Friday, August 01, 2008

Merokok Untuk Berak

Kadang-kadang penulis berasa sangat pelik memikirkan bagaimana seorang perokok boleh merokok dalam bilik yang tertutup, malah berhawa dingin. Bukan sahaja asap rokok itu sangat busuk baunya, malah ianya cukup melemaskan serta merimaskan seseorang yang bukan perokok, malah lebih teruk lagi jika bukan perokok itu adalah seorang yang anti-rokok.

Penulis juga mendapati ramai perokok yang merokok dalam tandas sewaktu mereka sedang berak. Saya pernah diberitahu bahawa seseorang yang mengamalkan amalan tersebut biasanya memang tidak akan dapat berak apabila mereka tidak memasang rokok terlebih dahulu di bibir mereka sebelum masuk ke tandas. Sungguh pelik dan jelik.

8 comments:

Sweety Candy said...

Are you sure Fufa?

ijad said...

salam.. apa khabar..

Amir said...

cak!

noor said...

mmg ramai laki mcmtu kt ofis ni....
nak ke tandas mesti rokok yg dicarinyer dulu...

Anonymous said...

busukla artikel kali ni..pasal berak pulak..

Ahmad WM Omar said...

Sweety, I'm quite sure actually.

Ijad, waalaikumussalam. Baik2 saja.

Amir, yes?

Noor, di mana-mana pun ada. dan siapa kamu, ada URL?

Anonymous, sekali-sekala mencuba kelainan.

wanita.. said...

biasa la..bila dah nak merokok tu kat mana2 pun dia merokok..suami saya pun macam tu.larang pun x gune..x kan dengar nyer..dia jer yang betul.

noor said...

ada sorang mamat satu ofiz ni pun teramat sgt kuat hisap rokok...bila lalu pun dh blh bau...
sebelum ramadhan tu ada dia cuber utk berhenti merokok dgn membeli sejenis ubat...ttp tenyata hanya hangat2 tahi ayam kerana pd mulanyer mmg dia berjaya x merokok selama 2 minggu...ttp akhirnya kecundang dek kerana ajakan kawan2 serta ugutan mereka yg brbunyi "x machola ank jantan x hisap rokok" selain bebanan kerja yg membuatnyer stressssssss......kesian dia....