Tuesday, August 19, 2008

Sumpahan Mangsa Liwat

Penulis bersimpati dengan nasib mangsa liwat yang mungkin telah diliwat dengan teruk sekali oleh tuannya sehinggakan memaksa beliau bersumpah dalam masjid di hadapan wartawan yang ramai bagi membuktikan kepada dunia bahawa beliau telah benar-benar diliwat. Apabila ditanya wartawan jika sekiranya beliau telah melakukannya secara suka sama suka, lalu jawabnya ia berlaku tanpa kerelaannya. Sungguh kejam peliwat yang telah memaksa beliau itu!

Anda yang sedang membaca blog ini sekarang mungkin seorang lelaki muda yang waras dan masih kuat. Jika anda didatangi seorang lelaki yang sudah tua yang hendak meliwat anda tanpa kerelaan anda, anda dinasihatkan supaya tidak membiarkan dia membuka seluar anda dan memasukkan apa-apa objek ke dalam d**** anda. Anda mesti melawan dan menerajangnya! Supaya nanti anda tidak bersusah payah melakukan laporan polis, pemeriksaan doktor dan selepas itu terpaksa bersumpah dalam masjid di hadapan wartawan yang ramai bagi menegakkan kebenaran.

17 comments:

Sweety Candy said...

What is 'diliwat' ?

Ahmad WM Omar said...

Sweety, it's quite difficult to explain explain here, sorry. You'd better ask abah or mummy.

Thank you.

Ummi Wafa said...

salam tuan,
bila filem liwat2 kembali bertemu peminat... teringat UW 10 tahun lepas ms filem liwat1...hehehe... tuan kata "cita2 aku nak jadi peguam terkenal suatu hari nanti, coz aku nak bebaskan 'peliwat' dr penjara atas semua tuduhan palsu".. huhuhu...:D

wan storm said...

yes, its realy dificult to explain to u my sweetheart! but i will do that when u r ready to understand it.

noor said...

Ada benarnya kate2 penulis tu...
Tetapi amat sukar bg mangsa yg mengalami masalah ini lbh2 ag jika ketahuan umum...

Hartini Omar said...

spt komen noor, lazimnya setiap "mangsa" samada yg tlh diliwat atau dirogol akan merasa malu memperkatakan tentang perbuatan yg telah mencemarkan nama mereka

namun yg satu inilah seperti merasakan bangga..

....?????

(dalam masjid itu, macam nak bernikah pun ada)

denanz said...

ish ... gila khinzir betoi la. tanpa rela pun boleh kena ni. bodoh punya sepol.

Artozy said...

sepol =

(lelaki + muda + waras + kuat) OR
(lelaki + muda + waras + tak kuat) OR
(lelaki + muda + tak waras + kuat)
OR
(lelaki + muda + tak waras + tak kuat)

entah2 bukan lelaki kot? lelaki hapa kalau tak waras dan tak kuat?

Anonymous said...

yelah kes liwat kali ni..kalu difikir2 dan dikaji2..mcm xlogik jer..xkan org muda sekuat dn sekacak dia xleh nk lwn..konspirasi nih,,pening2 dunio2

Ahmad WM Omar said...

Ummi Wafa, saya pun sudah lupa saya pernah berkata demikian. Saya sepatutnya sudah layak menjadi seorang peguam, cuma nampaknya rezki saya sekarang di bidang lain.

Wan Storm, anak kamu itu terlalu petah dan bijak sampaikan kadang-kadang saya tidak tahu bagaimana hendak melayannya.

Noor & Hartini, ya sangat pelik apabila dia kelihatan sangat berbangga bahawa beliau telah diliwat dengan sempurna oleh orang kenamaan.

Denanz, setuju saja.

Artozy, nampaknya kamulah yang paling faham entri saya yang ini. Dari cara kamu melakar kebarangkalian2 itu, saya dapat mengagak dengan mudah.

Anonymous, ya agak kurang logik. Konspirasi? Anda fikirlah sendiri.

