Thursday, September 04, 2008

Adat & Emosi di Ramadhan

Ramadhan datang lagi dan sebagaimana kebiasaan, kebanyakan orang Islam akan menjadi sedikit emosional di bulan yang paling dimuliakan ini. Kata seorang wanita yang menjadi ibu kepada lapan orang anak, dia sedih kerana tidak dapat berbuka dengan semua anak-anaknya kerana mereka tinggal berjauhan darinya. Seorang isteri memberitahu bahawa dia sedih kerana tidak dapat menjalani ibadah berpuasa dengan suaminya kerana mereka terpaksa tinggal berjauhan atas sebab-sebab tertentu.

Di bulan Ramadhan juga Muslim akan menjadi lebih cenderung untuk berbelanja lebih dan membeli barang makanan yang sebenarnya tidak begitu diperlukan. Jika ke pasar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis kuih dan makanan, seseorang itu tidak menyediakan senarai makanan yang diperlukannya, lalu membeli apa-apa sahaja yang dilihatnya menarik dan difikirkan sedap. Sememangnya semua makanan akan kelihatan lebih menarik apabila di siang hari di bulan Ramadhan. Tetapi masalahnya mereka tidak pun mampu untuk menghabiskannya sewaktu berbuka, dan terjadilah pembaziran.

Sehari sebelum Ramadhan dan sepanjang Ramadhan ramai yang bersusah-payah menyediakan hidangan yang istimewa dan lebih mahal tentunya. Siang-siang lagi mereka terutamanya wanita akan berbincang-bincang dan merancang lauk-pauk yang pelik-pelik yang akan dimasak nanti. Apabila ditanya kenapa mesti bersusah-payah membuat itu semua, mereka menjawab bahawa untuk membuka selera setelah seharian penat berpuasa serta bagi membuka selera untuk bersahur dan sebagainya.

Mungkin kadang-kadang kita terlupa bahawa puasa dan Ramadhan itu adalah berkait rapat dengan ibadat dan suruhan Tuhan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Quran dan melalui penjelasan oleh Nabi Muhammad. Ia bukannya suatu adat atau budaya yang perlu diraikan dengan emosi yang berlebih-lebihan, malah antara hikmah puasa adalah supaya orang yang berpuasa dapat merasai sedikit kesusahan dan menginsafi kesusahan itu. Diterangkan dalam Quran, supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Jadi tidak perlulah untuk kita bersedih-sedih semata-mata kerana tidak dapat berbuka bersama-sama orang yang tersayang dan membeli serta membazir pelbagai juadah yang istimewa.

Apalah salahnya kalau kita teruskan hidup, cara perbelanjaan, gaya pemakanan, sebagaimana biasa, tetapi kita cuma perlu tukar jadual waktu makan. Selain itu digalakkan memperbanyakkan bacaan Quran serta memahami maknanya, bersolat terawih dan bersedekah. Islam itu menarik, ringkas dan praktikal, dan ia perlu diamalkan sebegitu. Untuk semua Muslim, penulis ucapkan Ramadhan mubaarak!

15 comments:

Mawarnafastari said...

anda lupa menceritakan lauk udang berharga 50sen seekor! huhu..

bagi yang hendak jimat, masak sendiri lagi jimat dari beli kat bazaar tu.

Anonymous said...

50sen seekor ok lagi tu mawar.. tapi Hanie dekat JB ni.. Lauk sotong RM2 seekor.. dan seketul daging yg sgt kecil RM2 seketul.. Dekat JB ni harga memang teruk la..

Hanie hari2 balik kerja singgah bazaar Ramadhan dan menjadi kebiasaan hubby suka membeli nasi beriani di bazaar yang sama.. Hanie ikutkan aja hubby beli nasi beriani tu hari-hari. Memang tak dinafikan nasi beriani tu sedap. Tahun lepas kita berbuka hari2 dengan nasi beriani yang sama dengan harga RM5.50 utk 1 orang tetapi Ramadhan tahun ini kami terpaksa membayar RM7 untuk 1 orang..

Harga Nasi beriani gear box RM7, Nasi Beriani Kambing RM7, Nasi beriani ayam RM6, & Nasi Beriani Daging Lembu RM6.. Hubby suka Nasi Beriani Gear Box.. Cuma hanie dpt rasakan nasi beriani tu kurang mendapat sambutan skrg mungkin kerana harganya yang agak mahal berbanding tahun lepas, asal lambat sikit aja dah habis nasi beriani tu.. Semalam kul 6.45pm pergi pun lauknya masih banyak lagi..

Mungkin kakak & abg penjual tu perlu menurunkan harga nasi beriani mereka agar tetap laku seperti dulu..

Oh ya, ckp pasal berbelanja di bazaar Ramadhan.. alhamdulillah sepanjang beberapa hari Ramadhan ni.. Kami hanya membeli nasi beriani dan air sahaja.. Tidak pula terpesona dengan makanan dan kuih muih yang banyak dijual di bazaar Ramadhan.. Mungkin kerana kami terus serbu nasi beriani tu dan tak berniat nak pusing2 lagi sebab terlalu ramai org dan sesak.. dan kerana hubby juga agak memilih gerai2 yang boleh dibeli dan tidak boleh dibeli.. yang betul-betul terjamin kebersihannya sahaja hanie dibenarkan membeli.. ini berdasarkan pengalaman tahun lepas sakit perut beli satu kuih di gerai di bazaar Ramadhan..

