Thursday, April 17, 2008

Mawar Nafastari

Isteri penulis pernah bertanya, jika saya menyukai pekerjaan saya sekarang. Saya menjawab, tidak. Kemudian dia berkata kepada penulis, dia pun tidak menyukai kerja ini. Kerana kerja, penulis sering tidak menepati janji-janji yang dibuat kepadanya, selalu membatalkan rancangan di saat-saat akhir dan kadang-kadang membuat rancangan di saat-saat akhir yang selalu membuatkannya dalam keadaan terkejar-kejar. Penulis berasa kesal kerana terpaksa berbuat begitu.

Suatu petang dia memberitahu penulis, semakin lama dia menjadi isteri orang semakin dia memahami perasaan ibunya tentang kehidupan berkeluarga, tentang menjaga hati keluarga sendiri dan mertua, menjaga hati sendiri dan pasangan, pengorbanan seorang isteri dan ibu dan sebagainya. Dia memang betul. Penulis pun pernah terbaca bahawa, seorang lelaki hanya akan menyedari kebenaran ayahnya setelah dia mempunyai seorang anak lelaki yang telah menyalahkannya.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita perlu memilih antara kejayaan dan kepuasan. Jika kita inginkan kejayaan kita perlu mengorbankan kepuasan, begitulah sebaliknya jika kita inginkan kepuasan hidup kita perlu mengorbankan kejayaan. Kita mungkin tidak menyukai kerjaya sekarang kerana kita sedang melakukan sesuatu yang sangat membosankan dan ianya bukan sesuatu yang kita suka dan inginkan. Tetapi kalau kita ingin lakukan sesuatu yang dapat memuaskan hati dan kecenderungan kita belum tentu perkara tersebut dapat memberi kehidupan yang kita sedang nikmati sekarang.

Kita harus berani memilih dan menanggung risiko untuk terus hidup dengan lebih menyeronokkan. Tapi saya belum berani memilih untuk mengejar kepuasan…

4 comments:

hayat said...

life is alwayz like that!..apa yang kita mahu tidak akan senang datang..berusaha..dan berdoa..semoga dia digapai!!

Anonymous said...

Belajar dari pengalaman, cabaran dan pengalaman merupakan sesuatu yang paling berharga dalam menyusuri kehidupan..

Nurah

Anonymous said...

sabar..
belajar byk2 tolak ansur..
pepehal, sumer yang berlaku still for good..

-joe-

AJ said...

saya setuju dgn penulis. tetapi personally, saya mengejar kepuasan dan bukan kejayaan. saya percaya dari kepuasan itulah saya dapat membentuk sebuah kejayaan. tapi mungkin keadaan kita berbeza, penulis berada pd puncak kejayaan dlm kerjayanya...sayang kalau dilepaskan begitu shj. lgpun, penulis seorang suami, mmpnyai t/jwb utk menanggung keluarga, dan saya pula sebaliknya.
terpulang kpd citarasa masing2 :)