Aishah Jamal said...

Paling tak berkenan bila si 'Sepol' ni laknat keturunan dia sekali. Iskh! sendiri punya hal sendiri tangung lah. Apasal nak babitkan keturunan dia sampai kiamat pulak. Apa dosa keturunan dia?
Kepada siapa yang nak berkahwin dengan mamat ni fikirkan tentang bakal keturunan anda yang telah dilaknatnya.
Bila fikir balik Mahsuri dulu pun hanya sumpah sampai 7 keturunan je. Tak lah sampai hari kiamat.
Kut ye pun nak berlakon, tengok dan bacalah skrip dulu...

Anonymous said...

Salam Saudara Ahmad,

Saya begitu tertarik dgn tajuk "Sumpahan Mangsa Liwat" yg telah saudara bahaskan..& izinkan saya utk memberikan sedikit komen di sini. Walaupun saya tidak mengenali Saiful Bukhari Azlan itu secara rapat, tapi saya dpt rasakan terdapat sejuta pembohongan sepertimana yg terpancar di matanya. Andai kata dia menjejakkan kaki ke bumi New Delhi ini, sayalah yg akan menjadi org pertama yg akan menyepak punggungnya.

Sungguh pelik makhluk Tuhan yg bernama Saiful Bukhari Azlan itu. Kelihatannya dia masih muda & tidak cacat pula...akan tetapi tiada kudrat untuk melawan seorang lelaki tua yang sakit tulang belakangnya tatkala dia mendakwa diliwat secara paksa oleh lelaki tua itu. Di manakah kudrat 'jantan' insan yg bernama Saiful Azlan Bukhari Azlan itu? Adakah dia ini terlalu lemah & longlai untuk melawan seorang lelaki tua yg didakwanya telah meliwatnya? Saya cuba bandingkan si Saiful ini dengan golongan mak nyah. Golongan mak nyah ini kalau dilihat fizikal luarannya mmg persis wanita..tapi bila dikejar oleh penguatkuasa agama atau polis...mak aii,agresifnya tindakan mereka..langkahan kaki & hayunan tumbukan mereka lebih jantan daripada lelaki2 sejati di luar sana. Jadi persoalannya sekarang, adakah si Saiful Bahri ni lebih lemah drpd golongan mak nyah ini sehingga tak terdaya melawan seorang lelaki tua yg sakit tulang belang yg didakwa telah meliwatnya? Aduhai Saiful..malu la sikit dgn golongan mak nyah di luar sana..kudrat mereka lebih hebat dari kudrat jantan anda. Lagi satu, malu la sikit dgn Allah atas fitnah yg anda lakukan itu kalaupun anda tidak rasa malu dgn seluruh manusia di muka bumi ini. Jgn pandai2 mereka-reka fitnah..segeralah bertaubat. Saya percaya & yakin dgn janji Allah, sekiranya dakwaan anda itu adalah fitnah, nescaya laknat Allah semakin hampir dgn anda..kalau tidak dibayar cash di dunia ini,pastinya azab yg amat perit menanti anda di akhirat kelak. Pesanan saya, wahai manusia2 yg bergelar Muslim/muslimah, segeralah bertaubat seandainya anda pernah melakukan fitnah & segeralah memohon kemaafan drpd org yg telah anda fitnah itu..krn selagimana kemaafan itu tidak anda perolehi, selagi itulah anda tidak akan mendapat keredhaan Allah. Wassalam.

-ISHAN QURESHI MEHMOOD-
New Delhi, India

hans said...

haha3...
itulah pasal aku malas nak amik tahu pasal semua nih...
semuanya memusykilkan aku...

http://hanspunyablog.blogspot.com

3 posting terbaru

hans said...

http://hanspunyablog.blogspot.com/

posting terbaru --> Bomoh! Pawang! Dukun! Doktor Tradisional! Bolehkah Dipercayai?

noor said...

