Wednesday, August 13, 2008

Tidak Usahlah Bertutup Kepala

Perempuan Islam di Malaysia sangat suka memakai tudung, di mana-mana pun kita akan melihat begitu ramai sekali perempuan yang memakai tudung dengan pelbagai gaya, saiz dan warna. Mereka sememangnya berhak memakai apa sahaja yang mereka suka di negara demokrasi ini selagi ianya tidak membahayakan ketenteraman, keselamatan dan kesihatan awam.

Sebab itulah kita dapat melihat bagaimana bijaknya perempuan Islam Malaysia menggayakan tudung dengan jeans yang ketat dan baju yang sendat sehinggakan menampakkan segala bentuk dan lekuk di badan mereka. Ada yang memakainya dengan kain yang terbelah menampakkan dengan jelas paha mereka apabila mereka melangkah, anda mungkin pernah lihat bagaimana kakitangan perempuan MAS yang bertugas di kaunter-kaunter daftar masuk KLIA.

Ada yang memakai tudung tetapi dipadankan dengan baju yang ketat dan pendek sehingga menampakkan kulit di belakangnya apabila mereka duduk. Yang peliknya mereka akan berlagak malu-malu atau ‘mahal’ dengan menarik-narik hujung bawah baju mereka agar kulit mereka tidak diintai oleh mata-mata yang berminat. Rasionalnya apabila seseorang yang memakai begitu, pasti mengharapkan perhatian daripada orang ramai agar mereka berasa teruja melihat pakaian mereka yang menarik serta badan mereka yang cantik, tetapi kenapa apabila mereka mendapat perhatian itu mereka berlagak seolah-olah malu pula?

Penulis berasakan bahawa kita perlu menggalakkan saudara-saudara perempuan Islam kita agar berpakaian dengan lebih longgar dan labuh, dan sepatutnya inilah yang kita perlu dahulukan daripada cepat-cepat menyuruh mereka memakai tudung kepala tanpa mereka faham apa-apa tentang aurat, maruah dan kesopanan seorang perempuan Islam. Tidak usahlah memakai tudung sekiranya masih belum puas ingin menonjolkan segala bentuk dan lekuk di badan, dan masih ingin membonceng motosikal dengan lelaki mahram sambil berpelukan. Kalaulah sudah mengenakan tudung, padankanlah dengan pakaian yang longgar, labuh dan sesuai, dan tidak usahlah bersuara kuat-kuat dan bergelak ketawa kalau hanya sekadar ingin menarik perhatian lelaki.

Kerana tudung itu punya roh dan peranannya yang tersendiri, ia adalah lambang kesopanan dan kemuliaan seorang perempuan Islam yang berakhlak mulia. Ia lebih daripada sehelai kain, ianya mewakili aurat dan maruah seorang perempuan yang baik. Jadi perempuan, janganlah kau cemarkan!

18 comments:

narumi hayashida said...

Nice article, walaupun saya tumpang malu dengan fenomena sedemikian, tapi sekurang-kurangnya ada juga insan Adam yang prihatin.Bak kata TGNA, berpakaian seksi seorang wanita merupakan gangguan emosi kepada lelaki. Sekarang dah tak boleh guna konsep tutup aurat, tutup kepala saya setuju....

Hartini Omar said...

tuan ahmad, entri yg bagus sebagaimana selalu. syabas untuk kesensitifan anda.. semoga ramai lah yang tersedar lalu berubah..

amicus curiae said...

there was once I confronted a friend (who comfortably wears tudung together with short sleeved t-shirt) about it and to this she said:

"dosa rambut lain,dosa kulit lain."

oh.i.see.
And I thought we don't take Islam in halves.

WS Zuriati said...

Dalam Islam aurat wanita sama seperti dalam solat...kalau nak lebih kefahaman mengenainya, sila baca buku yang bertajuk "Aurat Wanita Dalam Islam", karangan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Ayatnya ringkas, jelas dan mudah difahami serta ada dalil dan nas yang membuktikannya tanpa syak dan ragu lagi...

Anggeriksofea said...

Well, I shouldn't have commented as I'm not wearing scarf. But anyway:

>you should wear scarf sincerely- because you are a Muslim, you want to uphold the teaching. Not because most of us are wearing it right now, it's kinda trend, and u don't have to hear your family's nagging.

>it does not look good to other religion. Most of other religion knows why a Muslimah wears scarf- "menutup aurat". When we define "menutup aurat", we define it nicely plus wearing loose clothings and so on. But with this new phenomena, people can be confused. My sister work in a factory where she's the only Muslim girl in that department. When she go out to do her prayers, she wasn't allowed. She asked whether she could perform prayer at staircase or elsewhere in the factory. The answer is still no. The reason being is- other Muslim said they don't need a place to perform prayer. It can be done through "niat". What I'm trying to say here is whatever u do, your action will translate into message to other religion. If it's a wrong concept like wearing just scarf to "menutup aurat" and whatever clothing you're wearing it's not a big deal, you'll translate that into- what is this about Islam? Different rules are set, different actions are taken... <-- really bad perception.

