Wednesday, August 27, 2008

Selamat Hari Lahir, Mawar

Apabila kita sudah dewasa, sedar-sedar sahaja kita sudah mempunyai satu corak pemikiran dan mengangkat tinggi nilai-nilai tertentu dalam kehidupan seharian. Pemikiran dan nilai-nilai ini banyak dipengaruhi oleh cara didikan ibu bapa, sekolah yang kita hadir, buku-buku yang kita baca, media yang kita tonton dan baca, serta keadaan sekeliling kita. Corak pemikiran dan nilai-nilai yang dipegang oleh seseorang tidak akan sama dengan individu yang lainnya.

Penulis tidak tahu bahawa sambutan hari lahir adalah sesuatu yang dianggap sangat penting oleh Mawar, lalu cuma menganggapnya sama seperti hari-hari biasa. Tidak ada apa-apa sambutan yang diaturkan untuknya, walaupun saya ada mengucapkan kata-kata selamat hari lahir kepadanya. Rupa-rupanya cara saya itu telah mengundang sedikit masalah kepada saya dan masalah itu tidak baik untuk kami.

Saya menerangkan kepadanya bahawa saya telah melepasi sekurang-kurangnya 25 kali hari lahir, dan pada setiap tahun yang berlalu ia tidak pernah memberi apa-apa makna yang lebih istimewa kepada saya, kecuali saya mengetahui bahawa usia saya telah meningkat setahun. Ia berlalu begitu sahaja sama seperti hari-hari biasa. Tiada lilin, tiada nyanyian selamat hari lahir dan tiada masalah bagi saya.

Tetapi saya akur bahawa nilai yang dipegang seseorang individu atau keluarga itu tidak sama, dan saya menghormati perbezaan itu. Mawar memberitahu bahawa hari lahirnya adalah sesuatu yang teramat penting kepadanya dan saya tidak boleh meremeh-remehkan hari lahirnya. Kerana ia berkait rapat dengan nostalgia masa kecilnya dan gaya hidup keluarganya yang sangat menghargai hari lahirnya. Mereka akan menyambutnya bagaikan sebuah hari yang sangat istimewa, ada kek, lilin dan nyanyian selamat, serta diberikan hadiah yang istimewa.

Penulis berasa sedikit kesal. Dan saya berharap dia gembira mendapat hadiah yang saya belikan cuma selepas dua hari dari tarikh lahirnya yang sebenar. Selamat hari lahir, Mawarku.

15 comments:

en_me said...

selamat hari lahir.. moga dimurahkan rejeki selalu..

noor said...

setiap insan mempunyai persepsi berbeza utk hari ulang tahun...
bg sy tiada mslh jika dia menyatakan keinginan utk menyambutnyer bersama suami tersayang....
semoga dimasa2 akan datang...hari yg bermakna dlm hidupnyer akan diingati oleh penulis sehingga ker akhir hayat k......:)

Anonymous said...

Buat Mawar.. terimalah suamimu itu seadanya sebagaimana dia menerima kamu..

Pernah beberapa kali suami cuma mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya dan tidak memberikan sebarang hadiah atau apa2 sambutan.. tetapi saya menerima keadaan itu seadanya kerana menganggap suami itu tidaklah 100% perfect..

Tidaklah sampai kepada bermasam muka atau berkecil hati dengan suami.. Kerana perkara menyambut kelahiran ini tidak diwajibkan di dalam Islam..

Mungkin mawar masih terbawa2 sikap keanak2an..

Tetapi.. sebagai isteri mungkin wajar juga berkecil hati kerana mungkin sudah terbiasa diri diraikan semasa hari ulang tahun..

Kerana sejarah keluarga seseorang itu berbeza..

Seperti saya.. semasa kecil pun tidak biasa menyambut hari lahir kerana mak dan ayah tidak mampu.. Lebih baik menggunakan duit itu untuk keperluan sekolah kami adik beradik.. Tetapi ianya amat bermakna apabila family dan kawan2 mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya.. Ucapan itu lebih bermakna sebagai tanda ingatan sebenarnya..

Buat mawar.. jangan berkecil hati dengan kata2 saya ya.. maaf sekali lagi..

Hartini Omar said...

lagi satu rencah dan asam garam kehidupan.. semoga kalian berdua sentiasa tabah dan diberikan kemudahan

wan_nurra said...

selamat hari lahir mawar....
ucapan ini ikhlas dari seorg insan kpd insan yg tidak dikenali tapi percayalah wahai mawar nafastari hanya dengan ucapan mampu menyatukan insan....hadiah bukan segala2nyer....