*ternyata email ini dibawak ini bertajuk sumpah saiful aka sumpah laknat atau lahanat...
* penulis maafla jika bahan bacaan ini tidak braper sesuai utk yg lain/...

Subject: Sumpah Saiful

Pada awalnya Ana tidak mahu memanjangkan isu sumpah laknat Sisaifulbhalol. Tetapi Ana dapati rata-rata komen yang Ana baca tidak memberi gambaran yang tepat berkaitan dengan sumpah laknat yang telah dibuat. Rata-rata pembaca merujuk kepada laporan akhbar tetapi tidak melihat sendiri rakaman peristiwa tersebut. Ana melihat rakaman awal yang disiarkan oleh Berita TV3 jam 7.30 am dan Ana dapati rakaman ini belum banyak diedit. ANA MENCABAR TV3 SUPAYA MENYIARKAN SEPENUHNYA PERISTIWA TERSEBUT TANPA DIEDIT!!!

Mengapa Ana membuat cabaran ini? Kerana disitu Sdr/i akan mendapat sesuatu petunjuk bagi mereka yang hendak berfikir. Sekurang-kurangnya ada dua(2) petunjuk besar yang ditakdirkan Allah.

Pertama. Semasa Sisaifulbahalol melafaskan sumpah, dia TIDAK dapat menyebut kalimah WATALLAHI, tergagap-gagap sehingga dibetulkan oleh Imam yang duduk disisinya. Jika diikutkan, dia mesti mengulang semula ketiga-tiga kalimah tersebut dengan lancar tanpa tergagap-gagap.

Kedua. Dia bersumpah bahawa dia telah diliwat pada 26hb.8 ..... kemudian dia terdiam. Lepas itu di menyebut 26hb.6.2008. Apabila dia terhenti tanpa beristigfar dan menyebut pula suatu tarikh yang baru bermakna dia telah diliwat dua kali. Sekiranya beliau tersilap menyebut tarikh 26hb.8 dan ingin membetulkan apa yang dilafazkannya, maka beliau mesti beristigfar memohon keampunan dari Allah dan memulakan semula lafaz sumpah tersebut. Betapa perlunya Sisaifulbahalol memohon keampunan dari Allah setelah melakukan kesilapan ini tidak boleh diambil mudah. Bala Allah pasti datang!

Ada beberapa lagi petunjuk Allah yang memberi tahu kita sisaifulbahalol ini berbohong. Contohnya, apakah fungsi AlQuran semasa dia bersumpah?
Adakah dia menyebut, "..... dengan nama Allah saya bersumpah dengan bersaksikan AlQuran bahawa saya ........" Adakah beliau berkata demikian? Tidak, tidak sekali-kali. Perkataan AlQuran tidak langsung terkeluar semasa beliau bersumpah..

AlQuran itu kalamullah. Mesti dihormati. Mesti dijunjung. Ini tidak! Dipegang dengan tangan kiri!!

Kedua-dua peristiwa diatas berserta beberapa keadaan yang lain yang telah Ana nyatakan adalah petunjuk kepada kita bahawa beliau sebenarnya berbohong! Ana tak kesal sangat kalau dia berbohong kepada Ana sebagai seorang rakyat biasa yang turut mendengar pengakuannya. Tetapi dia berbohong kepada Allah tuhan semesta Alam. Laknat Allah pasti datang dalam masa terdekat ini.

"Ya Allah, jika engkau menurunkan bala kepada sesaorang atau sesuatu kaum, janganlah kiranya engkau libatkan kami ya Allah, kau lindungilah kami ya Allah yang berusaha mentaatimu. Kami tahu, bala dan laknatmu amat dahsyat. Lindungilah kami ya Allah. Allah hu akbar!"

xamadx said...

http://www.youtube.com/watch?v=2_LV1ufWB7c

-ustaz azhar idrus.

Wan_Nurra said...

orang yang tak pernah buat benda2 ni pun tak berani nak bersumpah....tapi si sepol ni begitu gah bersumpah laknat....tahniah buat si sepol kacak n tampan >>>>>>