> don't judge a book by its cover. Nowadays, you cannot simply said those wearing scarf are much better than those that are not. I received a negative comments on this when one someone (Ahmad- u know who) was caught for adultery, she first remark I received was " I can't believe it! She's wearing scarf. If it were you (the one who doesn't wear scarf), it figures... ". That skeptical. Nowadays it's not the way things are. Do we still remember the Muslim girl caught doing "something" with her bf and that Muslim Girl is wearing scarf to cover her bf?

Sorry, Ahmad. Long comments. I'll stop now...

Artozy said...

termasuklah yang memakai kain belah tapi malu-malu memegang lutut kala belahan itu tersingkap ditiup angin.

whoaa!

Anonymous said...

sumernyer bermula dgn solat...
org jage solat xdenyer pakai bukan2...
xpayah la suruh org pakai ikut aurat solat..
sbb most solat pun tidak!
even yg bertudung berbaju kurung pun xsolat...
pelik aku!
ade tuh sibuk2 nak ganti pose sblm ramadhan menjelang nih.. hellooo, semayang pun tak! pelik la!

selamat berposa sementara tu..

-joe-

Unknown said...

bila sebut pasal tudung.. nie.. ibarat super tudung saji laa.. kalu tudung makanan tuu lalat dok singgoh laa, tp kalu buka gokk... berong aa lalat urung... huhuhu

Denanz ... said...

ya. saya sangat setuju dgn tulisan sdr ni. kekadang tu bukan main cantik bertudung, tapi pakai t-shirt pendek. mreka ni bukan menutup aurat, tapi nak berfesyen atau terikut2 org lain.

Anonymous said...

ahaaa...setuju..! lama x tgk org pakai mcm tu. tp aku heran, klu nk nampak cantek or ikut fesyen sgt why pakai camtu...bukannya lawa pon klu pakai tudung with baju skimpy2 gitu...mcm dok massuk je...mcm kelako. so aku mmg x paham...

Anonymous said...

erm..dunia dah maju zaman dah berubah...kalu kita perhatikan wanita melayu ni,xpaham apa itu menutup aurat..kekadang diaorang fikir menutup aurat tu hanya menutup rambut..pastu ada pulak 2 yang bila nak kuar rumah je pakai tudung,pi jemur kain kat laman xyah bertudung,dengan ipar duai pun x bertudung..kadang2 pening jugak duk dengan org camni,xphm konsep menutup aurat mengikut islam..dunia2..kdg org yg dh tahu sume tu pun buat2 xtahu..lagi dosa..

Anonymous said...

baruni sy ada pegi hantar pengantin laki,sblm diakad,tok kadi 2 adalah bagi khutbah nikah..masa khutbah 2 tok kadi 2 ada sebut,yg segala dosa yg is3 wat somi kena tanggung..jadi disini sy nak ingatkn kpd para suami..jglah isteri anda baik dari segi auratnya,pergaulannya dan tingkah lakunya..

Masdihana Hamzah said...

Saya Pn Mas (Permata Hati). Tumpang lalu jap kat blog ni n tertarik ngan isu ini.

Kami sekeluarga sekarang ni tinggal diYanbu, Arab Saudi kerana mengikuti suami bekerja disini.

Kat sini perempuan2 diwajibkan memakai abaya (baju hitam longgar lagi labuh) dan menutup keseluruhan muka kecuali mata sahaja. Rasa2nya boleh tak gaya macam nilah dipraktikkan di Malaysia?

Anonymous said...

ermm...rasanya ada lbh lebih wajar jika wanita bertudung mengenakan gaya yg lebih sopan supaya lebih nampak ayu di mata masyarakat serta boleh dijadikan contoh muslimah contoh....wahida..

Nafastari said...

Narumi, memang masih ada yang celik dan prihatin. Terima kasih.

Hartini, Terima kasih, semoga benarlah, insyaAllah.

... but i disgress, met those kind of Moslems also sometimes. Funny I think.

Wszuriati, terima kasih atas cadangan itu, semoga memberi manfaat kepada yang berminat.

Anggerik, yep I couldn't agree more. Hey, I don't mind even u have to write longer than that.

Artozy, benar. Hey, suka dengan cara kamu menerangkannya..

Joe, yep, solat itu yang utama dan di situlah bermula segala-gala.

Ummi Wafa, benar sekali.

Denanz & Areej, terima kasih. Bukan cantik pun apabila berbaju pendek dan ketat.

Anonymous, ya nampaknya mereka belum faham atau pun mungkin buat-buat tak faham. Memang besar tanggungjawab suami.

Masdihana, ianya tidaklah terlalu mustahil. Cuma warnanya mungkin boleh dipelbagaikan asalkan tidak terlampau "menarik".

Wahida, ya sangatlah wajar. Tapi tidak semua bersedia.

Anonymous said...

baru semalam saya tengok seorang wanita yang memakai baju mengikut tubuh,kain paras lutut dan nipis, tetapi memakai tudung.sangat pelik kan?kenapa dia tergamak pakai macam tu????

Unknown said...

biar betul dgn gamba yg baru dimasukkan ni...mmg x sesuai lgsg....

Anonymous said...

Just like em kids (walaupun dah layak jadi nok orang) wearing tight shirts and jeans and tudung at the same time. Yang mengajarnya mak-mak datin yang pakai tudung tapi rambut terkeluar sikit kat depan tu lah...