Wednesday, June 11, 2008

Ishan Tidak Bertunang

Penulis menyangka sahabat penulis, Ishan Qureshi yang bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik itu telah pun bertunang pada bulan lepas. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, beliau baru menceritakan segala-galanya tadi kepada penulis.

Pada mulanya sebelum majlis pertunangan tersebut, bakal tunangnya telah bersetuju untuk menetapkan hantaran kahwin pada kadar RM8,000.00. Walaubagaimanapun, semasa majlis pertunangan itu mereka telah menyatakan lebih daripada itu, mereka mahukan lebih 10 ribu. Ayah Ishan telah memberikan jawapan yang sangat bijak, iaitu menangguhkan urusan perkahwinan itu terlebih dahulu walaupun mereka pada mulanya ingin mempercepatkan urusan pernikahan itu.

Selepas majlis pertunangan itu, sahabat saya Ishan berhubung melalui telefon dengan 'tunangnya'. Dia memberitahu kepada perempuan itu bahawa dia sebenarnya terlebih mampu untuk menyediakan wang yang diminta itu, tetapi sangat kecewa dengan sikap bakal tunangnya yang tidak menepati janji dan tidak berpegang pada prinsip. Lalu dia memberikan kata putus bahawa pertunangan itu tidak sah! Apapun, di sini penulis tidak berminat untuk bercerita tentang reaksi dan tindak balas pihak perempuan itu terhadap keputusan mengejut pihak Ishan dan keluarganya.

Sekarang ini, Ishan telah pun berjumpa dengan seorang teman wanita yang baru dan akan bertunang tidak lama lagi. Saya bangga dengannya kerana dia baru sahaja menyedarkan perempuan tersebut seisi keluarga bahawa lelaki boleh mendapatkan sesiapa sahaja yang dia suka dan perempuan tidak boleh menghukum pihak pengantin lelaki dengan meletakkan syarat wang hantaran yang terlalu tinggi dan syarat lain-lain yang bukan-bukan.

Rugilah ibu bapa perempuan itu tidak dapat bermenantukan seorang PTD yang baik, berilmu, handsome…

15 comments:

Muqreez said...

Ada sesetengah tempat, keluarga sebelah perempuan akan meletakkan lebih tinggi dari yang mereka kehendaki....mereka expect kluarga lelaki akan minta kurang...

Walau apa pun, mmg sakit bila dikhianati oleh org yang dipercayai

Anonymous said...

Kenapa mesti Orang ISLAM menyusah2kan perkara yang mudah dan baik ini. Meletak maskahwin yang terlalu tinggi dan membicarakan pula kepada orang ramai.Masyarakat sekeliling pula sibuk bertanyakan pula berapa maskahwin?Berapa hantaran?Apakah nilai seseorang perempuan terletak pada jumlah maskahwin?Atau sekadar melepaskan hajat ibu bapa untuk menunjuk2 dan berbangga2 dengan ketinggian jumlah maskahwin atau hantaran anak perempuan mereka..Aku memang tak faham soal ini??Sedangkan nabi pernah bersabda; "Kahwinilah kamu walau dengan sebentuk cincin besi sekalipun".

Anonymous said...

salam,

t.kasih sbb menulis tntg kisah hidup sy dlm blog anda. sy percaya 1 hari nanti anda pasti akan m'jd terkenal spt blogger raja Petra. itu doa sy buat anda.

