureshi said...

Dear Hanie,

Bukan perli..tapi sekadar menyatakan pandangan. Ermm, kalau Melayu asli, depa tak makan nasi ayam kat The Chicken Rice Shop..depa mesti pilih Kedai Nasi Ayam Hanie ke..Restoran Nasi Ayam Ahmad ke..! Ini tak, The Chicken Rice Shop jugak kamu pilih...nama pun bunyi ala-ala Mat Salleh je pun..hehe. Psstt..nak tau tak nasi ayam mana yang paling sedap kat Mesia ni? Nasi Ayam Hainan yang ayamnya dok tergantung dengan kesan tengkok ayam tu dikarate atau dicucuk...kuang3x! Jgn marah noo..gurau2 jer:-)

Artozy said...

ahmad, selamat hari raya untuk kamu dan pasangan. maaf zahir batin.

Anonymous said...

nasi ayam kan mmg bukan asal makanan melayu?
pepehal bagi aku nasi "the chiken rice shop" tu mmg marveles la.. tp ayam die standard2 je... nothing special pun...
Nasi ayam marantama mancongkam unique sbb sos manisnyer, nasi and ayam nyer pun still stndard2 je... namun personally aku layan gile nasi ayam LAW CAFE atau cafe Ali UIA, the whole package bagi aku terbaik la; nasik, ayam, sup, sos and kicap... siap aku slalu tambah kuah kicap tuang atas nasik! nyam3!

-joe-