Friday, June 06, 2008

Beban Memiliki Sebuah Kereta

Penulis terpegun mendengar cerita Yvonne bahawa dia tidak mempunyai kereta sendiri dan tidak memiliki lesen memandu. Kerana menurutnya, kos untuk memandu kereta sendiri di London adalah sangat tinggi kerana pemandu dikenakan bayaran sebanyak £8 sehari sebagai Caj Kesesakan (Isnin hingga Jumaat) dan kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta. Seseorang hanya boleh memandu jika dia benar-benar kaya. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepadanya kerana sistem pengangkutan awamnya sangat efisyen dan boleh dipercayai.

Saya juga berharap saya tidak perlu memiliki sebuah kereta, kerana saya tidak kaya dan membiayai sebuah kereta adalah sesuatu yang membebankan saya. Saya bukan sahaja perlu membayar ansurans bulanannya, tetapi juga perlu mengisi petrol (yang baru dinaikkan harganya oleh kerajaan), menghantar untuk diservis, memperbaharui insurans dan cukai jalan, dan membaiki kerosakannya jika sesuatu yang tidak baik terjadi. Separuh daripada gaji saya hanya dihabiskan atas sebuah kereta.

Tetapi, tinggal di Terengganu saya tidak mempunyai pilihan seperti Yvonne. Bukan sahaja sistem pengangkutannya yang tidak menyeluruh, tetapi saya sudah menjadi sebahagian daripada ahli masyarakat yang percaya bahawa saya mesti memiliki sebuah kereta, kalau tidak tentu saya akan menjadi orang yang pelik dan tidak hebat.

Bukan saya hendak menjadi orang yang hebat, tetapi saya cuma mahu menjadi ahli masyarakat yang normal. Jadi, walaupun saya sebenarnya masih belum benar-benar mampu untuk mempunyai kereta sendiri tetapi saya perlu hidup di bawah bayangan dan ekspektasi masyarakat saya yang mahu melihat saya memiliki sebuah kereta.

3 comments:

Sweety Candy said...

You're very economical! I think you're boring...

Sweet Candy

hartini omar said...

tuan,
pakai kereta memang nampak senang, mewah.. tapi azabnya, masyaallah.. diri yg membayar ni la yg tahu kebenarannya..

AJ said...

aha, betul tu. public transport di london ni sgt efficient, xde sbb pon utk pakai kereta. malangnya di KL wlpn byk bas n lrt tp x reliable langsung n planning pulak x betul.

plk tu, klu x pakai kereta org m'sia akan kata kita tidak 'wow'. tp sy rasa org2 hebat seperti tuan boleh je start the trend utk tidak pakai kerata, nobody will say anything to you. jom, kita sama2 pakat naik public transport :)