Permulaannya agak tidak menyeronokkan. Bukan sahaja kerana keagresifan penyedia-penyedia tempat letak kereta di sekitar jeti yang sungguh menakutkan, tetapi juga dek penantian demi penantian yang sangat membosankan ahli rombongan. ‘Ejen’ pelancongan itu sangat tidak menepati masa dan caranya mengatur perjalanan kami sungguh merimaskan. Ditambah pula dengan bilik penginapan yang disediakan amat mengecewakan dan itu membuatkan kami terpaksa berpindah di tengah malam ke suatu hotel yang lain.
Walaubagaimanapun pengalaman di ketinggian perbukitan Langkawi dalam kereta kabel itu merupakan sesuatu yang tidak kami lupakan. Tapi sayang ibu terlalu takut untuk mencubanya, kalau tidak tentu dia mempunyai sesuatu yang istimewa untuk diceritakan kepada kawan-kawannya sekembalinya nanti selain daripada cerita menaiki feri yang melambung-lambung dilanda ombak dan terhenti seketika kerana rosak, lawatan ke kompleks Mahsuri, membeli-belah di Pekan Kuah dan sebagainya.
Kami seterusnya berharap agar dapat membawa ibu mengalami sendiri kesejukan Cameron Highland, semoga Tuhan terus mengurniakan kami kesihatan dan rezki.
2 comments:
Saya gembira ibu penulis telah menjejakkan kaki ke tanah kelahiran saya, walaupun saya tidak di sana untuk bersama ibu dan keluarga penulis. Ibu penulis pernah menyuarakan hasrat untuk ke Langkawi kepada saya tidak lama dahulu semasa saya bertandang ke rumah penulis. kirim salam saya kepada ibu penulis :)
di bahagian mana rumah pasangan sepupu penulis?
syed aljefrey
Aljefrey,
Saya akan sampaikan salam itu kepada ibu. Sepupu baru saya berasal dari Alor Semela, Jalan Dato' Kumbar, Alor Setar.
Post a Comment