Saudara Ahmad..dlm hidup ni kita mesti b'pegang pd prinsip,jgn jd t'lalu bebal sehingga menurut sahaja permintaan melampau seseorang terhadap kita walaupun kita tahu kita tak mampu menunaikannya. jgn m'jadi spt lalang..kejap ke kanan..kejap ke kiri gara2 ditiup angin. org yg berprinsip tidak malu utk menyatakan sesuatu kebenaran & meluahkan sebuah keikhlasan. berpegang pd prinsip ini bkn menunjukkan seseorang lelaki itu ego..tp skadar menyedarkan wanita2 yg masih b'fikiran semua lelaki lemah dgn tuntutan dgn tuntutan mereka. mungkin ramai lelaki yg lemah dgn tuntutan wanita tp TIDAK bg ISHAN QURESHI. kpd wanita2 di luar sana,andai anda terbaca komen ini, ingatlah..kebahgiaan sesebuah pasangan itu bukan terletak pd berapa banyak duit hantarannya tp terletak kpd sebuah keikhlasan & keberkatan drpd Allah yg Maha Esa. Andai kita terlalu mengikut rentak, gaya & kehendak org sehingga kita lupa apa yg telah termaktub dlm ajaran & tuntutan Islam..saya percaya tiada lagi kebekatan drpdNYA dlm sesebuah rumahtgga itu.

Apa yg saya lakukan itu bkn atas faktor ketidakmampuan saya..tp atas faktor prinsip. buat apa kita nak bermegah2..menjaja seluruh Malaya mengkhabarkan pd semua org bahawa anak dara aku paling mahal dlm dunia stakat ni. saya ingin bertanya anda semua di luar sana, perlukah kita mengikut budaya2 artis itu-ini..hnataran sbg cthnya RM33,333,33, RM 19,999.99 etc? perlukah kita berbuat begitu? kenapa kita tidak kembali kpd tuntutan Islam yg sebenar? kita menguar-uarkan pd semua orang bahawa kita pengikut rasulullah..tp hakikatnya perkara yg paling mudah itu pun kita rasa susah hendak ikut..apatah lagi nak membudayakan sunnah Rasulullah, lagi la susah. saya menulis komen ini bukan krn saya marah..tp sekadar meuluahkan sebuah kebenaran. mgkn anda di luar sana beranggapan saya keterlaluan..tp inilah hakikatnya diri saya. sbb apa saya bersikap sebegini? jwpnnya mudah saja..krn saya adalah hambaNYA & umat Muhammad yg menjunjung segala sunnah baginda.

wassalam.

-ISHAN QURESHI MAHMUD-

Anonymous said...

Saudara Ishan aka H,

Saya bangga dengan keputusan yang diambil oleh saudara H kerana pertama kali berbual dengan saudara juga, saya dapat merasakan saudara seorang lelaki yang baik sebagaimana penulis blog ini dan bertuahlah perempuan yang dapat memiliki saudara. Saya doakan semoga saudara H mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan percayalah, perempuan yang baik adalah perempuan yang tidak meletakkan harga bagi dirinya untuk tujuan bermegah2..

HaNie aDLeeN

Anonymous said...

salam...

saya tertarik dgn komen saudara Muqreez.."Ada sesetengah tempat, keluarga sebelah perempuan akan meletakkan lebih tinggi dari yang mereka kehendaki....mereka expect kluarga lelaki akan minta kurang..." mmg benar ramai yg berbuat sebegitu. tp pd hemat saya sbg insan biasa ini, adalah lebih afdhol sekiranya pihak perempuan tidak meletakkan apa2 harga, sebaliknya terserah pd pihak lelaki. kerana bg saya, tawar-menawar itu seolah2 kita ingin membeli barang di kedai..seolah2 kita ingin memebeli ikan di pasar..atau membeli ayam di market..walhal dlm konteks ini, kita bukan nak beli barang..sebaliknya kita ingin mengikat sebuah perhubungan yg kekal hingga ke akhir hayat..sebuah perhubungan yg diredhai & diberkati oleh Allah. bagi saya, seandainya pihak perempuan serahkan pd pihak lelaki berkenaan wang hantaran..pd hemat saya pihak lelaki itu tidaklah terlalu kejam utk meletakkan harga wang hantaran itu serendah harga ikan/ayam. sbg insan yg boleh berfikir secara rasional & disulami dgn prinsip2 Islam..saya percaya perkara ini (yakni meletakkan harga yg sebegitu rendah) tidak akan terjadi. pihak lelaki setidak2nya akan meletakkan harga mengikut kemampuan mereka.

