Sunday, June 22, 2008

Kepanasan Air Panas La


Kolam Air Panas La, terletak di dalam Daerah Besut itu amat istimewa untuk ibu yang sungguh berasa senang setiap kali mengunjunginya kerana dia akan berpeluang untuk merendam sebahagian daripada badannya yang lumpuh ke dalam air yang sangat panas itu dan dia mendakwa kesihatannya terasa lebih baik selepas itu.

Penulis juga percaya ianya begitu. Walaupun kepenatan dan berpeluh-peluh dengan teruk selepas berendam tetapi seperti ada kuasa baru yang dirasakan. Ia terasa bagaikan seolah-olah baru keluar dari sauna, malah lebih baik daripada sauna. Jika Kolam Air Panas La itu tidak sejauh 60km daripada Setiu, tentu penulis tidak kisah untuk selalu berkunjung ke sana.

Terdapat dua kolam air panas yang utama, yang paling atas itu adalah yang paling panas, sehinggakan memaksa pengunjung perlu turun ke dalamnya secara perlahan-lahan biasanya dimulakan dengan kaki dan tangan. Kata orang kepanasan itu boleh memasakkan telur ayam, tapi kami tidak pula melakukan eksperimen itu. Kolam yang sedikit bawahnya, agak kurang panas, dengan kesuamannya yang selesa untuk merendam seluruh badan termasuk muka.

2 comments:

Anonymous said...

Saya pernah menikamati kehangatan air panas LA dahulu bersama penulis. Kami mengikuti program lasak bersama teman2 yang lain semasa di universiti. Saya merindui saat-saat manis itu
syed aljufrey

hanees sabri said...

Where is Daerah Besut ?
Please take me to that hot water spring.