Sunday, May 11, 2008

Cik Mek Molek


Penulis pun pada mulanya tidak menyangka bahawa Mawar dapat membuat kuih Cik Mek Molek yang sangat enak, bukan kerana memandang rendah pada kemampuannya, tetapi dia sendiri pun mengakui itulah kali pertama dia membuatnya dan dia juga tidak pernah melihat orang membuatnya. Penulis bertindak sebagai pengajarnya walaupun diri sendiri pun tidak pasti bagaimana cara sebenar untuk menyediakan kuih tersebut. Bagi yang tidak mengenali Cik Mek Molek, ianya sejenis kuih yang diperbuat daripada ubi keledek, sedikit tepung dan gula sebagai intinya.

Apapun, hasilnya memang tidak mengecewakan malah telah mendapat pujian daripada orang-orang yang merasai kuih tersebut pada petang itu. Itu termasuklah adik penulis dan ibu saudara Mawar. Apa yang lebih penting, walaupun kuih itu telah dihantar ke rumah pakcik Mawar, tetapi kuih itu tidak dapat dirasai oleh ramai orang kerana sepupunya yang berusia yang baru berusia 2 tahun telah memakan Cik Mek Molek itu dengan banyak sekali!

3 comments:

wszuriati said...

Jangan memperkecilkan kesediaan isteri tuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Berilah penghargaan dan pujian sebagai motivasi untuk dia terus maju. Saya doakan agar kebahagiaan yang dikecapi hari ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.

aifastellar said...

Woot! boleh bukak gerai kat econs cafe petang2! Omedatou Gozaimasu! ^__^

xamadx said...

kecur air liur tengok kuih cik mek molek.poslah ke sini sedikit wahai penulis yang budiman dan baik hati.