sekiranya amalan meletak harga wang hantaran melampau2 terus diamalkan, saya percaya..tiada lagi keberkatan dlm sesebuah rumahtangga itu..tiada lagi sakinah..tiada lagi kedamaian. ini bukan omongan kosong..tp hakikatnya telah pun terbukti. mengambil cth kisah2 nikah-cerai artis. majlis perkahwinan dilangsungkan dgn begitu meriah (kononnya perkahwinan cuma sekali dlm seumur hidup)...lepas beberapa hari..beberapa bulan..dengar2 sudah cerai. bkn saja kelompok artis..masyarakat yg bukan artis turut terkena tempias tersebut. kes-kes cerai semakin drastik peningkatannya..pertalian pernikahan yg diharapkan abadi itu hancur di tengah jln. wang berpuluh2 ribu ringgit telah dibazirkan utk tujuan majlis perkahwinan tersebut..walhal kebahagiaan yg abadi yg dicari2 selama ini hancur-lebur di tengah jln. lagi teruk kalau si lelaki itu sanggup berhutang dgn bank berpuluh2 ribu ringgit utk tujuan perkahwinan itu. segala bebanan hutang itu terpaksa ditanggungnya bertahun2.

bagi insan2 yg bergelar wanita..cuba renungi komen saya ini. lelaki yg bakal anda kahwini itu akan bakal menjadi suami anda. dan suami anda inilah yg akan memberi nafkah kpd anda & anak2 yg bakal lahir drpd perkahwinan itu. jadi,usahlah memaksa bakal suami anda itu utk belanja habis-habisan utk wang hanran mahupun majlis perkahwinan anda itu..krn pd hemat saya, drpd bazirkan wang utk tujuan itu..adalah lebih baik wang itu digunakan utk urusan rumahtangga anda kelak setelah bergelar suami-isteri.

semua ini cuma pendapat saya, insan yg tak bersekolah tinggi..ada yg mgkn setuju..dan mungkin juga ada yg jelak dgn komen saya ini. terserah pd anda semua. saya tak mgkn dpt memuaskan hati semua orang krn saya ini cuma hambaNYA yg serba kekurangan yg bernama ISHA QURESHI MAHMUD.

wassalam

-ISHAN QURESHI MAHMUD-

Anonymous said...

Salam...

Kpd Saudari Hanie Adleen,

Usahlah memuji saya sedemikian rupa krn saya ini tidaklah sesempurna mana..saya cuma hambaNYA yg serba kekurangan. Hadirnya saya dlm blog Saudara Ahmad ini sekadar ingin melontarkan pendapat saya..menjelaskan erti sebuah prinsip hidup.

Kepada mana2 insan yg terasa hati dgn pendapat saya ini, saya memohon sejuta kemaafan drpd anda semua. bkn niat saya utk menjaja peristiwa yg telah terjadi pd diri saya ke seluruh dunia..tp spt yg saya jelaskan sblm ini..ianya sekadar menjelaskan erti sebuah prinsip hidup.

Wassalam.

-ISHAN QURESHI MAHMUD-

Anonymous said...

waah! mmg hebat tindakan bro ishan. mmg benar kebahagiaan bukanlah diukur pada tingginye wang hantaran, tapi atas keikhlasan pasangan tersebut dan keredhaan ALLAH SWT..

tapi kan, kadang2, bukanlah permintaan perempuan tersebut nakkan hantaran tinggi, tapi atas kehendak parents die. perempuan, ape yg die nak hanyelah suaminye je.. dah tak kire dah brape je hantaran, asalkan janji dapat dikotakan dan perasaan hendak menjalan tugas sebagai istri mmg dinanti2kan.. dats y, ramai je pompuan yg senyap2 kongsi2 wang hantaran ngan bakal suami.. so, takleh gak salahkan pompuan.. pompuan kdg2 terdesak ngn desakan ibu bapa..