Mawarnafastari said...

terima kasih kepada semua yang mengucapkan hari lahir mawar...

nafastari - i still love u and always love u..

anonymous - yep, mawar agak berkecil hati sedikit dengan kata2 anda.. namun, tidaklah mawar menyimpannya di dalam hati..kebiasaan yang diraikan oleh keluarga tiba2 hilang begitu sahaja apabila mula melangkah ke alam baru bersama suami.. ianya amat sukar untuk mawar membiasakan diri.. harap mengerti..

wan_nurra - mawar bersetuju hadiah bukan segala2nya... tetapi percayalah,mawar bukan orang yang materialistik, cuma ingin dilayan istimewa di hari yang dianggap istimewa... mungkin sekadar memberi muffin yang dijual di tepi jalan sudah memadai.. it shows how u care and respect the person on her special day..

hans said...

Happy belated bday Mawar...
yups...
semua orang ada pendapat sendiri untuk hari lahir..
saya sama dgn Mawar...

Ummi Wafa said...

selamat hari lahir buat mawar. harapan UW semoga mawar tetap bergumbira disamping suami tersyg w/pun sambutan tak semeriah yg diharapkan. semoga kehadiran insan ketiga dlm hidup kalian berdua akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang yg terjalin.

aifastellar said...

Tanjobi Omedato!

wan_nurra said...

wan_nurra amat menghargai respon dari mawar....
tahniah bakal bergelar ibu tak lama lagi...
jaga baik2 kandungan tu,wan_nurra tumpang gumbira dgr berita itu...walaupun bukan dari mulut mawar mahupun nafastari tapi dari kwan2 kite juga

narumi hayashida said...

Happy Belated Birthday kepada Mawarnafastari.Semoga peningkatan usia ini bakal menyabarkan lagi dirimu yang bergelar isteri dan ibu.

Tolak ansur sesama kalian amat penting ke arah pembentukan keluarga bahagia. Sesekali berusahalah untuk bersikap redha dengan sikap Nafastari yang kurang peka itu.

Buat Nafastari, kamu pilihlah antara dua, berusaha untuk menjadi lelaki yang biasa-biasa atau luar biasa terhadap suri hidupmu itu.

Kalau biasa, nah! Kau akan menerima rasa tersinggungnya atas sesetengah sikapmu yang kurang peka. Andai kamu berusaha untuk menjadi lelaki luar biasa, maka berusahalah membuat dia rasa tenang dan bahagia.

InsyaALLAH kamu mampu, saya yakin itu. Jagalah mawarmu agar wanginya sentiasa mengharum biarpun berabad lamanya, salam ramadhan daripada narumi diperantauan buat nafastari dan mawarnya yang harum berseri..
Wallahu'alam

Aishah Jamal said...

Dulu akak pernah mendengar tempoh 5 tahun awal dalam alam perkahwinan adalah tempoh mengenal diri sendiri dan pasangan sebenarnya.
Akak setuju dengan pendapat itu.
Moga kalian berjaya menempuh onak & duri dalam alam ini.
Seronok mendengar akak akan menerima anak buah lagi. Tahniah!

Anonymous said...

pengajaran berguna buat yang belum melangkah ke gerbang rumahtangga...

bagi aku, seboleh-bolehnya aku katakan tak penting langsung majlis hari jadi.. keluarga tak pernah biasakan... kawan-kawan kadang2 buat jugak surprise itu ini.. best la.. tapi xsuka bab2 mengenakan org di hari lahir.. kene curah air sblm dinyanyikan lagu harijadi, kene colek krim kek kat mata sampai tertanggal contact lense, semua dibuat atas dasar kita takkan marah (kononnyer) tapi dalam hati Ya Allah, ari jadi ko aku simbah petrol bakar ko terus!!

tp bagi perempuan (umum), seboleh2nya birthday celebration adalah plg penting dalam hidup.. kalau lupa tu, masam mencuka.. xbercakap sampai esok pagi dgn laki.. siap cerita lagi dgn opis mate laki die xwish..

huiihh.. susah sebenarnya nak balance 2 pandangan hidup berbeza apabila kene duduk bersama... dan biasanye lelaki yang kene beralah.. sbb, siapalah lelaki kalu bukan beralah demi yang tersayang, ye tak? kalu buat celebration pun ape salahnyer..
tp tu la, kebiasaan akan jadi kewajipan tak bertempat.. mcm org kita selalu buat; tahlil, doa selamat, berzanji dsbg...

sekian ada nya

-joe-

Artozy said...

Tuhan,

Semoga mawar itu,
Menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang soleha,
Isteri yang sentiasa dihati,
Nafastari.

Amin.

Dan selamat hari lahir.

Ahmad WM Omar said...

Anonymous, Wan Nurra, Narumi,
Penulis khuatir sekiranya kamu berpendapat bahawa kami sedang mempunyai masalah besar disebabkan perbezaan yang terlalu kecil ini. Sebenarnya tiada apa terlalu serius dan kami cepat menyesuaikan diri dengan nilai-nilai baru yang baru diterokai dalam diri masing-masing.

Joe, kamu seolah-olah sungguh memahami cara pemikiran penulis.

Artozy, semogalah. Terima kasih