Kalau penulis ini jenis Melayu yang percayakan pada khurafat tentu penulis akan mempercayai bahawa penulis tidak perlu mengunjungi Kuantan lagi kerana setiap kali berkunjung ke sana pasti akan terjadi perkara-perkara yang tidak baik. Untuk rekod, penulis pernah mengalami kemalangan sebanyak dua kali di Kuantan pada tahun lepas.
Pada kunjungan terakhir tanpa prejudis pada Khamis lepas, penulis telah menetap di MS Garden yang pada mulanya dianggap sebuah tempat penginapan yang sangat menyenangkan. Tetapi segala tanggapan itu musnah apabila terjadi suatu peristiwa yang sukar untuk dihuraikan pada malam terakhir di hotel tersebut.
Penulis tidak tahu bagaimana ianya berlaku, tetapi apabila bangun di paginya penulis berasa pedih di paha dan belakang leher. Setelah diperiksa, terdapat suatu calar berupa cakaran yang sangat banyak terutama di paha. Ianya seolah-olah dicakar-cakar dengan suatu benda tajam seperti kuku atau hujung jarum sehingga meninggalkan parut yang membengkak dan kemerah-merahan. Kemudian tiba-tiba penulis mendapati terdapat kesan darah kering di lampu meja sebelah katil.
Puas memikirkan bagaimana ianya berlaku. Tidak mungkin calar itu dilakukan penulis sendiri kerana penulis sedang tidur dan parut di belakang leher itu tidak mungkin dilakukan oleh tangan penulis sendiri kerana ianya sukar untuk dicapai yang digoreskan sebegitu. Setelah bercerita kepada seorang pekerja hotel itu, dia bertanyakan di bilik mana penulis menetap. Dia hanya tersenyum apabila penulis memberitahu Tingkat 4. Katanya, “biasalah tu…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Alamak...berhantu ke? Entah-entah cakar sendiri kut..mana tau kut-kut gatal ke masa tu.
nurah
Surah Al-Baqarah menceritakan bahawa Syaitan,Hantu,Iblis dan Jin wujud!Aku pernah melihat mereka!!
braso mung keno buatan orang la..hehehe
-M.A
tuan,
-serius dan misteri sekali entri yg ini
-bnykkn berdoa dan mudah2han dilindungi
pernah kengkawan kat skolah aku mase form 2 kene cakar mase tido kat asrama... satu bilik kene... mmg same macam ko kene... tapi xspesifik bhg badan, dan most of them mmg pakai baju mase tidor..
bile refer kat warden, sume kene suruh amik injection anti-tetanus, takut alat yang digunakan besi berkarat.. tp mmg xde explaination untuk bende itu..
untuk rekod, bilik mereka di tingkat 3.. bukan 4 yang taboo di kalangan pembina bangunan tinggi2..
pada hemat aku, mungkin "makhluk halus" yang sama mengganggu ko dan kawan2 aku dulu...
pepehal, dapatkan nasihat doktor
-joe-
kalau gi kuantan, me tido kat hotel seri malaysia.. dah bertahun-tahun me xder masalah.. alhamdulillah.. btw, MS Garden tu kat belah maner yer?
hoh... ngeri saya membaca posting ni...takut banget...
mawar nafastari yang cakar kot? heheheh
Syed aljefrey
Post a Comment