Wednesday, June 11, 2008

Bersalam Dengan Menteri

Penulis sangat kagum dengan seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 sebuah kementerian yang diadakan di PICC pada Isnin lepas. Mufidah yang merupakan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di sebuah jabatan bukan sahaja bertudung litup dan labuh, malah terlebih penting lagi dia adalah seorang muslimah yang komited.

Oleh kerana Menteri (seorang lelaki) yang menyampaikan anugerah tersebut berjabat tangan dengan semua penerima tidak kira lelaki dan perempuan, Mufidah dengan bijaknya telah meletakkan tangannya di bawah tudungnya yang labuh dan bersalam dengan menteri yang berketurunan Arab itu dengan berlapik tudungnya.

Tidak ramai yang sanggup melakukan sesuatu yang seperti itu, kerana penerima-penerima wanita lain walaupun ada yang bertudung labuh seperti Mufidah tetapi masih berjabat tangan menteri tersebut dengan selambanya. Atau mungkin terpaksa?

3 comments:

YB Tan Seri Dabir Remaja said...

bagus sungguh wanita ini. Beliau x mahu malukan menteri itu kot.

Anonymous said...

sebenarnya kekuatan iman yang ada pada wanita itu yang membolehkan beliau melakukan sedemikian..syabas!! sebenaranya saya pun tidak mempunyai kekuatan seperti itu bila berdepan dengan seorang menteri

adie-ishmael said...

syabas kepada wanita tu...beliau dapat memelihara dua perkara...pertama menjaga syariat allah dan kedua menjaga air muka menteri itu...lain kali semua wanita kena pakai tudung yg boleh digunakan sebagai pelapik semasa bersalam dengan lelaki...masalahnya,ramai wanita yg tak pakai tudung pun....