Anonymous said...

pengalaman aku...
biasanya bukan lah mak ayah pun yang decide pasal hantaran ni.. apatah lagi si pasangan..
tapi sedare mare lain yang otai konon2nyer nak jage family standard!

patutnya tanye perempuan tu sendiri la, die yang nak hidup mati dgn lelaki pilihannya.. bukan orang lain!

satu kes, sahabat aku nih nak berteman dengan seseorang yang bergelaran kerabat diraja la, mmg dgn mak ayah dia pun ok... tp lame2 bile sedare mare lain tau... tup2 kene clash, siap dah diaturkan pertunangan dgn org lain, of coz la yang ada gelaran kerabat yang sama!

Lagi satu kes sedara mara menyibuk, jiran aku kat Perak wat majlis kawin, dua2 psgn pun asal perak, cume mak ayah si perempuan asal johor... mase nak naik pelamin kene tahan dengan sedara mara mak ayah perempuan ni, bayar TOL la ape lagi? yang tak tahan tu yang menadah tangan tu pakcik yang 50-an... kalu budak2 boleh la layan lagi! siap mintak tambah lagi duit! TAK MALU! berkerut je pengantin lelaki tu. aku mmg hangin org johor buat bende bidaah ni kat negeri aku! huh!!

-joe-

Maswafi Abd Samat said...

Aku setuju dengan Joe, kadang-kadang pasangan kita dan ibu-bapa mereka ok pada mulanya. Tetapi disebabkan termakan hasutan saudara sekeliling yang takutkan aku merampas segala harta mulalah segalanya menjadi susah. Mula-mula naikkan jumlah hantaran, lepastu tentukan berapa jumlah dulang hantaran pihak lelaki, lepastu tukar tarikh nak kahwin dan lepastu aku yang putuskan tunang, baru padan muka mereka dengan muka-muka aku sekali!

Mior Azhar said...

Langkah yang baik diambil oleh Ishan. Ini bukan pasal wang hantaran tetapi kepada aturan janji terdahulu. Bagus.. bagus

Anonymous said...

kesian nye kat awek die tu..xpsl2 xjd tunang.xpe ke cmtu

joe said...

masyarakat kadang-kadang perlu diajar dengan cara begini..
masyarakat juga yang terikut-terikut trend ntahapeape meletakkan harga hantaran...
kalu kes ni masuk surat kabar lagi bagus!

-joe-

Anonymous said...

Saya pun berkahwin juga.. Seorang perempuan.. Rakyat malaysia.. Tidak pernah meletakkan sebarang hantaran bagi pihak lelaki.. dan saya pun tidak pernah bertanya berapakah yang bakal diberikan oleh bakal suami saya pada masa itu.. Semuanya saya serahkan kepadanya.. Tetapi suami saya lebih berbesar hati apabila saya dengan ikhlas hati tidak meletakkan sebarang harga ke atas diri saya.. maka saya dihadiahkan hantaran $5000 (Singapore dollar) yang bersamaan dengan berapa yer di Malaysia.. Saya hanya tahu semasa hari perkahwinan kami.. Itu pun duit tersebut saya tidak gunakan untuk keperluan saya.. tetapi menggunakan kesemuanya untuk membeli barang2 keperluan rumah baru kami... Saya berbuat begitu kerana mengharapkan keberkatan dalam rumah tangga yang bakal kami bina.. Harta dan wang bukanlah segala2nya..

HaNie aDLeeN

en_me said...

rejeki jodoh ajal maut semua ketentuanNya.. kita cuma berusaha.. kannns

yue said...

ketika saya dipinang, keluarga lelaki brtanya kepada abah sy tentang duit hantaran@mas kahwin. jawab abah saya "saya tidak pernah meletakkan sebarang harga utk anak2 saya dan tidak akan berbuat begitu.. kerana anak2 saya tidak ternilai harganya. terpulang kepada pihak lelaki utk menghadiahkan berapa sekalipun".

saya terharu dgn jawapan abah. mengulangi skrip yg sama ketika kak long saya dipinang dulu..

dah menjadi trend skrg ni utk bermegah2 dgn duit hantaran. lepas kahwin, nganga je la sbb takde duit. padan muka.