Oh ya.. tahniah ya mawar.. awak sebaya dengan hanie sudah berbadan dua tetapi hanie masih tidak berhenti berdoa agar hanie pun bakal menjadi ibu seperti orang lain..

Hanie..

Hartini Omar said...

kalau ada pun yg perlu bertambah dalam ramadhan ini adalah solat sunat, mengaji dan sedekah..

"binasalah seseorang yg bila berakhirnya ramadhan namun dosa2nya tidak diampunkan" -hadith

miss N said...

ramadhan dah jadi komersil sekarang. sebab banyak pesta makanan lah bila abis puasa, berat pun naik

Anonymous said...

cerita pasal ramadhan tentulah kita semua fokus pasal makanan sahaja,maklumlah dah sehari menahan lapar dan dahaga bila tengok makanan yang beraneka tentulah rasa nak ngapp semua.tambah mengiurkan bila tengok air batu yang bakal mendinginkan tekak yang dah memang kering gersang lagi tandus(ibaratnyalah).tapi kita semua jangan lupa sebut pasal ramadhan ni kita terlupa tentang pengalaman mula belajar berpuasa.kalau nak di ingatkan rasa kelakar pula.iyealaah dalam proses tumbesaran tu macam-macam ilmu yang masuk samada benar ikut lunas islam,ikut cakap orang tua atau main hentam kromo ikut gerak kata hati.apa-apa pun ramadham yang datang mengamit seribu satu kenangan,senyum.....kita semua mengalaminya.bye

noor said...

*kat KL ni ssh nak jumper yg murah...taraf hidup tinggi...
kuih seketul pun dh naik 40 sen pada ramadhan 2008...dgn alasan brg2 dh mahal jd kuih pun kena mahal utk pulangan modal...

*tgk gak bil dlm umah utk penjimatan..klau setakat berdua lebih baik beli jer dr masak...
beli brang utk msk dh lebih dr membeli di bazaar...

*kami suami isteri pk dl aper nk mkn br cari kt bazaar..klau x nnt rambang mata jadinyer...
bila perut lapa nampak semua sedap..bila dh makan blom tentu semua dpt dihabiskan...nafsu menguasai pembaziran berlaku...
kan dh rugi namanyer tu...

*bila perut dh kenyang pelbagai alasan akan timbul utk menunaikan solat tarawih...
padahal itulah yg dinantikan oleh setiap umat islam...mendpt pahala berlipat ganda...

*oleh itu di bulan ramadhan ini elakkan pembaziran serta buatla pilihan yg terbaik dlm segalanyer...

-waheeda/noor-
7eleven HQ....

en_me said...

salam ramadhan almubarak..

Anonymous said...

ramadhan yang sepatutnyer kita dah jimat berbelanja sebb dah buang lunch dari bajet, namun sebaliknya... duit pada bulan ramdhan ni plg byk adalah bg mengisi tembolok perut masing2... malah ramadhan perbelanjaan tertinggi berbanding bulan2 lain...
hmmm.. pelik kan?
-joe-

wanita.. said...

wanita berbuka dengan nasi je..sepanjang ramadhan ni sekali jer bli kuih. tu pun teringin sangat. tapi, tak habis jugak..membazir kan..

Ahmad WM Omar said...

Mawar, memang penulis terlupa untuk menulis tentang sambal tumis anak udang yang mahal dari Bazar Taman Syahbandar itu. Terima kasih kerana mengingatkan.

Hanie, anda kena cuba masak nasi beriani tu sendiri!

Hartini, benar sekali.

Miss N, sebab Ranadhan sudah semakin hilang rohnya.

Noor, ya, seelok-eloknya rancang dulu. Terima kasih kerana selalu berkunjung ke sini. Untuk pengetahuan kamu, adik saya sudah tidak bersama 7Eleven lagi, di bekerja di Raub sekarang.

En Me, Ramadhan kareem.

Joe, memang pelik! Sebab Ramadhan disambut penuh dengan emosi dan adat yang lapuk.

Wanita, mungkin kita cuma patut beli apa yang kita pasti akan habiskan.

noor said...

dia ada inform selepas mendpt tmpt di phg...bagaimana agknyer keadaan dia berpuasa ditempat org...semoga semuanyer dlm keadaan baik...

Ahmad WM Omar said...

Noor, harap semuanya baik. Adakah kamu punyai laman blog sendiri?

Anonymous said...

Bukan saya takmo masak sendiri nasi beriani tu tapi hubby selalu tidak suka melihat saya ke dapur kerana diasaya bersusah payah memasak setelah penat seharian bekerja. Tetapi sebenarnya apabila diberi keizinan untuk memasak.. Saya amat gembira sekali.. itu pun sebulan sekali sahaja dibenarkan memasak.. Setelah puas memujuk..

Hanie..

Anonymous said...

*diasaya = dia tidak mahu saya

noor said...

noor x blog...berminat cuma tiada masa utk memikirkan aper yg akan ditulis...xpe moga satu masa akan ada peluang menghasilkan blog sendiri...