Sunday, May 11, 2008
Adidas Putih
Penulis tiba-tiba naik berang apabila mendapati baju jersi Adidas putih yang baru dipakai dua kali menjadi bertukar warna kerana secara tidak sengaja ianya telah telah dicampurkan dengan sehelai seluar hitam yang turun warna sewaktu ianya dibasuh oleh orang yang sangat disayangi. Dalam rasa takut dan bersalah dia berjanji untuk menggantikan baju Adidas tersebut, dan dalam gurauan yang keterlaluan penulis membalas, “Oh, kamu patut menggantikan dengan 10 helai!”
Esoknya sewaktu pulang dari pejabat dia benar-benar memberikan sehelai baju Adidas putih yang sangat penulis sukai kerana ia sangat padan dan jauh lebih cantik daripada baju yang sebelum ini. Tetapi hadiah tersebut disambut dengan rasa bersalah dan terharu kerana dia tidak sepatutnya membelikan baju tersebut kepada saya. Lagipun, baju yang ‘dirosakkan’ tersebut cuma diperoleh secara percuma daripada tajaan semasa suatu pertandingan sukan. Penulis berasa teramat kesal kerana memarahinya dan telah menyusahkannya.
Penulis selalu ingin memakai baju tersebut kerana sangat menggemarinya, tetapi setiap kali itu jugalah perasaan bersalah menyelubungi apabila mengingatkan cara bagaimana kejamnya penulis mendapatkan baju itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Tuan sememangnya telah menzalimi isteri tuan. Maaf kalau terkasar tetapi sebagai perempuan saya terasa begitu kerana suami saya tidak pernah menghukum saya sebegitu rupa...
Umi Nurahadi
-banyak perkara kecil yang dianggap remeh oleh suami, tetapi dianggap penting oleh isteri
-tahniah buat isteri tuan kerana berjaya menyedarkan, biarpun hanya dengan sehelai pakaian.. syabas!
Kah kah kah :)
beruntungnya puan aini kerana ada suami yg baik sedar akan kesilapan diri sebab susah utk seorang lelaki mengakui kesilapannya.padan lah Allah sayangkannya ;)
Abam mi doakan kita semua ni berjumpa di Syurga nan abadi.
Al-fatihah.. Semoga rohnya dipelihara dan dirahmati Allah
Aini.. Nadaa.. Marwaa.. Bertuahnya kalian punya lelaki seistimewa arwah Ahmad. Sesungguhnya Allah lebih sayang kepadanya
Post a Comment